PETALING JAYA: Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan pasangannya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada Oktober depan.
Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan danSyawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.
“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.
“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, di sini,Sabtu.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan personaliti TV3.
Majlis yang dihadiri lebih 1000 orang tetamu ini bertemakan moden tradisional dengan menggunakan tema warna peach dan putih dengan sentuhan daripada Khalid & Favor By Eddy sebagai perundingperkahwinan.
Pasangan mempelai mengayakan busana rekaan Datuk Radzuan Raziwill dan solekan dari jurumekap TV3 Laila Rohani.
Dalam pada itu, Nurul turut bercerita detik pertemuan pertama mereka ketika menghadiri sebuah majlis pertunangan seorang rakan pada tahun 2009.
“Kami berkenalan pada tahun 2009 ketika majlis pertunangan rakan kami dan di situ kami berkawan sehinggalah awal Januari lalu kami telah mengambil keputusan untuk melangkah ke satu tahap lagi dalam hubunganini,” tuturnya.
Ketika ditanya tentang keistimewaan yang membuatkan juara Malaysian Top Hos memilih jejaka tersebut , Nurul berkata Amir merupakan seorang yang bersederhana dan merendah diri.
Sementara itu, Amir turut menjawab Nurul seorang yang cantik, bijak, dan merendah diri.
“Kelebihan dia tertalu banyak di mata saya, dia cantik, bijak, merendah diri dan yang pentiang dia adalah jodoh saya,” katanyaringkas.
Sementara itu ditanya tentang cahaya mata, pasangan ini merancang untuk memiliki sebuah keluarga yang besar.
Selain itu, Nurul turut memberitahu akan meneruskan kerjayanya sebagai personality tv di stesen televisyen tersebut.
Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup pada 16 Julai lalu di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur.
Nurul turut menerima mas kahwin sebanyak RM 777 dan wang hantaran sebanyak 20,111..MSTAR
6 comments:
alhamdulillah, bila aku nak kahwin plak haish...
: movie mistakes dalam filem NUR KASIH THE MOVIE, di sini , : movie mistakes dalam filem SEKALI LAGI, di sini , : Download: filem SEKALI LAGI , : 7 KHOON MAAF, tiada maaf bagimu!, : SOUNDTRACK: TRANSFORMERS DARK OF THE MOON, : Awek Freee!!!
makasih ye
wah!! nk ikot! hahaha.. bestnye g paris..
bertuah badan
super sweet lah, untung kan
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
kanchipuram silk sarees
Post a Comment