Lelaki terkejut, tergamam kekasih tolak lamaran di tempat awam
LOS ANGELES - Seorang lelaki terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di sini baru-baru ini.
Kejadian itu disiarkan di laman YouTube menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.
Wanita tersebut kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.
Namun, lelaki itu berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata: "Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".
Wanita itu kemudian meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.
Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan amat kecewa. - Agensi
15 comments:
hui gile kesian kat laki tu.. haha aduiii
Terima kasih banyak2
kesian gila.malu kot laki tuh
betul kalau aku pun malu ye
agaknya pompuan tu kata kat lelaki tu apsal tak datang umah meminang...mesti aku terima ...agaknya lah...ha ha ha saja je lawak petang2 ni...
maybe pompuan tu tak sangka kot laki tu nak buat gtu, kire tindakan luar kawalan
malu amat terjadi dikhalayak ramai..sure blush muka......
bunga bukan sekuntum..
tet.....
tu la, kalau ye pon nk melamar, jgn kat tempat awam..konfiden sgt org tu terima..ishh
terim kasih semua ye..yang beri komen
kdg2 apa yg dirancang x mjadi...
terima kasih kepada kawan kawan
Kejutan yang gagal...
Gajah Liar . Part 2
adoiii uncle pernah tengok persitiwa sebegini dalam youtube..mmg malu.oiiii hahahah
makasih ye
huiiiiyaii..ibarat public humiliation tu..mesti malu gila tu...agaknya pompuan tu pun terkejut kot..kesiaan
Post a Comment