Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, June 11, 2016

Dahsyattt : Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai

Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai
Seorang peniaga bertindak membakar gerai diusahakan sebagai tanda protes kepada MPKj
BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.
Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.
Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.
Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja  hangus terbakar.
Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.
Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.
“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.
“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.
Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

Thursday, June 9, 2016

Fuyoooo Wekkk : Terkilan lauk berbuka puasa berulat

Terkilan lauk berbuka puasa berulat
Salinan paparan perkongsian yang viral, semalam.
PERKONGSIAN seorang lelaki mengenai lauk ikan yang dibelinya untuk juadah berbuka puasa viral di laman sosial Facebook, semalam.
Berdasarkan video yang dimuatnaik pelayar tersebut, terdapat beberapa ulat yang jelas kelihatan masih bergerak pada ikan yang dibelinya.
"Saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ni," kata pelayar tersebut.
Selain video, beberapa foto juga dimuat naik untuk membuktikan dakwaannya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir beratus-ratus pelayar yang kebanyakannya menyuruh insan lain supaya berhati-hati ketika membeli lauk di bazaar.

Saturday, May 28, 2016

Inilah Wajah Terbaru Safiey Illias..Jutawan Muda




Program Ceramah Perdana D Masjid Bertam Indah.Penang


May 24
 
Alhamdulillah . — Safiey illias with Harry Zulkifli at Kg Pulau Kecil, Pulau Perhentian.

Thursday, May 26, 2016

BAM TAK PERCAYA !!! .Pemain Denmark Menang Kerana Tunjuk Ajar Sifu Misbun..

Perghhh.Apa Cerita BAM .Pemain Denmark Menang Kerana Tunjuk  Ajar Sifu Misbun..

Di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali semalam, pasti tidak ramai yang tahu adanya 'sentuhan' bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.
Sebaik Denmark muncul juara Piala Thomas, media sosial menyiarkan gambar pemain negara itu termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun dan adiknya, Datuk Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Bagi Jalani yang juga bekas pemain beregu negara, kehadiran pemain Denmark bukan satu perkara yang baharu kerana mereka sering bertemu dengan bekas jurulatih Datuk Lee Chong Wei itu untuk menimba ilmu.




Jalani berkata, gambar yang tersebar di media sosial berhubung kehadiran pemain Denmark 'berguru' dengan Misbun itu sebenarnya adalah sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia lagi, bulan lepas.
"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi... memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik.
"Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas.
"Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jalani berkata, Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar.
"Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak membabitkan persatuan negara berkenaan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.
"Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetitif sehingga kini.
"Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pengetahuan tentang pemain Denmark," katanya.
Mengulas mengenai prestasi skuad negara, Jalani berkata, pemilihan pemain adalah tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan induk itu sendiri lebih mengetahui tentang kelebihan pemain negara.
"Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM.
"Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah... pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas.
"Jika dulu kami mendapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan pasukan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark," katanya.
Pasukan Denmark mengalahkan Malaysia 3-2 di separuh akhir seterusnya mengekalkan rentak kemenangan untuk bergelar juara buat julung kalinya apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan sama pada final Piala Thomas, semalam. - BERNAMA

Saturday, May 14, 2016

Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya - Luahan Lelaki Viral "Tanpa Kepala" di Ipoh

 


Al-kisah lelaki 'tidak berkepala' yang menjadi viral. K. Vellu, 45, telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.

“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam."

“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.

Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.

Vellu berkata beliau sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca sebenar keadaannya.

Lebih menarik, Vellu berkata terdapat beberapa senario di mana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik sewaktu ternampak beliau di tempat tidurnya pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB), di sini.

Berasal dari Bidor, Perak, Vellu yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah “jatuh” itu adalah hasil buatan orang.

“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.

Vellu merupakan seorang bujang dan memiliki sebuah rumah selalu berada di sekitar bandar itu dan seringkali mengejutkan ramai pengguna lalu lintas setiap kali dia merayau-rayau di kawasan itu.


Wednesday, May 11, 2016

Wajah Wira Malaysia Yang Tidak Di ketahui Ramai

 Inilah Wira sebenar rakyat Malaysia.Sanggup gadai Nyawa







Inilah Wira sebenar rakyat Malaysia. Wira yang tak didendang. Mereka sanggup terjun sungai Batang Lupar, iaitu sungai paling banyak buaya untuk mencari mangsa nahas helikopter.

Alhamdulillah mereka menjumpai kesemua mayat mangsa. Bayangkan mereka sanggup menggadai nyawa demi mencari jasad yang sudah tidak bernyawa. Silap-silap nyawa mereka pun boleh tergadai.

Penghormatan tinggi dari kami kepada PDRM, Bomba, JPAM, RELA, TUDM  dan pasukan yang terlibat didalam menjayakan misi ini kerana sanggup meletakkan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain. SALUTE!!!! - Marhaen TV

Sunday, May 8, 2016

'Sedih!!! Tuan, Izinkan Kami Berteduh Di Balai...'


KUALA LUMPUR - Seorang wanita mualaf terpaksa berjalan kaki selama 2 jam sambil mendukung bayi lelakinya yang berusia 2 tahun ke Balai Polis, malam kelmarin. 

Difahamkan, Nur Fatihah dan anaknya telah dihalau oleh suami dari rumah mereka di Taman Koperasi Polis Fasa 1. 

Mangsa yang kehilangan tempat bergantung itu, berjalan kaki sejauh 5 kilometer sebelum tiba di Balai Polis Setapak, lapor Harian Metro. 

Menurut sumber polis, mangsa dan anaknya ditemui dalam keadaan yang letih dan meminta bantuan dari anggota yang berada di balai polis berkenaan. Mangsa merayu agar dibenarkan berteduh di balai itu buat sementara dan akan beredar pulang ke rumah bapanya di Tanjung Sepat, Klang, Selangor pada awal pagi. 

Kejadian itu dimaklumkan kepada Ketua Polis Balai Setapak, Asisten Superintendan Wee Bee Seng yang kemudiannya mengarahkan anggotanya membawa mangsa dan akannya ke Hotel Swiss Cottage, Setapak, bagi memboleh mereka menginap di situ. 

Bersimpati dengan keadaan dua beranak itu, polis mennghulurkan bantuan serta barangan keperluan seperti lampin bayi, susu, pakaian dan makanan kepada mereka sebelum dihantar ke rumah keluarganya, semalam