KOTA TINGGI – Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi mati lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam kolam renang di sebuah hotel di Desaru di sini kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Zuhary Mohamad Zailani, 17, cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Zaher, 14, yang terjatuh di dalam kolam renang sedalam empat meter di hotel berkenaan.
“Sebelum kejadian, Mohamad Zaher dikatakan melompat-lompat di papan anjal di kolam renang itu sebelum dia terjatuh ke dalam kolam dan terus tenggelam,” kata beliau di sini semalam.
Menurut beliau, Mohamad Zuhary yang melihat Mohamad Zaher tenggelam terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan adiknya bagaimanapun kedua-dua beradik itu lemas kerana mereka tidak pandai berenang.
Muhammad berkata, bapa mangsa yang berada tidak jauh dari kolam itu terjun ke dalam kolam itu manakala ibu kepada dua beradik itu berlari mencari bantuan.
9 comments:
innalillahiwainnailaihirajiuun
cerita sedih menyayat hati.
fobia..
innalillah.. ;(
sedey nyer
sedeh kisah ni...suatu iktibar dari kejadian ini...se elok-eloknya anak2 harus di ajar berenang sejak kecil lagi.
salam takziah buat keluarga mangsa
innalillahiwainnailaihirajiuun
Al-Fatihah untuk arwah
Semoga arwah ditempatkan dikalangan ahli syurga.. amin ya rabbal alamin..
terima kasih semua aye
al-fatihah untuk arwah
sedih :(
Post a Comment