Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, July 9, 2011

Hobi, Biak baka ular terbaik


WAN Aliazar Wan Halim mendapatkan sebuah kotak besar di tepi dinding rumahnya di Klang, Selangor. Dengan menggunakan seluruh tenaga yang ada, dia menarik keluar Kookie yang kemudiannya menjalar dan melilit badan tuannya itu.

Ular sawa batik sepanjang lima meter itu adalah ular kesayangan Wan Aliazar atau juga dikenali sebagai Ali. Sepuluh tahun lalu semasa ditemui, ia hanya sebesar ibu jari. Kini berat Kookie sudah melebihi 30 kilogram.

“Ini ular pertama yang saya bela secara ‘sah’. Sebelum itu, ibu dan arwah bapa tidak pernah setuju jika saya mahu memelihara ular di dalam rumah.

“Kookie atau nama penuhnya Snookie Harganja adalah pembuka laluan kepada ular-ular lain di dalam hidup saya. Selepas Kookie, bilangan ular peliharaan saya semakin bertambah,” katanya yang mengakui pernah beberapa kali cedera digigit ular peliharaannya.

Namun, berbeza dengan pemelihara ular sawa lain, berkat ilmu yang diperoleh anak muda berusia 30 tahun itu, dia turut membiakkan ular sawa miliknya.

Kebanyakan ular sawa koleksi beliau merupakan daripada jenis yang mempunyai corak yang cantik dan jarang dimiliki orang lain serta mempunyai harga yang bernilai tinggi di pasaran.

Ali berkata, pada awalnya dia mula memelihara kucing dan minat terhadap haiwan peliharaan lain bermula selepas itu.

Berikutan minatnya yang mendalam untuk mencuba perkara baharu, dia pernah sebelum ini cuba membiak kucing, tikus hamster dan cicak ginko.

Rumah khas ular

Berbekalkan pengalaman pembiakan tersebut serta melalui pembacaan dan penerangan rakan-rakan berpengalaman dari luar negara, Ali cuba melakukan pembiakan ular yang dipelihara khususnya ular sawa bagi menghasilkan baka yang terbaik.

Untuk melihat sendiri ular peliharaan Ali, penulis berpeluang ke sebuah rumah miliknya di Klang yang dibeli Ali sendiri dan digunakan khusus untuk menempatkan koleksi reptilia miliknya. Suasana suram dan gelap di koridor rumah disambut dengan bau yang agak kurang menyenangkan.

“Maaf, rumah ini sedikit berbau kerana saya baru bagi ular-ular ini makan minggu lepas dan minggu ini merupakan waktu ular-ular tersebut membuang najis,” kata Ali yang mendapatkan permit menternak ular daripada Jabatan Perhilitan yang perlu diperbaharui setiap tahun. Pertemuan itu juga turut disertai rakan-rakan Ali yang berkongsi minat yang sama.

Untuk membiak ular sawa yang terbaik dari segi baka dan corak pada kulitnya, Ali perlu mencari waktu yang sesuai sebelum pasangan ular dapat disatukan.

Rumah yang mempunyai tiga bilik itu menempatkan kebanyakan koleksi ular terbaiknya yang dipelihara sejak 10 tahun lalu. Selain itu, salah sebuah bilik di dalam rumah tersebut dijadikan tempat menternak tikus putih yang akan dijadikan makanan yang sangat berkhasiat untuk ular sawanya.

Rumah itu merupakan rumah keduanya dan dalam kalangan rakan-rakannya sendiri, tidak ramai yang pernah melangkah masuk.

Lokasi itu jugalah, Ali banyak menghabiskan masa lapang sebaik tugas sebagai pengacara dan wartawan beberapa rancangan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selesai.

Pertambahan ular di rumah keluarga memaksa Ali mendapatkan rumah lain untuk keselesaan lebih daripada 60 ekor ular sawa pelbagai spesies.

Antara ular yang dipeliharanya ialah spesies Blood Python, Jungle Carpet Python, Borneo Short Tail Python, Sumatra Short Tail Python, Green Tree Python, Ball Python dan Corn Snake.

Pada awalnya kebanyakan ular sawa itu dibeli sendiri dari kedai atau orang perseorangan. Malah, ada antaranya diterima daripada kenalan yang enggan meneruskan hobi selepas berkahwin.

“Kebanyakan ular-ular saya adalah tempahan khas dari Malaysia, Indonesia, Australia dan Afrika.

“Saya pernah menerima tawaran puluhan ribu ringgit untuk seekor ular milik saya kerana corak pada kulitnya yang sangat cantik. Namun, saya menolaknya,” kata Ali sambil memberitahu mengikut harga pasaran harga seekor anak ular boleh mencapai RM300 seekor.

Setakat ini, dia tidak pernah menjual ular-ular sawa dalam simpanannya tetapi, mengakui telah menjual beratus-ratus ular kecil (Corn Snake) miliknya yang berjaya dibiakkan sebelum ini.

CORAK dan warna pada ular sawa yang dibiakkan Ali sangat cantik serta unik.

18 comments:

Unknown said...

peerrrggghhhh~ kecut perut klu nmpk ular~>

hantu di twitter http://eleventx.blogspot.com/2011/07/hantu-di-twitter.html

Unknown said...

ular ni kena ada lesen kan baru boleh bela?

KhairulZamanKhobin said...

pergh... bayangkanlah kalau tetibe ular tu terlepas.. mau x jadi macam cite omputeh!

: SOUNTRACK PILIHAN: TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON, : KL GANGSTER: FULAMAK DA BEST!!!, : PYAR KA PUNCHNAMA: LELAKI GILA POMPUAN X SINGLE, : DOWNLOAD FILEM: KL GANGSTER, : 27 MOVIE MISTAKES dalam filem KL GANGSTER didedahkan! , : AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

Unknown said...

kulit ular nie, mmg menngelikan.. euuwww

a loqman said...

ular aku memang takut ular..huhu

sekadar satu coretan said...

geli n takut dgn ular ni...tengok pun dah geli geleman...

Muttallif said...

Adehhhh.....memang macam2 kan orang nie..hahahaha...takut pulak tengok ular2 tu besar2..hahaha

org muo said...

hobi luar biasa ni...kagum

sallyzalyzz said...

eyewww.. geli makkkkkkkk

misSbLurRy said...

jap jap.....taik ular guana rupe dia eh

ZouL said...

erkk.ular pun nak biak ke.pelik2 je hobi mamat neh

Entri panas: Lisa dan Sam Berkahwin Senyap-senyap?

k.a.m.i said...

1st time pegang ular sawa sy jd jatuh cnta nk memeliharanya..u ade jual baby python?
kira cm newbie la gak sy ni..so blh z klo sy nk blaja memelihara python...?

sesungutkeli said...

Assalamualaikum. saya minat nk bela ular sawa elbino n burma camner nk nk hubungi Ali.

Boedak bageur said...

Assalamualaikum...cam mana nak hubungi cik ali...saya minat nak bela ular sawa batiknya...tq

Boedak bageur said...

Assalamualaikum...cam mana nak hubungi cik ali...saya minat nak bela ular sawa batiknya...tq

Unknown said...

chrome hearts store
nhl jerseys
coach outlet
outlet golden goose
yeezy boost
huarache shoes
longchamp
links of london
goyard tote
jordan retro

yanmaneee said...

hermes handbags
nike air max 97
golden goose
longchamp handbags
supreme new york
louboutin shoes
100% real jordans for cheap
yeezy
golden goose outlet
nike kd 11

Anonymous said...

hermes bags
kd 15
jordan 13
jordan retro
bape
jordan outlet
off white clothingoutlet
kd 14
golden goose
goyard