Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, January 30, 2012

Al-Quran dibuang dalam guni


Inilah sebahagian naskhah al-Quran yang dibuang di Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut, Pahang semalam.

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.

Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.

Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Friday, January 27, 2012

Rogol, cabul murid dalam makmal


MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun tiga tahun lalu.

KOTA BHARU – Perbuatan jahat seorang guru sains dan bahasa Cina yang sanggup memperkosa serta mencabul seorang murid darjah enam berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh, Yek Hock Soon, 29, dari Sitiawan, Perak, didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Hock Soon yang telah berkahwin dan baru mendapat seorang cahaya mata dua bulan lalu dituduh merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang awal bulan Ogos 2009.

Dakwaan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara lebih 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebat.

Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan, dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman.

“Hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Jenayah seperti ini penting untuk dibendung oleh perundangan.

“Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Hukuman itu hendaklah dijalankan secara berasingan,” kata Rofiah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, January 24, 2012

Penculik bogel terima padah..mati ditembak


PETUGAS media berkumpul sambil berbincang sesama sendiri mengenai kejadian seorang kanak-kanak yang dijadikan tebusan selama enam jam.

KUALA LUMPUR - Siapa sangka keseronokan lapan sekeluarga yang sedang asyik menonton televisyen dicemari insiden berdarah apabila salah seorang daripada mereka dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sebelum 'drama' itu mencapai klimaksnya dengan suspek mati ditembak polis enam jam kemudian.

Kejadian pukul 10.30 pagi semalam di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini itu berlaku apabila suspek berusia 34 tahun tanpa seurat benang tersebut dikejar sekumpulan penduduk yang mengesyaki lelaki tersebut hendak mencuri.

Suspek yang buntu untuk melarikan diri kemudian telah menerjah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum mengambil pisau di dapur lalu menangkap dan mengacukan di leher seorang kanak-kanak, Fifi Ramadhani Syafrudin, 10.

Enam ahli keluarga yang terkejut dengan kejadian itu kemudian melarikan diri kecuali bapa mangsa, Syafrudin Marlis, 47. Suspek yang bagikan kerasukan itu kemudian membawa mangsa masuk ke dalam bilik manakala bapanya kekal di ruang tamu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Saturday, January 21, 2012

Kubur untuk si mati yang amat miskin..Beginilah keadaannya...


SEBANYAK 30 buah keranda yang mengandungi mayat orang miskin dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens, Homewood pada Rabu lalu.

HOMEWOOD, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 30 mayat yang merupakan orang paling miskin kerana tidak mempunyai wang untuk membiayai kos pengebumian sendiri telah dikebumikan dalam sebuah lubang kubur di kawasan perkuburan Homewood Memorial Gardens pada Rabu lalu.

Tiada seorang pun rakan atau saudara si mati yang datang untuk menyaksikan pengebumian itu.

Situasi ekonomi yang sukar di AS menyebabkan terdapat peningkatan pengebumian orang yang amat miskin termasuk di Chicago dan di kawasan sekitarnya. - AFP..KOSMO

Thursday, January 19, 2012

Roslin mengaku ada isteri baharu


KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim mengesahkan semalam bahawa dia telah berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu.

Namun, ketika ditanya siapa suri hidup baharunya itu, Roslin enggan mendedahkannya.

Roslin, 36, membuat pengakuan tersebut semasa menjawab pertanyaan wartawan selepas selesai prosiding secara tertutup perbicaraan kes tuntutan ganti rugi perkahwinan yang dikemukakan terhadap bekas isteri pertamanya, Faizah Mohamad, 35, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

“Saya telah berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu,” kata beliau ringkas selain enggan mengulas identiti pasangan hidupnya itu dengan alasan menghormati keluarga isteri.

Roslin bernikah kali pertama dengan Faizah pada 30 Januari 2009. Pasangan itu kemudian disahkan bercerai pada 12 Mei 2009 oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Penceraian itu dilakukan menerusi talak yang jatuh dalam kategori bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal).

Roslin menceraikan Faizah selepas 12 hari mereka bernikah.

Roslin dalam prosiding pengesahan perceraiannya turut bersumpah bahawa tiada hubungan kelamin dengan Faizah dalam tempoh 12 hari pernikahan mereka.

Perkahwinan keduanya dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Nurhayati Othman, 38, pada 9 Julai 2010.

Namun Roslin kemudian menceraikan Nurhayati 28 hari selepas pernikahan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Monday, January 16, 2012

Betul ke nie..Malaysia mungkin akan jadi Pengeluar Kondom Dunia..?


Negara Islam Malaysia akan jadi pengeluar kondom utama dunia... tahniah...!!!
Malaysia bakal pengeluar kondom utama dunia

NEW DELHI: Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom," kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia - Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia - terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.

"Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom," kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. - BERNAMA..14/1/2012

Friday, January 13, 2012

Ribuan mangga kunci cinta diletakkan di pagar


RIBUAN mangga kunci diletakkan di pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne Jerman kelmarin.

COLOGNE, Jerman - Ribuan mangga kunci yang diletakkan pada pagar sebuah jambatan kereta api di Rhine, Cologne kelmarin.

Mangga itu diletakkan oleh pasangan kekasih di Jerman.

Menurut agensi berita AP, pasangan itu akan mengunci mangga tersebut manakala kuncinya dibuang ke dalam Sungai Rhine.

Mangga itu turut ditulis perkataan cinta dan dilukis dengan gambar hati. - Agensi

Macam macam ye..mereka lakukan ..sebagai nostalgia