Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, October 30, 2014

Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Sempoii !!! Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Bermula Dengan Menjual Petai, Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya

Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya.
Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun melalui perniagaan yang diceburinya.
Menurut perkongsian dari sebuah blog, Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.
Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoran tersebut.
Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang telah diceburinya sejak 1983 itu.
Pelawak yang sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.
Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yang sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.
Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

Tuesday, October 14, 2014

Perghhh ...PENDUDUK KERAT KEMALUAN LELAKI CUBA ROGOL REMAJA PEREMPUAN

Perghhh ...PENDUDUK KERAT KEMALUAN LELAKI CUBA ROGOL REMAJA PEREMPUAN

 Kumar
Kumar dalam keadaan terkejut setelah dibelasah oleh penduduk kampung.

  • Suresh Kumar ditangkap ketika menolak seorang remaja perempuan kearah dinding
  • Dia kemudiannya diheret ke kedai pemotong daging dan dipukul selama sejam dengan kayu
  • Kemudian kemaluan lelaki itu dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging.

India - Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba merogol seorang remaja perempuan kini berada di dalam keadaan kritikal setelah kemaluannya dipotong oleh penduduk tempatan menggunakan pisau pemotong daging.

Setelah mendapati lelaki berusia 40 tahun itu menolak remaja perempuan itu ke dinding, segerombolan warga tempatan yang mendengar jeritan perempuan itu mengheret lelaki berkenaan ke kedai daging berdekatan dimana lelaki berkenaan dipukul dengan kayu selama satu jam sebelum memotong kemaluan lelaki berkenaan.
 Kumar

 Kumar
Penduduk kampung kemudiannya membuang bahagian badan Kumar yang telah dikerat ditengah-tengah jalan dan meninggalkan Kumar dalam keadaan cedera parah.

 Kumar
Aamir Dhawan, seorang penduduk berkata " Tak ada sesiapa yang mahu menolong Kumar kerana mereka tahu dia telah dihukum atas kesalahannya".

Menurut Dhawan  lagi, sebelum ini banyak kes jenayah yang terjadi keatas perempuan dan perkara ini patut dihentikan - SiakapKeli.com

Sumber : dailymail