Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, June 19, 2013

Faizal Tahir digam stesen TV?

JIKA sebelum ini, Faizal Tahir pernah di gam stesen televisyen gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan, kali ini timbul pula desas desus bahawa pelantun yang terkenal dengan lagu Biar ini digam lagi oleh stesen televisyen swasta.

Ia gara-gara status Faizal mengenai politik yang dikeluarkan ketika musim pilihan raya baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Twitternya, Faizal turut memberi gambaran bahawa dia benar-benar digam dan ia bukan lagi spekulasi liar.

Antara status yang dimuat naiknya adalah: "Saya sedang memikir judul album terbaru Faizal Tahir The Banned. Ia sangat sesuai dengan saya," katanya.

Menjadi spekulasi hangat di media sosial, pengurus Faizal, Dolly Lee tampil menjelaskan isu tersebut dan menegaskan ia sekadar khabar angin semata-mata.
Katanya, sekira perkara itu benar, pihak pengurus Faizal akan diberitahu terlebih dahulu.

"Kami tidak menerima sebarang kenyataan daripada pihak terbabit menyatakan Faizal telah digam.

"Jika perkara ini betul, pihak kami akan menyiasat terlebih dahulu kesahihannya," ujar Dolly.

Dolly turut meluahkan kekesalan terhadap individu yang menyebarkan perkara tersebut tanpa mengetahui sama ada ia palsu atau benar.

Berbalik kepada status Faizal mengenai isu digam, Dolly menegaskan bahawa penyanyi lagu Gemuruh itu sekadar main-main dan tiada kena mengena dengan spekulasi tersebut.

Katanya, Faizal kini berehat di rumah selepas pulang dari Kuching, Sarawak sebaik selesai persembahan di sana.

"Buat masa ini, dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja untuk berehat bersama keluarga," katanya.

salam semua ye

0rangkampung


5-10


Sunday, June 2, 2013

Cun Sunggoh Penyampai Berita ABC NEWS ..Bertudung Pula Ye

ABC NEWS telah membenarkan pembaca berita mereka memakai tudung kepala… RTM & TV3 sebagai media elektronik negara sudah ke ???




Ada yag sudah Pakai Tudung Ada yang Belum 

Apakah kita tak boleh “MENIRU” dari negara barat yang tidak menghalang tuntutan syariat Islam di praktikkan???

Majlis Fatwa Kebangsaan ??? Mufti-Mufti tak dibenarkan bersuara dalam hal-hal yang menyentuh dasar penyiaran negara dimana halatuju Dasar Penyiaran Negara ???

Ya Allah… selamatkan negara kami dari BALA Mu Ya Rab...