Home

Nuff

klik kan ye

Wednesday, December 17, 2014

GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!!

GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!!

GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!! | "Rindu t***k cikgu" ....Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini. Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut. 


Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. 


Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya. Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam. via aans1. 

Monday, December 15, 2014

AWAS! Bahaya Minum Teh Panas Dan Teh Ais Yang Mesti Kita Tahu !!!




Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais, ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais...

Bahaya Minum Teh Panas...

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong...

Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong...

Bahaya Minum Teh Ais...

Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.

Tapi tahukah anda, di sebalik nikmatnya, teh ais menyimpan potensi membahayakan kesihatan. Penelitian Loyola University Chicago Stritch School of Medicine mengatakan,pengambilan teh ais berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit batu karang...

Teh ais mepunyai kandungan oksalat yang tinggi, salah satu bahan kimia yang menjadi punca pembentukan batu ginjal. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu karang, teh ais merupakan minuman berbahaya,” kata Dr John Milner, pembantu Profesor Departemen Urologi...

Oleh kerana itu, Milner menyarankan, mengganti pengambilan teh ais dengan air putih, atau mencampurnya dengan lemon. Lemon kaya kandungan asid sitrik, dapat menghalang pertumbuhan batu karang...


Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya terdapat dalam ginjal atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tapi dalam kondisi tertentu akan mendap dan membentuk batuan di dalam saluran pundi kencing ....

Tuesday, December 9, 2014

Remaja Terkantooi Dengan Ugutan Gambar Bogelnya...!!!



Bila bercinta biarlah berpada pada kelak termakan diri sendiri. 
Itu yang berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya.
Ini berikutan apabila mangsa dikatakan memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua bulan yang lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki tersebut.
KesApa-M
Menurut laporan The Rakyat Post, mangsa, Nor Fathiah Idris, 25 tahun baru sahaja mengetahui perkara tersebut apabila rakannya memaklumkan perkara itu setelah menyedari gambar-gambar Fathiah sedang berkemban memakai tuala tersebar di laman sosial, Facebook pada 2 Disember lalu.
Malangnya, tiada apa mampu dilakukan dan menyekat perkara mengaibkan itu apabila bekas teman lelaki wanita tersebut dikatakan dari keluarga yang terpengaruh.
Perkara itu didakwa oleh ibu mangsa, diberitahu sendiri oleh pihak polis hingga menyebabkan seolah sukar untuk mengambil tindakan.
Lebih parah, gambar bogel tersebut terus menjadi viral di aplikasi permesejan WeChatdengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.
Menurut Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu.
“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.” ujar Fathiah.
Malah, bekas teman wanita ini turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di Johor Bahru.
Ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, sendiri tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.