Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, November 6, 2010

Selamat selepas telan gunting


GAMBAR X-ray menunjukkan gunting dalam kerongkong Curtis Francis.

BRISTOL - Doktor-doktor terkejut apabila seorang budak lelaki di Britain, Curtis Francis cuma mengalami luka ringan selepas dia menelan sebilah gunting, lapor sebuah akhbar semalam.

Francis, 12, yang mengalami cacat mental menelan gunting tajam itu bermula dari bahagian tangkal semasa ibunya leka baru-baru ini.

Namun, dia bernasib baik kerana salur pernafasannya tidak tersumbat.

Francis dibawa ke sebuah hospital di sini selepas ibunya melihat dia memuntahkan darah manakala beberapa doktor kemudian mengeluarkan gunting itu.

"Ketika ambulans tiba, saya dan anak lelaki saya menangis. Saya amat bimbang apabila kami tiba di hospital dan diberitahu bahawa anak saya tertelan gunting," kata ibunya, Karon Edwards. - Agensii- KOSMO

3 comments:

mira_nas said...

ish2... pantang lepa.. budak2 mesti nak cuba.. sebab tu kena jaga lek lok... lagi2 yang sakit mental,,

MsErma said...

mak aii. gunting tu.. bahaye betul!

amira zakiah said...

adehhh gunting laa pulak!