Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, May 14, 2016

Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya - Luahan Lelaki Viral "Tanpa Kepala" di Ipoh

 


Al-kisah lelaki 'tidak berkepala' yang menjadi viral. K. Vellu, 45, telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.

“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam."

“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.

Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.

Vellu berkata beliau sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca sebenar keadaannya.

Lebih menarik, Vellu berkata terdapat beberapa senario di mana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik sewaktu ternampak beliau di tempat tidurnya pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB), di sini.

Berasal dari Bidor, Perak, Vellu yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah “jatuh” itu adalah hasil buatan orang.

“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.

Vellu merupakan seorang bujang dan memiliki sebuah rumah selalu berada di sekitar bandar itu dan seringkali mengejutkan ramai pengguna lalu lintas setiap kali dia merayau-rayau di kawasan itu.