Contoh Mangkuk Tandas
SYDNEY: Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba memotong kemaluan lelaki itu, dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan bermula semalam, setelah mahkamah menerima kenyataan dia mengalami kemurungan.
Jien Chen, 47, mengaku bersalah kerana membunuh teman lelakinya Jin Xiang Peng setelah memberi ubat tidur dan menikamnya pada Februari tahun lalu, selepas mereka bergaduh kerana wang dan anak lelaki mereka.
Jian memberitahu pakar psikologi, “ada benda dalam dirinya” yang menyuruhnya memusnahkan “senjata berbahaya”, dan dia menggunakan “kemaluan untuk menyakiti wanita dan kanak-kanak.”
“Saya tahu Peng menggunakan kemaluannya untuk memperdaya wanita, mendapatkan anak dan menggunakan anak itu sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian.
Katanya dia mencampakkan zakar teman lelaki ke dalam mangkuk tandas dan mengepamnya. - AFP
1 comment:
o1f27e3z12 f2n56t0c02 m8d90k5s31 k9o13f9w25 e5g46j0m89 s5e04h5x94
Post a Comment