Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, February 29, 2016

Perghhh !! Cecah Usia 30, Neelofa Panik Jika Tidak Bertemu Jodoh


PENGACARA jelita Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, 27, mengakui dirinya berasa risau dan panik jika tidak bertemu dengan jejaka pilihan hatinya menjelang umur 30 tahun.


“Sekarang ini, memang saya masih belum mempunyai kekasih. Kalau kita ada kekasih hati, sudah tentu kita mahu membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius dan mendirikan rumah tangga bersamanya.”

“Saya akan lebih risau dan panik jika saya masih tidak bertemu jodoh apabila usia saya menjangkau 30 nanti. Dan pada masa itu saya akan memikirkan isu ini dengan lebih serius.”
Tambah Neelofa, dia hanya mahu memberikan sepenuh perhatiannya buat masa ini kepada kerjaya dan pernigaannya. Dia juga mempunyai hasrat yang tinggi untuk membuka butik hijabnya di New York.
“Buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kerjaya dan pernigaan saya. Masih banyak yang perlu saya kecapi, termasuklah membuka butik tudung di New York, doakan supaya saya terus berjaya”.


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"

Wednesday, February 24, 2016

Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016. ?

Laman Funtastiko Dedah Gambar Bocor Proton Perdana 2016.            


Portal dunia permotoran tempatan, Funtastiko, hari ini mendedahkan dua keping gambar yang dikatakan Proton Perdana 2016 yang telah terbocor.

Menurut portal terbabit, mereka yakin ia versi produksi Perdana 2016 kerana melihatkan kepada bentuk lampu belakang dan depan adalah sama dengan imej teaser yang pernah dikeluarkan.

Selain itu, portal tersebut sebelum ini turut mendedahkan spesifikasi Perdana 2016. -Siakapkeli.my




Monday, February 22, 2016

Gambar pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri, viral Di Media sosial

 pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri, viral Di Media sosial..


Video pekerja dipukul dengan getah paip kerana mencuri viral
Rakaman video yang kini menjadi viral di seluruh negara termasuk Indonesia

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai pekerja warga Indonesia di pukul tanpa
belas kasihan menggunakan seutas paip getah selepas didakwa mencuri wang syarikat
 dalam satu kejadian yang tidak diketahui lokasinya.
Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 10 saat itu, lelaki tersebut yang mengerang
 kesakitan dilihat berulang kali merayu sambil menangis agar dia tidak dipukul.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad ketika
dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan daripada
mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.
"Setakat ini, polis belum terima sebarang maklumat lagi," katanya.
Hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian, jelas lelaki itu dipukul teruk dan berikut
 antara dialog semasa kejadian dirakam menggunakan video amatur.

"Aduh sakitnya tangan aku, mati aku bang…aku minta tolong jangan pukul lagi..saya
sumpah bukan saya yang lakukan,” katanya.
Bagaimanapun, segala rayuan itu langsung tidak diendahkan oleh lelaki yang dipercayai
 rakyat tempatan dalam video berkenaan.
“Cakap, kamu sudah curi company punya wang (duit syarikat),” kata lelaki tersebut
sebelum menendang muka pekerja yang tidak melawan.

Sementara itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizen berang dengan
tindakan lelaki berkenaan dan meminta PDRM mengambil tindakan tegas.
Video itu menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan rakyat negara jiran, Indonesia.
Selepas 24 jam dimuat naik di Facebook, sebanyak 16,115 pengguna menekan butang
'like' dan lebih 88,405 berkongsi rakaman video itu di wall masing-masing

Saturday, January 30, 2016

BETUL KE STRESS KAHWIN DENGAN JURURAWAT!'

BETUL KE STRESS KAHWIN DENGAN JURURAWAT!'


Gara-gara tidak tahan dengan isteri yang sibuk bekerja, lelaki ini sudah terniat untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun, dia meminta pendapat seorang wanita yang juga rakan isterinya sendiri.

Difahamkan, kesibukan isterinya sebagai jururawat yang bekerja mengikut syif membuatkan lelaki itu terasa dirinya terabai dari segi batin. 

Sebagai jalan penyelesaian, dia memilih untuk berkahwin lagi, namun dia sebenarnya lebih rela jika dia menceraikan sahaja isterinya kerana enggan menggalas tanggungjawab yang berbelah bagi.

Husband Mas: Salam beb, aku nak minta pendapat kau ni.

Eiyra: Wasalam, kenapa? 

Husband Mas: Macam ni Eiyra, aku ingat aku nak kahwin lagi satu lah. Tetapi aku rasa better aku cerai kot. Bukan nak tambah satu lagi.

Eiyra: Ehh kau jangan buat lawak! Mas itu kawan aku! Apa masalahnya ni? Mas ada lelaki lain ke? Ke kau yang gatal nak berbini dua?

Husband Mas: Aku bosan sebenarnya. Kau faham kan? Dia kan kerja syif macam kau. Tak ada masa untuk aku. Busy je memanjang. Balik kerja, dah penat, tidur.

Eiyra: Inilah risiko menikah dengan staff jururawat. Kau kena faham situasi dia. Dia tak pernah cuti ke? Tak pernah masak? Tak pernah jaga anak? Jangan main gile beb. Auni (anak mereka) camne nanti?

Husband Mas: Dia buat semua tu. Masak sedap, pandai buat kek, pandai jaga anak, rumah sentiasa kemas. Tapi dia busy sangat. Nak ajak keluar malam pun dia cakap esok kerja pagi. Penat. Nak ajak tengok wayang pun tak ada masa. Bila cuti, sibuk nak jaga anak. Aku stress, tu yang aku carik perempuan baru ni. Budak ini tak kerja, duduk di rumah je. Aku kenal pun kat GSC. Cantik, selalu temankan aku makan, tengok wayang. Aku bahagian dengan dia. Sebab itu aku tanya pendapat kau, nak kahwin lagi satu atau cerai dengan dengan bini aku, kahwin lain. 

Eiyra: Okay, apa kata kau suruh bini kau berhenti kerja dan layan kau 24 jam. Confirm dia ada masa untuk kau.

Husband Mas: Ish kau gile? Rumah dengan kereta siapa nak bayar nanti? Gaji aku mana cukup.

Eiyra: Owh okay. Nak tahu apa jawapan aku untuk soalan kau??

Husband Mas: Kau mesti kata aku boleh kahwin lain kan?? (senyum).

Eiyra: Tak, aku nak kata kau bodoh! Bini kau pula tanggung rumah dan kereta kau. Lepas itu kau nak betina lain pula. Lelaki macam kau ni patut kena tembak je. Bengong! Aku tak nak jawab soalan kau. Tak mampu, buat cara tak mampu bro. Bincang elok-elok. Suruh dia minta pindah ke klinik ke. Bukan 24 jam busy. Aku pun nurse, tapi pandailah curi masa pergi bercuti dan tengok wayang. Kau yang tak pandai berbincang. Bengong!



Bagaimanapun, perbualan SMS di antara Eiyra dengan suami kepada Mas ini menimbulkan keraguan netizen berikutan gaya penulisan mesej itu dilihat sama dan mungkin sengaja direkayasa bagi menyedapkan cerita. - THEHYPEMEDIA.COM

Thursday, January 28, 2016

FUH! TAK SANGKA BEGINI RUMAH ZIZAN RAZAK DI KAMPUNG SEJAK PUTUS CINTA DENGAN EMMA MAEMBONG,



Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.


Sumber: Beritapsiko

Friday, January 22, 2016

12 GAMBAR - DATO VIDA KAHWIN LAGI Tahun 2015

12 GAMBAR - BILA DATO VIDA KAHWIN LAGI

 

Tahniah diucapkan kepada pengasas Vida Beauty, Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman yang 
melangsungkan perkahwinannya dengan Tuan Azid Hamzah pada Khamis lalu. Wahhh... 
Dato Vida nampak berseri-seri sebagai pengantin. 

Untuk info, sebelum majlis nikah, awalnay telah berlangsung majlis bacaan Yassin dan tahlil 
bersama anak-anak yatim Di Kediaman Dato Vida. Tahniah sekali lagi. 

Klik gambar untuk imej besar...
 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Tuesday, January 19, 2016

Ambulans ‘panjat’ penghadang besi

Ambulans ‘panjat’ penghadang besi

SICHUAN - CHINA. Sebuah ambulans dilaporkan tersekat di penghadang besi bahu jalan selepas laluannya di lorong kecemasan dihalang sebuah kenderaan.
Memetik laporan portal sebuah antarabangsa, laluan ambulans tersebut dihalang oleh kenderaan jenis SUV berwarna hitam yang tiba-tiba memasuki lorong kecemasan ketika kesesakan lalu lintas.
Kejadian tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami pergeseran di bahagian tepi dan belakang.
Imej kenderaan tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya yang lain dan disebarkan menerusi aplikasi media sosial Weibo.
Pemandu kenderaan SUV itu dipercayai cuba mempercepatkan perjalanannya dengan menggunakan lorong kecemasan.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Ambulans tersebut dikatakan kosong tanpa pesakit sewaktu kejadian berlaku
.