LUDWIGSBURG - Perlumbaan mendayung labu terbesar di dunia diadakan sempena Festival Labu Ludwigsburg di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam,
Perlumbaan dikenali sebagai Kürbis Regatta itu bertempat di sebuah tasik di hadapan bekas istana raja di sini, barat daya Jerman, baru-baru ini.
Kebanyakan labu yang dipertandingkan memiliki berat lebih 90 kilogram (kg) sebelum isinya dibuang untuk membolehkan pelumba duduk di dalamnya.
Turut menjadi tarikan pada festival tahunan itu termasuk pertandingan labu paling berat di dunia dengan rekod untuk diatasi adalah sekitar 630 kg.
Isi labu yang dikeluarkan pula dijadikan kari labu, sup labu dan pai labu untuk dimakan oleh para pengunjung di sebuah restoran berhampiran. - Agensi..sumber KOSMO
3 comments:
gede banget tu ya labu...
lam knal sob... follow u, ditunggu follow balik'a..
waa..best nieee..kelakar pn ada
wah best tue kalau dapat buat lepat labu hehehe
Post a Comment