JAKARTA - Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi.
Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik.
Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia.
Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang.
Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang. - AFP
ini adalah arahan dari Pihak berwajib Indonesia....tahniah......kita bila lagi.........
6 comments:
huhu .. bgus nye .. kalau m'sia pun buat gtu , mmg maju la ! :p
kalau kita baru je bagi cadangan nak buat itu ini,komen dari pihak yang tak setuju,melambak-lambak lah nanti..hanya mereka mampu mengubahnya...
nnt jadi tak laku pulak.
Bagus la macam tu kan..mengurangkan jenayah rogol..
ha..napa kat cini x de wat mcm tu gak.. kan elok tiru cara indon tu
Dengar kata Indonesia paling banyak guna blackberry.
Betul ke?
Post a Comment