Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Wednesday, April 13, 2011

Jom Beli Dinar


Kos Menunaikan Haji
Tahun 2002
Kos Haji : RM9,100
1 dinar : RM140

Tahun 2008
1 dinar RM 350 sekeping

Tahun 2009
1 dinar RM 450.00 sekeping

Kos Haji Dalam Dinar : 65 Keping
Tahun 2010
Kos Haji : RM10,132
1 dinar : RM655 (Harga Semasa)
Kos Haji Dalam Dinar : 15 Keping

Tahun 2011
Harga Dinar Semasa
1 Dinar RM 677.


5 tahun lagi ??? mungkin RM 1000 atau lebih..belilah sebagai simpanan..anda ye

. Dinar emas tidak terjejas langsung dengan inflasi bahkan nilainya semakin meningkat naik. Bagaimana nak dapatkan emas atau dinar untuk simpanan? Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma di 0195776858

Monday, April 11, 2011

Tersilap Ubat, Dua gadis berdepan maut


INILAH kesan luka pada tubuh Cheng yang dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum setelah didakwa diberi suntikan ubat selulit manakala gambar bawah ialah contoh ubat yang diambil.

KUALA LUMPUR - Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu.

Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.

Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau.

Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.

Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.KOSMO

Saturday, April 9, 2011

Rakyat Britain tidak kisah tunang Putera William dara atau tidak


PUTERA WILLIAM dan tunangnya Kate Middleton.

LONDON - Rakyat Britain kini dilihat tidak lagi peduli sama ada Kate Middleton iaitu tunang pewaris takhta negara itu Putera William, masih dara atau sebaliknya.

Pasangan itu yang akan berkahwin pada bulan ini dipercayai pernah tinggal bersama ketika masih belajar di sebuah universiti.

Sikap itu itu membuatkan istana Britain selari dengan peredaran zaman di negara berkenaan.

Perubahan tersebut mungkin disebabkan oleh kecurangan pasangan Puteri Diana iaitu ibu William yang pernah menjadi isteri Putera Charles.

Semasa pertunangan Puteri Diana, keluarga diraja dan penasihat mereka menganggap ibu William itu masih dara.

"Tidak pernah ada peraturan bahawa pengantin diraja mesti seorang dara," kata profesor dan sarjana diraja dari Universiti Aberystwyth di Wales, Noel Cox.

Pengkritik-pengkritik diraja percaya William berada di posisi lebih baik berbanding bapanya dalam memastikan perkahwinan ini berjaya.

"William seorang lelaki yang tegas. Beliau mencipta ruangnya sendiri, membuat keputusan apa yang hendak dibuat dan bila mahu melaksanakannya.

"Malah, hubungan William dan Kate selama lapan tahun boleh menjadi buktinya," kata seorang pakar aspek diraja, Dickie Arbiter. - AP

Ulasan..itulah orang barat, tidak mementingkan masalah moral dan zuriat....Kita berbangga dengan agama Islam yang mementingkan akhlak yang mulia dan keturunan yang baik baik..

Wednesday, April 6, 2011

Telefon bimbit rakam bayang budak dipercayai hantu


GAMBAR yang dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera menunjukkan Sirus Walsh (kanan) berdiri dekat bayang seorang budak (dalam bulatan) di rumahnya di Redhill, Surrey baru-baru ini.

REDHILL, Britain - Seorang budak lelaki berusia lima tahun, Sirus Walsh didapati bermain dengan hantu budak oleh keluarganya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut akhbar itu, gambar hantu budak itu berjaya dirakamkan menerusi sebuah telefon bimbit berkamera di sini.

"Anak perempuan saya merakamkan gambar anak lelakinya dengan sebuah telefon bimbit baru.

"Apabila dia melihat gambar tersebut, terdapat dua budak lelaki dengan salah satunya ialah bayang budak," kata nenek Sirus, Julie Smith, 52.

Menurut Smith, anak perempuannya itu kemudian memadamkan gambar tersebut.

Namun, katanya, selepas satu gambar lagi dirakamkan, mereka mendapati terdapat bayang budak dekat dengan Sirus.

Julie menafikan bahawa gambar itu adalah palsu dengan menegaskan tiada anggota keluarganya yang mahir dengan teknik untuk memalsukan gambar.

Gambar tersebut turut disiarkan di Facebook dan dalam tempoh sejam, terdapat 20 komen sebelum ia didapati hilang daripada laman rangkaian sosial itu. - Agensi

Tuesday, April 5, 2011

Hebat ...meluncur di sisi Ikan Jerung Putih


Cape Town, Afrika Selatan, Seorang peluncur ombak, chris Fallows berdayung menghampiri seekor ikan jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.


Sebelum ini ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti penyu di permukaan laut.


Namun, bagi Fallos, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar. "kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.


Lelaki itu mengendalikan xpdc melihat ikan jerung di perairan di sini.


Namun begitu, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut. Agensi


Nota , beranikah anda..melakukan sebegitu

Sunday, April 3, 2011

Siapa La ambil duit Gomen..???

Duiit kerajaan RM108b lesap


GAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.

Ulasan...itulah ..pepatah melayu ..mengatakan harap pagar pagar makan padi..........

Friday, April 1, 2011

Helang botak sambar burung kuang


SEEKOR burung helang menyambar burung kuang di Dakota Selatan, Amerika Syarikat.

DAKOTA SELATAN, Amerika Syarikat (AS) - Seorang jurugambar kelahiran Britain, Chris Bailey berjaya merakam beberapa gambar seekor helang botak besar yang kelaparan menyambar burung kuang di kawasan salji di sini untuk dijadikan makanan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salah satu gambar tersebut merakam aksi dramatik helang botak menyambar burung kuang itu dengan menggunakan kedua-dua belah kakinya sebelum terbang tinggi.

Bailey, 54, yang terkejut pada masa itu cuba menjejaki helang botak yang membawa burung kuang tersebut ke kawasan berdekatan sebelum menjadikannya sebagai makanan.

Menurut Bailey yang bekerja sebagai pengarah servis Ford, dia sedang merakam gambar salji yang menutupi keseluruhan sebuah padang di sini.

"Tidak lama kemudian, saya menyaksikan helang botak yang cuba menyambar burung kuang berada di sana. Kejadian ini berlaku pada masa dan tempat yang tepat di depan mata saya," jelasnya.

Helang botak yang memiliki sayap berukuran 2.44 meter boleh terbang dengan kelajuan 72 kilometer sejam dan boleh hidup sehingga 30 tahun. - Agensi