Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, December 8, 2010

Bina rumah berbentuk telur


RUMAH berbentuk telur yang didiami Dai Haifei di Beijing baru-baru ini.

BEIJING - Seorang siswazah, Dai Haifei membina sebuah kabin berbentuk telur dengan menggunakan buluh, rumput dan kayu kerana tidak mahu dibebani kos sewa rumah yang mahal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kabin unik itu menarik perhatian ramai di China dan di luar negara.

Pada minggu lalu, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia membina kabin tersebut kerana tidak mampu membayar sewa selain dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya.

Namun, pada Jumaat lepas beberapa saksi melihat Haifei dan rakan-rakannya memindahkan kabinnya ke atas sebuah lori.

Dia menyatakan, rumahnya itu dibawa oleh syarikatnya yang merupakan sebuah firma reka bentuk kerana ia kelihatan unik.

Namun, kini terdapat khabar angin bahawa rumah itu sengaja dibina untuk tujuan promosi. - Agensi

Nota : Kalau kat Malaysia ..Pecah apa ka....belum cuba ye...


Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432


Salam Buat Semua

Selamat Menyambut Maal Hijrah ...1432 Hijrah

Berhijrahlah kita dari perkara yang tak baik kepada perkara yang baik....

Dari Inu Muslimin...

Monday, December 6, 2010

Ikan jerung mengganas lagi di Mesir


KAHERAH - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.

Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.

Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.

Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.

Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.

Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.

Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.

Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.

"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya. - AFP

Sunday, December 5, 2010

Tasik ‘darah’ ditemui di Sumatera Selatan...Ye ke?


TASIK merah di hutan Raje Mandare, Sumatera Selatan, Indonesia.

sumatera selatan - Merah bak darah! Itulah warna permukaan sebuah tasik seluas enam hektar yang ditemui sekumpulan penduduk tempatan dan peminat paranormal di Pagar Alam di sini, lapor akhbar Kompas semalam.

"Kami bersama rombongan 21 orang melakukan ekspedisi di kawasan Rimbacandi dengan menyusuri tebing, hutan, dan bukit bukau selama dua hari untuk sampai ke lokasi tasik merah itu," kata Asmidi, seorang penduduk tempatan.

Tasik berkenaan terletak di kawasan hutan berbukit Raje Mandare di sempadan Kota Pagar Alam dan Daerah Kaur, wilayah Bengkulu yang terkenal dengan banyak peninggalan bersejarah, termasuk candi.

"Anehnya, walaupun permukaan tasik ini merah, airnya pula jernih ketika dicedok keluar dengan menggunakan tapak tangan," kata Asmidi.

Selain tasik merah, hutan Raje Mandare turut menampilkan keganjilan lain termasuk spesies haiwan raksasa seperti lipan sepanjang 50 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm serta burung raksaksa selain kerbau-kerbau yang mempunyai sarang lebah pada telinganya. - Agensi

Nota : kalau kat Malaysia ni..perkara yang pelik jadi buruan ye..huhu

Saturday, December 4, 2010

Harga RON 95, gula naik lagi...huhuhu


ORANG ramai mengambil kesempatan mengisi minyak sementara harga belum naik di sebuah stesen minyak di Kuantan malam tadi.

KUALA LUMPUR - Kerajaan semalam mengumumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak lima sen seliter serta lima sen bagi setiap kilogram (kg) bagi gas asli cecair (LPG) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Berikutan kenaikan itu, harga petrol RON 95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter manakala LPG RM1.90 satu kg.

Turut diumumkan naik ialah gula sebanyak 20 sen kepada RM2.10 bagi setiap kg.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri semalam..

Nota : Nak buat macam mana ,.bahan utama naik di pasaran maka..maka .barang keperluan yang lain akan menerima tempias yang sama la...huhuhu..

Thursday, December 2, 2010

Kucing gemuk jadi sensasi


FLORENCE, Itali - Seekor kucing betina seberat enam kilogram menjadi sensasi di Internet setelah pemiliknya, Chiara Bagnoli, 28, memuat naik gambar kucing itu di laman web peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Chiara memberitahu, kucing gemuk bernama Giuly yang berusia lima tahun itu mendapat perhatian pelayar Internet dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

Kucing yang dibeli di sebuah kedai haiwan itu tidak kuat meragam.

Kucing itu sentiasa mengekori ke mana sahaja Chiara pergi seperti tabiat seekor anjing.

"Ia agak suka bermain tetapi sangat pemalas. Ia suka bersiar-siar dan memeluk pokok," kata Chiara. - Agensi

Comel ye kucing tu...kucing dekat rumah aku ..semuanya kurus kurus...

Wednesday, December 1, 2010

Apo Nak Di Kata : Minyak Naik Lagi


Gambar Hiasan je......

Yes...hehe..huhu..Minyak naik lagi ye...

Harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai tengah malam tadi, menurut sumber semalam. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Bernama melaporkan, harga petrol tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak semasa dunia.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Poi pokan ..naik basikal...apo nak di kato...huhuhu......