Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, December 18, 2010

Macam macam Di Dunia...Motosikal unik dijual RM172,452


SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.

MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.

Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycleyang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.

Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.

"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.

Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.

Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.

Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi

Nota : Aku rasa ,, kalau naik motor nie mungkin sakit atu lenguh pinggang....kalau tak caya cubala

Thursday, December 16, 2010

Budak buta dapat lihat semula..




IZABELLA duduk dekat ibu dan bapanya.

PULAU HAYLING, Britain - Keajaiban berlaku terhadap seorang budak perempuan berusia empat tahun di Britain, Izabelle Evans kerana dia dapat melihat semula selepas matanya buta sejak dilahirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Izabelle kini dapat melihat objek dalam lingkungan beberapa meter setelah dia menjalani rawatan sel stem di China.

Ibu-bapanya, James Evans dan Hollie McHugh berkata, mereka amat berpuas hati dengan rawatan melibatkan kos £50,000 (RM245,917) itu terutamanya apabila Izabelle merenung ke dalam mata mereka dan memanggil: 'Ayah' dan 'Ibu'.

"Jika anda melintas di hadapannya, dia akan menyapa anda. Rawatan itu menakjubkan kerana sebelum ini, doktor-doktor yang kami temui di sini memberitahu bahawa anak saya buta sepenuhnya," kata Hollie.

Izabelle buta akibat penyakit ganjil Optic Displasia yang menyebabkan dia cuma memiliki beberapa ratus daripada jutaan saraf optik yang diperlukan oleh deria penglihatan.

Namun, dia pulih selepas mendapat suntikan sel stem daripada uri bayi yang digunakan untuk membina semula saraf-sarafnya.

Budak itu mendapat rawatan di Hospital Rakyat Chenyang, Qingdao di China hampir sebulan. - Agensi

Nota : ini semua kuasa Allah...yang telah menyembuhkan Izabelle

Wednesday, December 15, 2010

Kerana nak kaya Cepat..Lebih 3,000 rugi berjuta ringgit


T. MURUGIAH berbincang dengan beberapa mangsa skim cepat kaya di Kuala Lumpur semalam.

Gara-gara terpedaya dengan janji pendapatan lumayan dalam tempoh singkat melalui pelbagai skim pelaburan, lebih 3,000 orang kerugian berjuta-juta ringgit dalam tempoh enam bulan lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, kes terbaru yang dilaporkan membabitkan kerugian berjuta ringgit untuk perniagaan rumpai laut menggunakan mesin serbaguna, Mat Kiosk.

Beliau berkata, skim tersebut menjanjikan pulangan sebanyak RM2,000 sebulan dan syarikat terbabit telah membayar jumlah itu selama tiga bulan seperti yang dijanjikan.

"Bagaimanapun selepas gulung tikar, penganjur skim Mat Kiosk menghilangkan diri dan akhirnya mangsa-mangsa yang terlibat dalam pelaburan ini menderita dengan kerugian lebih RM100 juta," katanya pada sidang media aduan Skim Cepat Kaya di Ibu Pejabat MIC di sini semalam.KOSMO

Monday, December 13, 2010

Akibat Rasukan, ter toreh kemaluan anak

gambar hiasan je

SEREMBAN – Entah apa yang merasuk fikirannya, seorang tukang kebun sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila dia tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang berusia empat tahun dengan sebilah pisau Jumaat lalu.

Kejadian pada waktu pagi itu dikatakan berlaku di rumah yang didiami mereka di Taman Desa Dahlia, Senawang di sini.

Ketika itu, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dikatakan berada di situ bersama anaknya yang masih belum berkhatan. Isterinya pula sedang berpantang di rumah keluarganya di Jempol dekat sini selepas melahirkan anak ketiga mereka beberapa hari sebelum kejadian.

Selepas menoreh kemaluan anaknya, dia kemudian bertindak membawanya dengan menaiki motosikal ke rumah saudara perempuannya di kawasan berhampiran. Wanita itu dipercayai pengasuh kepada kanak-kanak itu.

Sepanjang perjalanan, kanak-kanak itu sentiasa menangis.

Sebaik meninggalkan anaknya di situ pada pukul 12 tengah hari, dia tergesa-gesa mengambil seorang lagi anak lelakinya, Mohd. Nazimi Norazmi, satu tahun, di rumah wanita itu sebelum membawanya menaiki motosikal ke Kuala Pilah. Jarak antara dua lokasi itu sejauh 22 kilometer.

Dia kemudian meninggalkan anaknya bersendirian di tempat mengambil wuduk di sebuah surau di Kampung Lanjut Manis, Kuala Pilah tanpa mencederakannya.

minta kita di jauhkan penyakit ni ye...huhu..kesian kat budak tu...tertekan kut

Sunday, December 12, 2010

Angkara cinta tiga segi


Gambar Hiasan je

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang anggota polis berpangkat koperal sejak sebulan lalu kini terjawab dan dipercayai angkara isterinya sendiri.

Semuanya terbongkar sejak beberapa hari lalu apabila polis mendapati seorang pesakit tidak dikenali di wad kecemasan Hospital Slim River, Perak rupa-rupanya koperal yang dilaporkan hilang itu.

Mangsa dipercayai ditinggalkan di luar wad kecemasan itu oleh satu pasangan yang menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback kira-kira pukul 5 pagi pada 11 November lalu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, ketika ditemui, mangsa yang sebelum ini bertugas di salah sebuah balai polis di Gombak di sini berada dalam keadaan hilang ingatan dipercayai akibat dipukul teruk di kepala.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an turut mengalami kecederaan di kaki disyaki dipukul seorang suspek berusia 27 tahun yang dikatakan kekasih kepada isterinya.

Polis percaya pasangan yang meninggalkan mangsa di hospital berkenaan adalah isteri mangsa dan kekasih wanita itu selepas mereka panik melihat mangsa cedera parah.

“Selepas itu, isteri mangsa membuat laporan polis mendakwa suaminya hilang pada 12 November lalu selepas lelaki itu keluar dari rumah di Rawang.

“Bagaimanapun, polis mengesyaki sepanjang tempoh mangsa hilang, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek lelaki sehingga menyebabkan mangsa cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Macam macm sekarang ni..dah ada suami nak cari kekasih pulak...si suami pulak ..ada yang menggatal..nak tambah koleksi isteri pula ye...bukan sini..tempat lain ye...

Friday, December 10, 2010

Saiz harimau semakin kecil


GAMBAR fail menunjukkan seekor harimau Bengal terjun ke dalam sungai dekat kawasan hutan di Sundarban, India pada 24 Februari lalu.

KOLKATA - Saiz harimau Bengal kini didapati semakin kecil akibat perubahan persekitaran habitat haiwan itu, menurut satu kajian terbaru.

Menurut satu kajian yang dilakukan beberapa pegawai hidupan liar India, berat beberapa harimau di kawasan berpaya Sunderban di sempadan Bangladesh didapati semakin ringan berbanding sedekad lalu.

"Kami terkejut kerana harimau yang kelihatan sihat hanya seberat 98 kilogram (kg)," kata Pengarah Kawasan Simpanan Harimau di Sunderban, Subrata Mukherjee.

"Purata berat harimau dewasa sepatutnya tidak lebih 140kg," tambahnya.

Selain aktiviti pencerobohan, pakar-pakar menyalahkan peningkatan paras laut yang meningkatkan kadar garam di paya Sunderban sebagai punca berat haiwan itu berkurangan. - AFP...

Kalau hendah tahu.. Harimau Malaya..bukan sekadar berat malah garang. pula..nak lihat boleh pergi ke Zoo Negara..


Thursday, December 9, 2010

Tentera Iran bina bot laju 'berani mati'


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan bot Iran yang mengandungi bahan letupan.

TEHERAN - Tentera Laut Iran membina lebih 9,000 buah bot laju 'berani mati' yang dilengkapi bahan letupan untuk tujuan merempuh kapal-kapal musuh, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah bot laju itu yang sepanjang enam meter, berupaya membuat lubang berdiameter lebih tujuh meter apabila ia melanggar kapal perang musuh sekali gus menenggelamkannya.

Kira-kira 30,000 kapten 'kamikaze' telah dilatih untuk mengemudi bot-bot laju itu yang kini meronda perairan Teluk Parsi manakala pemerintah Iran merancang untuk membina sejumlah 15,000 bot tersebut.

Akhbar The Sun mendedahkan strategi perang kamikaze Iran itu didedahkan baru-baru ini oleh seorang bekas jurutera tentera Iran yang belot dan melarikan diri ke Britain.

"Mereka mahu saya membantu membina armada besar bot berani mati. Ia amat mengejutkan," katanya.

Iran mencetuskan kemarahan Barat kerana meneruskan program nuklearnya yang menurut pemerintah bertujuan untuk menjana kuasa elektrik negara. - Agensi

Nota : Sebab tu...Us...dok cakap je..nak serang..tapi tak berani...