Penang Route 6
Penang Route 6 Shop
klik kan ye
Tuesday, March 6, 2012
Jimmy mengaku tampar isteri
JIMMY SHANLEY bersama Nursuhaila Eliani pada hari perkahwinan mereka pada
1 Oktober 2010.
SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin.
Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini.
Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010.
Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami.
"Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010.
"Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
cari duit nak kawin..dia senang je..lafaz cerai..huhu
kadang2 meluat dengan kes dorang ni..kecoh satu malaysia..dua2 pun ego
berabis duit banyak tem kawin....akhirnya cerai... iskkkk sayangnye perkahwinan....
betul tu..bagi kami duit sikit pun tak apa
saya rasa betul dah tindakan Jimmy...dah tu apa tujuan perkahwinan,kalau tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami diabaikan...jangan lah mempermainkan hidup berumahtangga ni..ianya tidak semudah yang disangka,tetapi menjadi mudah bila iman masing-masing kekal di hati...
Kalau dah tau nak isteri yang patuh, cari la yang betul2 beriman. Perintah Allah yang Maha Besar tu pun dia tak patuh, inikan pulak perintah suami.
So sape yg salah kat sini..erm..dunia skang ni mcm2..
tiada jodoh diorg..
mcm2 hal
Post a Comment