Home

Nuff

klik kan ye

Monday, February 24, 2014

Gadis 15 Tahun Ganti Ibunya Menari Separuh Bogel Di Medan Selera


Seri Kembangan: Usianya baru 15 tahun, tapi sudah mahu menunjukkan bakat menggantikan ibunya sebagai penyanyi dan penari separuh bogel di Medan Selera Serdang di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini.
Bagaimanapun, tindakan remaja berasal dari Bandar Tun Razak yang berhenti sekolah tahun lalu itu memakan diri apabila ditahan polis dalam Ops Noda di situ, malam kelmarin.
Gadis itu mendakwa kali pertama membuat persembahan sebab menggantikan ibunya yang sakit dan tak boleh menyanyi.

Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bermula jam 11 malam.
Foto
REMAJA 15 tahun yang menari separuh bogel yang ditahan polis dalam Ops Noda.

Operasi diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD Serdang Deputi Superintendan Ramsay Anak Embol.

Ramsay berkata, ketika serbuan, 15 wanita berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.

“Serbuan dilakukan 23 anggota, termasuk empat pegawai, selepas mendapat aduan dan maklumat awam berhubung persembahan mengghairahkan di medan selera itu.

“Semua 15 wanita itu berusia antara 15 hingga 50-an. Tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

“Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis turut ditahan,” katanya.

Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri Kembangan di atas pelbagai kesalahan, antaranya beroperasi tanpa permit hiburan, menggajikan pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport tamat tempoh atau tinggal lebih masa.

Friday, February 7, 2014

Perghhh !!! Guru Kena Potong Pergelangan Tangan Hingga Putus..? Kerana..?

Perghhh !!! Guru Kena Potong Pergelangan Tangan Hingga Putus..? Kerana..?




Omak Kau mendapat kiriman gambar kononnya seorang guru mengalami detik mengerikan apabila pergelangan tangannya dipotong sehingga putus kerana memulas telinga anak muridnya.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sabah.

Sejauh mana kebenaran info ini tidaklah dapat Omak Kau ketahui dan sahkan..