Home

Nuff

klik kan ye

Sunday, May 31, 2015

ADAKAH PELAJAR INI KOMA KERANA 'AIR COKE'


Status ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa seorang pelajar sekolah rendah telah koma hanya kerana minum minuman tin yang telah tamat tempoh.

Menurutnya, 'air coke' itu mudah diperolehi dan sering dijual oleh penjaja di luar pintu pagar sekolah. 

SEMALAM, dapat berita yang mendukacitakan dari ibu bapa tentang anak mereka yang berada di tahun 1.

Anak mereka koma dah masuk empat hari termasuklah hari ini. 

Menurut doktor, punca utama adalah disebabkan murid itu minum air cola jenis spray candy ini. Air cola ini harganya RM0.50 - RM1.00 sahaja dan banyak dijual oleh penjaja-penjaja di luar sekolah.

Mungkin air yang murid itu beli sudah expired atau dipenuhi dengan bakteria-bakteria bahaya. Aku pun tak tahu tetapi yang pasti menurut doktor, itulah puncanya.

Hari ini terus buat perhimpunan tergempar untuk murid tahap 1. Aku jelaskan bahaya minum cola ini dan larang mana-mana murid dari beli.

Peringatan untuk rakan Facebook sekalian. Hindari anak-anak atau adik-adik anda dari membeli cola spray candy ini sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nota kecil: yang dalam gelas itu air teh o ais aku. Jangan salah faham. Sekadar nak bagi gambaran saiz sebenar saiz bekas minuman cola itu sahaja. Tolong doakan kesihatan buat muridku yang masih tidak sedarkan diri.

Thursday, May 21, 2015

Restoran Saji Daging Manusia Diarah Tutup, 10 Ditahan

Restoran Saji Daging Manusia Diarah Tutup, 10 Ditahan

  (Ubah saiz teks)
LAGOS: Serbuan polis di sebuah restoran susulan maklumat yang diterima mengejutkan pelbagai pihak apabila ditemui kepala manusia dengan titisan darah dalam beg plastik.
Penemuan itu sekaligus mengesahkan dakwaan mengenai restoran di Anambra, Nigeria itu yang dikatakan menyajikan daging manusia kepada pelanggannya.
Pemeriksaan polis turut menemui senjata dan bom tangan, menyebabkan premis berkenaan diarah ditutup serta merta untuk siasatan lanjut.
Selain itu, 10 orang ditahan kerana disyaki terbabit dengan jenayah di restoran berkenaan.
Seorang paderi tempatan yang makan di restoran yang terletak di wilayah tenggara Nigeria itu terkejut dengan harga makanan yang disajikannya.
Malah lebih mengejutkan lagi apabila diberitahu sumber daging yang dimakannya, laporBBC Swahili.
Menurut paderi berkenaan, dia diberikan bil 700 Naira (RM12.50) - harga yang tinggi di negara yang purata penduduknya berpendapatan RM3.40 sehari.
“Pelayan itu menyedari saya terkejut dan memberitahu harga makanan itu mahal kerana daging yang saya makan. Ketika itu baru saya diberitahu saya disajikan daging manusia. Dan ia sungguh mahal,” kata paderi itu.

Tuesday, May 19, 2015

3 Hakim yang Menjatuhkan Hukuman Mati Terhadap Morsi Di Tembak Mati

3 Hakim yang Menjatuhkan Hukuman Mati Terhadap Morsi Di Tembak Mati




Di Beritakan 3 Hakim yang menembak menjatuhkan hukuman terhadap Morsi ditembak mati  berlegar di halaman  sosial dan berita dalam dan luar Negara.

Dr Mohd Morsi al-Hafiz telah dijatuhkan hukuman mati bersama 105 lagi pimpinan Ikhwanul Muslimin seperti Dr Muhammad Bad'ie, Dr Mohd Biltaji dan lain2...namun keputusan akhir akan diketahui pada 2 Jun ini setelah dimuktamadkan oleh Mufti Besar Mesir
Yahudi berjaya melahirkan barua baru mereka menyamai Kamal Attarturk yang menjatuhkan Khilafah Uthamaniyyah Turki...namun kali ini Attarturk versi Mesir iaitu as-sisi

Friday, May 15, 2015

Gambar Eksklusif Mahathir Di Mekah Bersama Isteri Dan Anak Mengerjakan Umrah

Gambar Eksklusif Mahathir Di Mekah Bersama Isteri Dan Anak Mengerjakan Umrah


Alhamdulillah Tun Mahathir Bersama Mokhzaini Dan Isterinya di hadapan Kaabah


Perghh Dan Berselfie lagi semasa tawaf..Moree

Wednesday, May 13, 2015

Al fatihah : Seorang Lelaki Meninggal Di Atas Motosikal

fatihah : Seorang Lelaki Meninggal Di Atas Motosikal


Kg Ekor Kucing,Tasek Gelugor.
Kejadian pagi tadi seorang lelaki meninggal diatas motorsikalnya Dipercayai terkena serangan jantung.

Takziah kpd keluarga dan Al Fatihah disedekahkan kpd arwah. Moga roh Allahyarham ditempatkan bersama org2 beriman




Monday, May 11, 2015

MT Umno minta Najib undur petang ini?

MT Umno minta Najib undur petang ini?



Selepas 40,000 orang hadir dalam perhimpunan setiakawan dengannya di Sabah semalam, adakah suara berbeza menanti Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kiri) berkata beliau difahamkan bahawa keseluruhannya anggota MT telah menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat bawah, terutama dalam parti sendiri.

“...dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan dan beradab dalam mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno petang ini,” kata bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin mengaitkan kemungkinan itu dengan memetik kenyataan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pagi ini.

Memetik TV3, Zainuddin berkata Shahrizat telah pun memberitahu, apa pun yang akan berlaku, biarlah seperti menarik benang dalam tepung supaya parti jangan berpecah.  Malaysiakini