SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian...SUMBER KOSMO
Hehehe..apa lah mereka ni..bahaya tau...duit orang pulak tu...
7 comments:
hehe macam2 hal ekkh
seb duet syiling ngeee
seperti yang Fitri -MHI TV3 kata pagi tadi,fikir-fikirkanlah bila dah masuk perut-maknanya beli makan ,pakai ke...halal ke haram dengan duit tu???
mak ai..leh lak pergi kutip.
bila duit depn mata...
tak elok la mcm tu..duit tu bkn duit utk mreka..fikirkanlah apa akan jdi jika mreka mkn dari hasil duit tu?..tak tau sama ada halal ke tidak kan?..entah2 duit tu utk org susah ke..mna kita tau kan?..
mereka tolong kutip ke atau mereka ambik terus..huhuh..
klu mereka ambik, itu dah dikira seperti mencuri dalam terang...huhuh
nasib baik abang polis tak kutip sekali
Post a Comment