Home

Nuff

klik kan ye

Friday, November 30, 2012

Pelik Dan Benar Sungai Ada Ombak..Jom Lihat

 Sungai Qiantan Di Haining Provinsin Zheijang. China adalah merupakan sungai yang unik kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 10 meter, kerana keunikannya tersebut sungai ini sering dikunjungi oleh ramai pelancong...
Dalam waktu waktu tertentu ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke dataran dan nyaris menghanyutkan kereta walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan, unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.. sumber lulu-pages

CHIA LIN diiring keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam.



SUNGAI PETANI - Kes seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera akibat didera majikannya memasuki episod baharu apabila seorang pengusaha salun didakwa atas kesalahan itu di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Bagaimanapun, Khor Chia Lin, 29, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abdidin. Chia Lin merupakan anak perempuan majikan kepada amah yang dikenali sebagai Suryani, 24.
Chia Lin didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Suryani dengan menggunakan batang mop di rumahnya di No. 22, Taman Patani Indah, di sini pada pukul 11 pagi, 23 November lalu.
Dakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Intan Nurul Farena kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anida Mohd. Nasir dan peguam bela, Loo Yook Khin. Beliau turut menetapkan 2 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang itu.
Yook Khin memberitahu, ibu tertuduh yang ditahan bersama anak guamnya sebelum ini telah dibebaskan selepas didapati tidak terlibat.
Sementara itu, Pemangku Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah yang turut menyaksikan prosiding itu berpuas hati dengan siasatan dan proses pendakwaan.
Katanya, dia berterima kasih kepada media kerana memaparkan berita berhubung kes penderaan pembantu rumah Indonesia.
Selasa lalu, Kosmo! melaporkan, Suryani dari Jakarta, melarikan diri dari rumah majikannya Ahad lepas selepas tidak tahan didera hingga cedera teruk di muka dan badan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2DfiUnAPP
Hakcipta terpelihara

Tuesday, November 27, 2012

Gambar Anak Pertama Nabil Raja Lawak...




Pada awal pagi hari ini, isteri Nabil Raja Lawak, Nazirah Ayub telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang merupakan anak pertama pasangan ini sejak berkahwin.



Bayi perempuan seberat 2.67kg itu lahir pada jam 8.40 pagi tadi dan Nabil Raja Lawak sendiri mengesahkan berita itu melalui akaun Twitternya pada tengah hari tadi.


Tahniah kali buat Nabil Raja Lawak serta isteri atas kelahiran anak pertama mereka, disertakan juga gambar pertama bayi perempuan mereka yang muncul di internet.