KEPALA BATAS - Orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan perkara bercanggah dengan ajaran Islam termasuk memuja sebatang pokok petai yang dikatakan 'menangis' di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal di sini.
Ini kerana amalan tersebut bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.
Peringatan itu diberikan oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi notis yang ditampal pada batang pokok petai yang menarik perhatian ramai apabila mengeluarkan air sejak seminggu lalu.
Mengikut seksyen itu, mereka yang melanggar larangan itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Macam macam manusia ni...suka memuja perkara yang pelik pelik...bertaubatlah...banyakkan beristifar..kepada Allah
4 comments:
hukuman penjara saje masih x cukup untuk semua ini
mcm2 hal.. cukup la setakat menginsafi kejadian ciptaanNya, jgn smpai mbuat amalan yg khurafat
macam2 hal pula...adoi, makan petai sudah la.hehe
kenapa tak bakow je pokok petai tuh..hoho..pelik tol pokok tuh
Post a Comment