Penang Route 6
Penang Route 6 Shop
klik kan ye
Sunday, March 11, 2012
DATO LEE CHONG WEE ...HAMPIRI HATRIK
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir untuk memenangi gelaran hatrik pada kejohanan badminton Seluruh England 2012.
Pemain No. 1 dunia itu menempah slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan Lee Hyun il dari Korea Selatan 21-19, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.
Kemenangan tersebut memberi tonik terbaik buat pemain berusia 30 tahun yang memburu kejuaraan Seluruh England buat kali ketiga dalam kariernya.
Bagaimanapun, Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini.
Dia akan bertemu musuh tradisi, Lin Dan sekiranya pemain No. 2 dunia dari China itu berjaya menewaskan lawannya, Kenichi Tago dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Untuk rekod, Chong Wei pernah menewaskan kedua-dua pemain tersebut dalam dua final sebelum ini.
Terdahulu, Hyun il mara ke separuh akhir selepas menewaskan seorang lagi wakil negara, Liew Darren di suku akhir awal pagi semalam.
Chong Wei hadir di Birmingham dengan reputasi tinggi apabila memegang status selaku juara dua kali berturut-turut iaitu pada edisi 2010 dan 2011.
Kemenangan Chong Wei itu juga mendapat sokongan padu dan sorakan gemuruh daripada rakyat Malaysia yang berada di Arena Tertutup Nasional, Birmingham, England semalam.
Sementara itu, beregu campuran dari Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter Juhl berjaya menumpaskan juara bertahan Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-16 dan 21-18 pada pusingan separuh akhir.
Thomas-Kamilla dijadualkan bertemu beregu campuran dari Malaysia, Goh Liu Ying-Chan Peng Soon atau beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir pada perlawanan akhir malam ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment