BAITULMUQADDIS - Satu rakaman video yang menunjukkan seorang askar menari di sekeliling seorang tahanan wanita yang ditutup matanya telah mencetuskan kemarahan masyarakat Palestin semalam.
Klip itu mendapat perhatian selepas ditayangkan di sebuah televisyen swasta Israel, Channel 10 lewat malam kelmarin.
Ia menunjukkan seorang askar menari mengikut irama sebuah lagu Arab di sekeliling tahanan wanita tersebut.
Imej itu boleh dilihat menerusi laman YouTube.
Mangsa yang memakai tudung itu menghadap ke arah dinding dan matanya ditutup dengan menggunakan kain putih.
Wanita itu dilihat mengungkapkan perkataan Alllahuakbar berulang kali.
Berdurasi hanya lebih seminit, video tersebut pantas dikecam oleh pihak berkuasa Palestin sebagai sangat menghina maruah wanita.
"Ini adalah gambaran jijik tentang mentaliti sakit penceroboh. Ini bukan insiden terpencil," tegas satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad.
Sebagai maklum balas, tentera Israel mengutuk klip itu dan menyatakan polis tentera telah membuka satu siasatan atas insiden yang disifatkannya sebagai terpencil. -AFP..KOSMO
12 comments:
mmg xde otak btol la israel nie...!!
israel mmg kejam.
untuk boikot barangan mereka, ezao rasa itu bukan perkara mudah. Boleh dikatakan hampir semua produk didunia didominasi oleh mereka. Kita mmg sukar nk memboikot mereka. Mere seolah2 menjadi asas kepada semua manusia kini. Israel mmg kejam!
dasar bangsa terkutuk!!! mereka ini kononnya gah bersuara menyuarakan tentang hak asasi manusia... namun, mereka sendiri yang mencabulinya secara terag-terangan...
memang bani yang dilaknat allah..
http://black-roses92.blogspot.com/2010/10/20-tentang-israel-yang-belum-kita.html
Israel laknatullah..lakukan apa yang kita mampu, boikot pa yg patut
memang mentaliti diorang takkan sama ngan umat islam sampai bila2 pon.
mereka semakin kurang ajar!
utk pghtahuan anda ! rmai lg org ISLAM di MALAYSIA nie tw psl brgn boikot tp TETAP mmbeli n memakan n mcm2 lg laaa ! dtegur dkata nyer balik kt kita mcm2
kughang hajooooopunye oghang Israellll...
christian louboutin shoes
adidas stan smith women
cartier love bracelet
nike air max
adidas nmd
lebron 14
kd shoes
cheap nfl jerseys china
michael kors handbags sale
links of london sale
qzz0710
knicks jerseys
nhl jerseys
ray ban sunglasses
brequet wathes
cheap mlb jerseys
uggs outlet
air jordan 12
new balance shoes
cheap jordans
hornets jerseys
yeezy 500 blush
hermes belt
lacoste polo
nike shox for women
adidas iniki
retro jordans
birkin bag
nike cortez women
nike air force
off white jordan 1
Post a Comment