Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, April 14, 2016

Perghhh !!! Hadiah Murah Dari Peralatan Sukan.. Dapat Keritikan Hebat Dari Nitizen

Khairy jawab isu hadiah rendah

Foto Khairy yang diubahsuai menjadi bahan jenaka.
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya kecil.
Namun begitu, Khairy berkata JCM memilih untuk buat demikian memandangkan apa yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang malah bukan kerana habuan wang.
“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, Khairy mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu dianggap seolah seperti tidak berbaloi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana hadiah, KJ dikecam netizen]
Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya mahu peserta-peserta program tersebut membesar dengan nilai serta sikap yang betul.
“Ya, wang memang penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka akan mendapat ganjaran dari segi kewangan di kemudian hari tetapi jangan kita merosakkan mereka ketika mereka masih muda.
"Biarkan mereka mahu menang demi untuk menang, untuk menjadi yang terbaik bukan kerana wang tetapi kerana kesungguhan dan penghormatan,” katanya.
Selain daripada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa hadiah kemenangan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peserta sebelum pendaftaran malah dipaparkan dalam laman web JCM dan tiada sebarang isu yang timbul.
Tambah beliau, rata-rata ahli keluarga peserta yang membawa anak mereka tidak memikirkan mengenai soal hadiah wang tunai namun mereka mengorbankan masa demi minat anak-anak dalam sukan tersebut.
“Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, ia merupakan pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak,”katanya.
Dalam pada itu, susulan daripada penyebaran foto Khairy menyampaikan replika cek yang menjadi viral di laman sosial tersebut, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengubahsuai gambar terbabit untuk dijadikan bahan jenaka.
Menerusi foto yang dimuat naik ke laman sosial Facebook OhBulan! menunjukkan gambar-gambar yang menjadi viral tersebut diubah suai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah seperti menyindir Khairy.
Namun begitu, terdapat juga sesetengah netizen yang mempertahankan Khairy dan beranggapan beliau tidak mengetahui mengenai pemberian hadiah tersebut.

Thursday, March 24, 2016

Perghhh ..Pelancung Dari China Makan Bufet ..Ceduk Udang Dengan Pinggan.



Thailand, 19 Mac - Kelakuan kurang sopan sekumpulan pelancong dari China telah dikritik ramai apabila satu video viral memaparkan kumpulan itu menggunakan pinggan untuk mencedok udang ketika makan secara bufet di sebuah hotel di Chiang Mai.

Klik SINI untuk Dapatkan Berita X berapa Sempoii seTiap hari

Monday, March 21, 2016

Sempoiii : !!! Limo Pink Bukan Saya Punya - Vida

Perghh !!! Limo Pink Bukan Saya Punya - Vida

Limosin yang dikatakan milik Vida yang tiba di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
  (Ubah saiz teks)
PARIS: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan sebuah limousin merah jambu yang tiba di Pelabuhan Klang dan menjadi viral di laman sosial adalah miliknya.

Klik SINI untuk Dapatkan Berita X berapa Sempoii seTiap hari
Namun, beliau mengakui meminati kenderaan itu kerana warna 'shocking pink' yang menyerlahkan lagi simbol kemewahan dan tampak lebih eksklusif serta elegan.
"Bila tengok warna pink mesti orang ingat Qu Puteh. Tapi itu bukan kereta saya. Siapalah pemilik kereta ini?," katanya kepada mStar Online pada pagi Sabtu.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau bersedia mempertimbangkan untuk membeli kereta tersebut sekiranya pemiliknya sedia melepaskannya.
"Mungkin saya akan pertimbangkan untuk tambah koleksi kereta sedia ada. Apapun biarlah harga yang ditawarkan berbaloi," katanya.
Vida mempunyai beberapa koleksi kereta mewah antaranya, Lamborgini Aventador dan Bentley.
Sejak beberapa hari lalu, gambar limousin merah jambu yang didakwa milik Vida menjadi viral di laman sosial.
Limousin itu dikatakan sudah sampai di Pelabuhan Klang dan sedia untuk diambil pemiliknya

Thursday, March 3, 2016

wow ..Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia



Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia
Gambar Saraswati - foto www.instagram.com/queenofluna

SARASWATI,
 seorang jurusolek wanita dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk membantu mengubah dirinya menjadi  watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia.
Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), telah berkongsi 'kehebatannya itu' sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar.
Maka tidak hairanlah beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti Saraswati, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada.
Ternyata, rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati

Monday, February 29, 2016

Perghhh !! Cecah Usia 30, Neelofa Panik Jika Tidak Bertemu Jodoh


PENGACARA jelita Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, 27, mengakui dirinya berasa risau dan panik jika tidak bertemu dengan jejaka pilihan hatinya menjelang umur 30 tahun.


“Sekarang ini, memang saya masih belum mempunyai kekasih. Kalau kita ada kekasih hati, sudah tentu kita mahu membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius dan mendirikan rumah tangga bersamanya.”

“Saya akan lebih risau dan panik jika saya masih tidak bertemu jodoh apabila usia saya menjangkau 30 nanti. Dan pada masa itu saya akan memikirkan isu ini dengan lebih serius.”
Tambah Neelofa, dia hanya mahu memberikan sepenuh perhatiannya buat masa ini kepada kerjaya dan pernigaannya. Dia juga mempunyai hasrat yang tinggi untuk membuka butik hijabnya di New York.
“Buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kerjaya dan pernigaan saya. Masih banyak yang perlu saya kecapi, termasuklah membuka butik tudung di New York, doakan supaya saya terus berjaya”.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Wednesday, February 24, 2016

Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016. ?

Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016.            


Portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, hari ini mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

Menurut portal terbabit, mereka yakin ia versi produksi Perdana 2016 kerana melihatkan kepada bentuk lampu belakang dan depan adalah sama dengan imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Selain itu, portal tersebut sebelum ini turut mendedahkan spesifikasi Perdana 2016. -Siakapkeli.my




Monday, February 22, 2016

Gambar pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri, viral Di Media sosial

 pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri, viral Di Media sosial..


Video pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri viral
Rakaman video yang kini menjadi viral di seluruh negara termasuk Indonesia

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai pekerja warga Indonesia di pukul tanpa
belas kasihan menggunakan seutas paip getah selepas didakwa mencuri wang syarikat
 dalam satu kejadian yang tidak diketahui lokasinya.
Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki tersebut yang mengerang
 kesakitan dilihat berulang kali merayu sambil menangis agar dia tidak dipukul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika
dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada
mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.
"Setakat ini, polis belum terima sebarang maklumat lagi," katanya.
Hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian, jelas lelaki itu dipukul teruk dan berikut
 antara dialog semasa kejadian dirakam menggunakan video amatur.

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya
sumpah bukan saya yang lakukan,” katanya.
Bagaimanapun, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai
 rakyat tempatan dalam video berkenaan.
“Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut
sebelum menendang muka pekerja yang tidak melawan.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan
tindakan lelaki berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas.
Video itu menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara jiran, Indonesia.
Selepas 24 jam dimuat naik di Facebook, sebanyak 16,115 pengguna menekan butang
'like' dan lebih 88,405 berkongsi rakaman video itu di wall masing-masing