Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, June 7, 2012

Hebat : Ternak lebah madu atas bumbung hotel

CHEF Waldorf Astoria, Josh Bierman memeriksa lebah madu yang diternak di atas bumbung hotel berkenaan kelmarin. NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah hotel mewah menternak lebih 20,000 ekor lebah madu di atas bumbung bangunan berkenaan di sini. Waldorf-Astoria yang merupakan hotel pilihan pemimpin AS dan luar negara, merancang untuk menghasilkan madu lebah sendiri di samping membantu mendebungakan pokok di sekitar kota metropolitan tersebut. "Lebah ini terbang ke arah taman awam Central Park di sini," kata kakitangan Waldorf yang ditugaskan menjaga ternakan lebah tersebut, Andrew Cote. "Serangga ini membawa pulang nektar, air dan debunga ke sarang di tingkat atas bangunan ini," tambahnya. Menurut Cote, inisiatif tersebut dapat membantu rancangan pihak dewan bandar raya di sini untuk menanam 1 juta pokok menjelang 2022. Bilangan lebah yang diternak di atas bumbung hotel 20 tingkat itu dijangka bertambah hingga 300,000 ekor pada musim panas tahun ini. - Agensi

Wednesday, June 6, 2012

Pelakon filem lucah dihadapkan ke mahkamah

Magnotta BERLIN, Jerman – Seorang aktor porno yang digelar ‘Orang Gila Kanada’ kerana membunuh dan mengerat seorang lelaki lain dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini semalam. Pelakon lucah berkenaan, Luka Rocco Magnotta memberitahu, dia tidak akan mencabar proses ekstradisi bagi membawanya pulang ke Kanada. “Dia dibawa ke hadapan seorang hakim yang mengesahkan penangkapan tersebut,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya awam di sini, Martin Steltner. “Suspek kemudian memberitahu dia tidak akan mencabar proses ekstradisinya,” tambah jurucakap berkenaan. Menurut Steltner, Magnotta, 29, yang ditangkap di sebuah kafe Internet di ibu kota Jerman di sini kelmarin, akan dipindahkan dari lokap polis ke sebuah penjara. “Proses mengekstradisi Magnotta kini lebih mudah dan cepat kerana dia bersetuju untuk tidak mencabarnya,” ujar Steltner. “Namun, dia boleh menukar fikiran,” tambahnya. Pihak berkuasa Canada percaya Magnotta membunuh seorang pelajar China dengan menggunakan pencungkil ais dan mengerat mayat mangsa sambil merakam perbuatan kejam tersebut. Laporan awal menyebut, mangsa, Lin Jun yang berusia 33 tahun ialah kekasih Magnotta. Kes tersebut terbongkar selepas beberapa bahagian badan mangsa dihantar melalui perkhidmatan mel ke beberapa pejabat parti politik di Ottawa. - AFP

Tuesday, June 5, 2012

Erra Fazira , Selisih faham suami isteri adalah lumrah perkahwinan

Erra Fazira Sangkal Temui Kaunselor Rumah Tangga Erra Fazira PETALING JAYA: Pelakon jelita, Erra Fazira sekali lagi menyangkal desas-desus kononnya dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendapatkan khidmat kaunseling bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka. Beliau meminta pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara itu. Menurut Erra, dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk meminta nasihat dan menganggap khabar angin terbaru itu sebagai mengarut. "Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri. "Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," ujarnya kepada mStar Online. Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu. Dalam pada itu, Erra berkata, kehidupannya suami isteri bukanlah seperti kisah dongeng sebaliknya mereka melalui seperti mana pasangan berkahwin yang lain. Erra memberitahu, selisih faham antara suami isteri adalah perkara biasa dan ia juga terjadi dalam perkahwinannya. "Itu adalah perkara biasa dalam kehidupan berkahwin dan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan," ujarnya. Bagaimanapun kata Erra, dia agak terkilan apabila muncul gosip-gosip keterlaluan mengenai rumah tangganya dan berharap perkara itu dapat dihentikan.

Monday, June 4, 2012

Fulamak. real la.!!! Lelaki bergelut dengan harimau bintang

SEORANG lelaki bergelut dengan seekor harimau bintang ketika anggota perhutanan cuba menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan jaring di Duliajan, India semalam. DULIAJAN, India - Seekor harimau bintang ditangkap di kawasan penempatan penduduk di sini, dalam negeri Assam semalam. Harimau itu menakutkan penduduk setempat selepas menyerang dan mencederakan dua orang di sebatang jalan di sini. Binatang buas tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa pegawai perhutanan India. Namun, seorang lelaki yang bergelut dengan harimau tersebut cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. :- Agensi

Sunday, June 3, 2012

Terpedaya dengan Sihir Vodoo

TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki. KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai ‘voodoo’ dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha ‘mencairkan’ mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita. Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya. Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka. KES 1 ZARINA AYU: “SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan. Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini. Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan.

Saturday, June 2, 2012

Balasan hina Sultan Perak..Di Denda RM 50,000

HON KEONG (kiri) bersama peguamnya selepas dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang semalam. BUTTERWORTH – Seorang jurutera dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahun lalu. Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin menjatuhkan hukuman itu ke atas Chan Hon Keong, 29, selepas meneliti fakta dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan. Menurut Ikmal Hishan, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius kerana ia turut melibatkan kepentingan awam. “Ini (kes tersebut) satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah. “Selepas meneliti, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini (semalam) dan denda RM50,000. Jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,” katanya. Ahli keluarga tertuduh termasuk isterinya, Khoo Hui Suang, 28, dilihat menitiskan air mata selepas mendengar keputusan hukuman. Pada 15 April lalu, Hon Keong mengaku tidak bersalah selepas didakwa bersama isterinya, Hui Suang kerana mengedar komen lucah menghina Sultan Perak melalui ruang siber. Kedua-duanya didakwa melakukan perbuatan itu melalui laman web http:// books.dreambook.com/duli/ duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Laman web tersebut kini telah disekat daripada dilayari. Komen itu berunsurkan lucah dan menghina institusi diraja Perak. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Friday, June 1, 2012

Anjing ada peguam, simpanan RM5,693

GAMBAR menunjukkan anjing bernama Blue di Albuquerque, New Mexico kelmarin. ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anjing tidak bertuan di negeri New Mexico, memiliki simpanan bank sebanyak AS$1,800 (RM5,693), laman Facebook dan sebuah kandang anjing berhawa dingin. Sebuah akhbar AS melaporkan anjing jantan tersebut, Blue turut mempunyai seorang peguam yang berusaha supaya haiwan tersebut tidak diikat dan boleh terus berkeliaran di sebuah kawasan tasik di sini setelah ditinggalkan sedekad lalu. Majlis Perbandaran Albuquerque dijadualkan bertemu para penyokong Blue pada 13 Jun depan bagi menentukan nasib anjing tersebut. Pemilik bersama sebuah pasar raya di sini, Janice Conner berkata, kisah Blue bermula sekitar 10 tahun lalu. Anjing tersebut yang ditinggalkan di sini katanya, telah dipelihara oleh seorang individu sehingga 'tuannya' meninggal dunia dua tahun lalu. Selepas itu, Blue berkeliaran di pasar raya berkenaan dengan anjing tersebut diberi makan dan hidup bersama komuniti tempatan hingga musim bunga lalu apabila seorang wanita berusia 48 tahun dilaporkan mati digigit beberapa ekor anjing pitbull dekat pasar raya tersebut. Menurut Connor, seorang wanita telah membuat aduan bahawa Blue pernah menderam terhadapnya selepas insiden tersebut. Seorang peguam di sini Hilary Noskin, memberitahu, dia sedang berusaha supaya Blue dibenarkan tinggal berhampiran pasar raya tersebut tanpa diikat. "Anjing ini ialah klien kesayangan saya, Blue seekor anjing yang baik dan tidak ganas," katanya. Conner berkata, penduduk di sini mendermakan lebih AS$1,800 untuk kos perubatan dan perundangan Blue selain membina sebuah kandang lengkap dengan pendingin hawa dan alat pemanas untuk anjing tersebut. Menurutnya, dia juga mengumpulkan lebih 1,100 tandatangan sokongan terhadap Blue di akaun Facebook Bluedog EB-Mascot untuk anjing berkenaan, - Agensi