KANGAR - Impian seorang jurujual kereta di sini untuk berkahwin dengan gadis pilihannya berkecai selepas tunangnya itu membatalkan majlis pernikahan mereka melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
Lebih melukakan hati lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aizat, 37, kiriman SMS oleh gadis tersebut dibuat kira-kira 11 jam sebelum majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah masjid di Simpang Empat di sini pukul 10 pagi semalam.
Ekoran terkejut dan terkilan dengan keputusan pasangannya itu, Aizat tidak dapat tidur semalaman dan akhirnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.
"Saya buat laporan ekoran rasa ditipu dan teraniaya oleh tindakan tunang saya dan keluarga perempuan yang membatalkan majlis akad nikah secara tiba-tiba.
"Saya sepatutnya bernikah dan bersanding hari ini (semalam) di rumah pengantin perempuan, namun impian saya musnah tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Aizat, pasangannya yang dikenali sebagai Amira, 20, membatalkan pernikahan mereka atas alasan abang gadis itu yang merupakan wali perempuan berubah fikiran pada saat-saat akhir.
"Dalam SMS itu, Amira kata dia tidak boleh meneruskan perkahwinan kerana abangnya yang patut menjadi wali perkahwinan marah kerana saya pernah menuduh keluarga Amira sebagai zalim," ujarnya.
Menurut Aizat, sebelum itu dia ada terlepas cakap perkataan zalim itu ekoran tertekan dengan keluarga tunangnya itu yang berkeras mahu wang hantaran sebanyak RM8,860 diserahkan sebelum majlis pernikahan diadakan. KOSMO
13 comments:
agak kurang adab tindakan perempuan tu...pertungan di buat cra baik..sepatutnya kalau nk di putuskan dengan cara yang baik juga..sms bukan lah caranya...
-Yok mampir diluk = orang asli...bahaya pendakwah berbayar...
sedey aku kalo jd camni...
so hati2 la cari isteri..
patut la byk kes2 rogol,simbah asid..jeng3..
kalau aku jadi laki tu. gila down yang teramat amat
gile kesian..ta patot kot buad mcm tuh..ape punye org lah..
kesiannya dia.mesti tertekan kot.
kalau aku ..boleh pengsan ooi
Simpati...
Air Asia diarah bayar ganti rugi
Gajah Sama Gajah Bertempur,Kancil Tersepit Di Tengah Tengah
ishh..kesiannye..sedey kot! tp xde la zalim sngt mtk 8rubu lebih je pon..xtau la skrg sape yg zalim..batal majlis saat akhir..
adess.. buat malu org perlis jer die ni.. huhu...
kawan Mak Dara pun pernah kena macam ni.. lg seminggu nak kawen si lelaki ambik keputusan untuk tak teruskan perkahwinan sbb kononnya dia sedar yg dia tak betul2 cintakan perempuan tu.. last2 majlis tu dijadikan majlis tahlil dan keluarga pengantin perempuan menyatakan yg bakal pengantin lelaki eksiden dan mati bg menutup malu.. pelik tp benar...
ermmm...hal macam nie boleh di bawak berbincang...wat aizat, maybe dia bukan jodoh kamu..dan buat adik, usia kamo masih muda dan terlalu muda untuk berkahwin..carilah ilmu untuk kesenangan hidup kamo nanti supaya dapat sara diri juka berlaku apa2 yang tak diingini dalam perkhawinan..
carilah pasangan yang sepadan...lebih2 lagi tengok dulu latar belakang bakal pasangan...putus tunang boleh tuntut gantirugi...tapi malu tu yang susah nak tutup...
semua dah ok ye..dia orang pun jadi kahin
Post a Comment