Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, March 6, 2015

Hidup Lelaki China Ni Sangat MALANG Selama 10 TAHUN... Tetapi Akhirnya Menjadi Billionaire !!! SIAPAKAH BELIAU DAN APA RAHSIANYA ??

Hidup Lelaki China Ni Sangat MALANG Selama 10 TAHUN... Tetapi Akhirnya Menjadi Billionaire !!! SIAPAKAH BELIAU DAN APA RAHSIANYA ?? | Lelaki ini pernah melalui saat hidup yang susah sejak dari kecil. Lahir dalam keluarga sederhana. Antara yang teruk dalam liku hidupnya adalah :



1. Keputusan ujian matematik yang corot semasa di sekolah rendah menyebabkan ada sekolah yang tidak mahu menerima beliau sebagai pelajar.



2. Pernah memohon kerja di KFC. Dari 24 calon yang hadir beliau satu-satunya yang gagal manakala 23 calon lagi ditawarkan bekerja dengan rangkaian restoran makanan segera ni.

3. Pernah menghadiri 30 temuduga. Beliau gagal dalam kesemua temuduga itu dan tidak ditawarkan satu kerja pun.

Halangan yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya untuk maju. Sejak dari umur 10 hingga 20 tahun, beliau sanggup menunggang motor selama 40 minit untuk belajar bahasa Inggeris dengan cara bergaul dengan pelancong asing.

Kesempatan bergaul dan belajar bahasa Inggeris selama 9 tahun dengan pelancong asing banyak mengubah pandangan beliau tentang hidup. Malah beliau percaya beliau berfikiran lebih global berbanding penduduk lain di negaranya.

Akhirnya beliau memulakan kerjaya pertama beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Sewaktu bekerja di US, beliau mendapati tiada satu pun informasi berkenaan negaranya di internet. Penemuan ini membawa kepada usaha beliau untuk menubuhkan sebuah portal jualan di internet sebaik saja beliau kembali semula ke negara beliau.

Dan kini portal jualan kepunyaan beliau sedang giat berusaha untuk mengatasi portal jual beli online popular eBay yang berpusat di US. Siapakah lelaki ini?Beliau adalah Jack Ma, pengasas AliBaba.com dan dikhabarkan kini sebagai antara jutawan dan billionaire terkaya di China. KREDIT DAIRISHARE.