Home

Nuff

klik kan ye

Thursday, June 18, 2015

Perghhh.. Aku Tabik Spring Dengan Abang Trafik ni..

Perghhh.. Aku Tabik Spring Dengan Abang Trafik ni..




Anggota polis ini sedaya upaya buat yang terbaik untuk pengguna jalan raya, tetapi masih dipandang hina oleh segelintir masyarakat yang benci dengan polis

Tuesday, June 16, 2015

Perghh ..Seloka.Kurang Ajar .Umi Mahu berapa Jari..Soloka Remaja La ni..

Perghh ..Seloka.Kurang Ajar .Umi Mahu berapa Jari..Soloka Remaja La ni..



Demikian pertanyaan seorang remaja lelaki pada teman wanitanya yang bakal menyambut ulangtahun hari kelahirannya tidak lama lagi.

Jika di zaman sekolah dahulu, paling-paling pun si boyfriend/girlfriend hanya mampu memberi sepapan coklat murahan PPRT.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

Mana tidaknya, perbelanjaan sekolah pun masih ditanggung oleh ibu bapa. Nak belikan hadiah untuk kekasih? Alamatnya jangan haraplah.

Namun, remaja hari ini semakin ekstrim. Tak dapat memberikan sepapan coklat, mereka tawarkan pula dengan 'jari'. Tak cukup dua jari, ditanya pula berapa jari yang dimahukan.

"Umi nak hadiah apa (untuk) birthday nanti? Dua jari ke tiga jari ke empat jari?," ujar si papa dalam keadaan berseloroh.

Tanpa mengambil masa yang lama, si gadis itu seraya menjawab, "10 boleh? Tak nak 10," gurau si teman wanita yang kami jangkakan dia tidak mempunyai ketetapan dalam membuat keputusan.

"Baba okay je. Umi boleh (tahan) ke?" tanyanya lagi.

"Ummm.. ummm.. heee. tak mahu. Koyak hahaha" balas si gadis itu.

Whoa! Perbualan ini tersangat-sangat melampaui batasan. Inilah antara sebabnya ibu bapa tidak digalakkan memberi smartphone kepada anak-anak sehinggalah mereka matang dan tahu memanfaatkan penggunaan smarpthone.

Thursday, June 11, 2015

Fuyooo.Hand Pone meletup Dalam Poket Seluar,...

Perghh : Lagi Kes Telefon Bimbit Meletop Dalam Poket Seluar.

Lagi kes telefon bimbit meletop dalam poket seluar.  Tempat dan nama yang punya kes di rahsiakan..

Monday, June 8, 2015

Jurutera Wanita Kalahkan 10 Pelumba Lelaki Untuk Bergelar Juara

Siti Fatimah cabar diri saingi lelaki.

KUALA LUMPUR: Jurutera terlatih yang kini bergelar juara perlumbaan, Siti Fatimah Husna, 24, menganggap dua adik beradik lelakinya sebagai pengkritik tetap disebalik kejayaannya dalam bidang permotoran.
"Dua daripada adik beradik lelaki saya juga terlibat dengan aktiviti ini dan saya belajar daripada mereka.
"Sudah tentu sangat sukar untuk memuaskan hati mereka. Walaupun saya menang, mereka tetap akan meminta saya berusaha lebih lagi dan memberitahu saya boleh buat lebih daripada itu," ujarnya.
Siti Fatimah merupakan peserta tunggal yang berjaya menewaskan 10 pelumba lelaki dan muncul tempat pertama dalam kategori Kejohanan Supermoto Malaysia CKD, di sini, Ahad.
Perlumbaan itu merupakan sebahagian daripada acara yang diadakan pada Kejohanan Motosikal Antarabangsa (FIM Asia) yang turut membabitkan pelumba Jepun, Thailand, United Kingdom, Singapura, Taiwan dan Malaysia.
"Ia sangat mengujakan, saya telah mendahului peserta lain sebanyak satu pusingan," kata Siti Fatimah.
Tambahnya, pada awalnya dia tidak mempunyai minat dengan aktiviti tersebut dan belajar tentang kejuruteraan mekanikal kerana mahu menjadi seorang jurutera.
"Ibu saya terutamanya tidak mahu saya menyertai perlumbaan ini. Dia berkata saya masih seorang wnaita yang belum berkahwin dan bimbang jika saya kemalangan akan menyebabkan kecederaan dalaman," ujarnya.
Bagaimanapun, Siti Fatimah masih meneruskan aktiviti permotoran itu dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam mana-mana perlumbaan.
"Ia sangat sukar dan saya jatuh banyak kali. Saya banyak alami luka dan lebam, namun itu semua berbaloi dengan kemenangan ini," ujarnya.
Kejayaan tersebut juga mampu meyakinkan kedua ibu bapanya tentang minat mendalam dalam bidang tersebut.
Katanya, ibu bapanya kini sudah memahami dan banyak memberi dorongan jika diperlukan.
"Ini adalah sukan yang mahal, saya bekerja dan menggunakan semua duit simpanan untuk mendapatkan apa yang diperlukan dalam perlumbaan," ujarnya yang masih mencari penaja untuk terlibat dalam pertandingan lebih besar pada masa akan datang.
Katanya, buat masa ini dia akan terus berlatih dan mencabar diri untuk mencapai kejayaan lebih baik.
"Jika lelaki boleh lakukannya, begitu juga saya," katanya.

Tuesday, June 2, 2015

Minyak naik: Rafizi 'mengamuk' di Twitter


  • Minyak naik: Rafizi 'mengamuk' di Twitter

SHAH ALAM – “Harga minyak naik. Kesianlah kat rakyat!” demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di laman mikroTwitternya sebaik harga minyak diumumkan naik 10 sen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), malam tadi.

Berang dengan kenaikan tersebut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap rakyat yang sudah pun terhimpit dengan impak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu.

“Harga minyak + (tambah) GST: boleh mati!” bidasnya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini masa hadapan

Keluhannya  itu mendapat sokongan daripada pengikut di laman sosial itu.

Setakat berita ini ditulis, Tweet tersebut telah dikongsi dan disebarkan hampir 500 pengguna laman Twitter.

Rafizi turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak.

“Saya minta Najib wujudkan Tabung Penimbal Harga Minyak supaya cukai minyak tersembunyi yang dikutip sebelum ini digunakan untuk kekalkan harga petrol,” katanya lagi menerusi akaun Twitter yang sama.

Harga runcit minyak petrol dan diesel bagi Jun dinaikkan sebanyak 10 sen bermula tengah malam tadi.

KPDNKK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan harga baharu bagi RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 dengan harga RM2.35 seliter termasuk 6 peratus GST dan diesel pada kadar RM2.05 seliter.