Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, August 11, 2016

Dahsyat : Dua penyamun rogol mangsa selang 5 minit

Dua penyamun rogol mangsa selang 5 minit

Remaja berkenaan (dua dan tiga kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh.
KOTA BHARU – Dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, 
atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan merogol mangsa selang lima minit setiap 
seorang.tuduhan terhadap kedua-dua pesalah juvenil yang sudah tidak bersekolah itu dibuat 
i hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed.
Mereka didakwa bersama dua orang lagi yang ditangkap untuk disoal siasat serta bersama
 seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang 
mangsa di Bachok pada jam 4 pagi, 15 Julai lalu.
Mereka dituduh mengambil sebuah komputer riba jenama Acer, dua buah telefon bimbit jenama 
Samsung dan Apple, seunit pemain DVD serta dua beg sandang kecil dan wang tunai yang 
dianggarkan RM2,000.Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang 
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, masing-masing didakwa secara berasingan merogol mangsa di tempat dan
 tarikh yang sama, seorang pada jam 4.50 pagi dan seorang lagi didakwa melakukan rogol itu pada 
jam 4.55 pagi.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan di bawah 
Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan
, jika sabit kesalahan.Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, 
Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan@Jaohari.
Terdahulu, Mohamad Firdaous mencadangkan supaya kedua tertuduh diikat jamin sebanyak 
RM10,000 untuk pertuduhan merogol dan RM6,000 bagi pertuduhan merompak.
Mohd Isa kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 seorang. 
Kes disebut semula pada 20 September depan di Mahkamah Majistret, Bachok.
Sehingga petang semalam, kedua-dua tertuduh yang tidak bersekolah itu gagal menjelaskan 
jumlah ikat jamin berkenaan

Thursday, August 4, 2016

Kekalutan Video "Netizen Salah Anggap Video Saya" - Vida


Video yang dimuatnaik Vida dalam Instagramnya tidak disenangi netizen.




PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan video dalam loghat Perak yang dimuat naik di laman Instagram mengenai kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Perak sengaja diperbesarkan dan disalah tafsir oleh netizen.
Menurut beliau, video itu bukan berniat untuk memperlekehkan JDT tetapi mahu pengikutnya berkongsi mengenai kekalahan pasukan tersebut di Stadium Ipoh, Perak.
"Teruk juga saya dicemuh dan ada juga netizen yang berbalah sesama sendiri. Tapi saya enggan ambil pusing dan menganggap netizen salah anggap mengenai video itu.
"Sebenarnya saya terkejut mengapa kelab hebat seperti JDT boleh tewas kepada Perak. Oleh itu saya rakam video tersebut minta pengikut ceritakan mengenai kekalahan JDT," katanya kepada mStar Online, Selasa.
Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau tidak menduga video itu menjadi bualan hangat dan dikecam teruk penyokong JDT.
"Saya tak sangka video ini jadi panas pula. Saya harap netizen berhenti berbalah dan berburuk sangka dengan pertanyaan tersebut," katanya.
Jelas Vida, beliau sering mengikuti perkembangan JDT selain Felda United kerana kedua-duanya pasukan kuat dalam saingan liga bola sepak di negara ini.
"Selain Kelantan, saya sering ikuti perlawanan JDT dan Felda United. Kebetulan pada malam itu, saya berada di Kota Baru (Kelantan), jadi terlepas perlawanan di tempat saya berdagang," katanya.
Terdahulu, Vida memuat naik video dalam loghat Perak 'cer citer' yang bertanya kepada pengikutnya di Instagram mengenai kekalahan JDT pada Ahad lalu.
Video itu ditonton kira-kira 72,400 pelayar dan hampir 700 komen dibuat mengenainya.

Friday, July 29, 2016

Sempoii : "DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!" ..Coba kita semak ada Road Tax dak

Perghhh.."DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!" Betui Juga Nu





"DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!"
.
Ramai up status fb arini,
"Menyusahkan orang je!"
.
Ok. Tu hal kau lah. Tapi diorang ni menyusahkan kau sekali je rasenye dalam seumur hidup kau. Yg paling penting, AT LEAST DIORANG IKUT UNDANG2 ATAS JALAN. Ada escort, ada guide semua.
.
Kau yg nak tukar lorong tak bagi signal, brek mengejut HARI-HARI tak pulak menyusahkan orang setiap hari?
.
Jangan nampak buruk orang lain. Sampai buruk kite tak nampak. Tolak ansur lah. DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH! lagi mahal roadtax die dari roadtax korang.

Friday, July 15, 2016

Wahh kayoo rayoo anak2 makcik haha

Wahh kayoo rayoo anak2 makcik haha


Syukur alhamdulilah.
Kayo 2 anak makcik niyer

Tuesday, July 12, 2016

Suasana Hari raya Rumah Dato Alif Syukri, Meriah Syle Orang Kampong

Perghhh..Suasana Hari raya Rumah Dato Alif Syukri, Meriah

Sy org kampung..
.
.
Saya belajar tak pandai tapi sy cuba jadi yg terbaik ..kami sekeluarga beraya pun serba simple je di kampung halaman felda .. Bagi saya itu sungguh bermakna bila ada org yg tersayang.. Itu maksud raya buat saya ..
.
.




Saturday, June 11, 2016

Dahsyattt : Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai

Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai
Seorang peniaga bertindak membakar gerai diusahakan sebagai tanda protes kepada MPKj
BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.
Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.
Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.
Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja  hangus terbakar.
Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.
Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.
“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.
“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.
Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

Thursday, June 9, 2016

Fuyoooo Wekkk : Terkilan lauk berbuka puasa berulat

Terkilan lauk berbuka puasa berulat
Salinan paparan perkongsian yang viral, semalam.
PERKONGSIAN seorang lelaki mengenai lauk ikan yang dibelinya untuk juadah berbuka puasa viral di laman sosial Facebook, semalam.
Berdasarkan video yang dimuatnaik pelayar tersebut, terdapat beberapa ulat yang jelas kelihatan masih bergerak pada ikan yang dibelinya.
"Saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ni," kata pelayar tersebut.
Selain video, beberapa foto juga dimuat naik untuk membuktikan dakwaannya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir beratus-ratus pelayar yang kebanyakannya menyuruh insan lain supaya berhati-hati ketika membeli lauk di bazaar.