Home

Nuff

klik kan ye

Tuesday, May 29, 2012

Justin Bieber diburu polis

MARAH...Bieber selepas bergaduh.
MANGSA...jurugambar terbabit menerima rawatan. LOS ANGELES: Justin Bieber dikehendaki polis Los Angeles untuk disoalsiasat selepas dituduh menyerang seorang jurugambar. Mangsa menelefon 911 semalam dan mengadu sakit di muka dan dada selepas satu pergelutan. Polis yang didakwa menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah berkata, mereka mahu menyoal Bieber untuk mengetahui cerita daripada pihaknya memandangkan penyanyi popular remaja itu meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Leftenan Robert Wiard dari Jabatan Syerif LA County berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba merakam gambar Bieber dan teman wanitanya, Selena Gomez ketika mereka meninggalkan sebuah pawagam di Calabasas, California. Menurut polis, jurugambar itu dibawa ke hospital untuk dirawat sebelum dibenarkan pulang. Bieber yang tertinggal kasut dan topi besbol selepas pergelutan itu, dan Selena, meninggalkan tempat kejadian sebelum polis tiba. Satu sumber memberitahu laman web Amerika Syarikat: “Anggota paramedik Los Angeles County tiba di Calabasas Commons sementara Jabatan Bomba dan polis tiba tidak lama kemudian selepas pergaduhan Bieber dengan seorang paparazi. “Pengawal peribadi Bieber juga tiba sementara jurugambar itu menerima rawatan yang kelihatan seperti serangan pada mukanya.” Bieber dikatakan hilang sabar dan menyerang jurugambar berkenaan apabila dia enggan berhenti daripada menghalang kereta penyanyi itu. Minggu lalu, penyanyi lagu Boyfriend itu mengaku, dia hampir meninggalkan kariernya kerana tekanan yang dihadapi akibat terlalu popular. Dia memberitahu majalah The Hollywood Reporter: “Saya sering mahu berkata, ‘Cukup setakat in. Saya tidak mahu lakukannya lagi.’” - DM MEtro

Monday, May 28, 2012

Warnida , dapat panggilan lucah..mari baca

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya. Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi. “Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu. “Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut. “Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sunday, May 27, 2012

Panas !! Mengandong Lagi Kris Dayanti NIe...!!!

Hamil Dua Bulan, Krisdayanti Malas Berhias Krisdayanti. BARU melahirkan seorang anak perempuan bersama suaminya, Raul Lemos, penyanyi Krisdayanti teruja apabila diberitahu mengandung lagi. Krisdayanti memberitahu kandungan yang baru mencecah usia dua bulan itu langsung tidak dirancang namun mereka menerima ia sebagai rezeki. "Saya dan suami tidak merancang untuk menambah bilangan anak tetapi kehadiran orang baru ini nanti cukup menggembirakan kami," ujarnya. Bagaimanapun kata Krisdayanti, kehamilan kali ini agak pelik kerana dia lebih selesa tidak mengenakan sebarang solek dan berpakaian santai. "Saya lebih selesa jika keluar ke rumah tanpa mengenakan sebarang solekan yang mana jarang-jarang saya lakukan sebelum ini," ujarnya.

Saturday, May 26, 2012

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah..Patung Ciptaan Manusia Terbakar

Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah..Patung Ciptaan Manusia Terbakar
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit
Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah.... Pihak kuffar membina patung yang seolah olah berdoa , akhirnya patung tersebut terbakar kena petir...itulah kekuasaan Allah....adakah kamu berfikir...
Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan Allah....
Kelihatan Patung ciptaan manusia terbakar selepas terkena panahan petir صباح الخير .. حيا الله الطيبي Sculpture 'King of Kings' iaitu patung besar Jesus Christ ini didirikan di perkarangan Solid Rock Church di Monroe , Ohio , US . Ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan aksi 'Jesus' mendepangkan tangan seolah2 berdoa ke langit. Penghuni Monroe amat memegahkan patung ini dan menamakannya 'Touchdown Jesus'. patung ini diperbuat dari plastik dan getah fiber. Pada 15/06/2010, patung ini dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar. Begitulah kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT bilamana manusia lupa siapa pencipta sebenarnya. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT sepanjang masa, insya-Allah. *~*{ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين }*~* *~*{ سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك أللهم وأتوب إليك }*~* Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, Sedutan dariu blig...http://www.kachipemas.blogspot.com http://www.kachipemas.blogspot.com/2010/07/allah-hu-akhbar-bukti-kekuasaan.html

Friday, May 25, 2012

Yusry reka banglo untuk Lisa Surihani..Demi Isteri Tersayang

YUSRY dan Lisa akan memasuki rumah baharu pada Julai depan. KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim, 39, mengakui dia mencipta sendiri banglo yang dibina khusus untuk isterinya, Lisa Surihani, 26, yang dijadual siap menjelang Julai ini di kawasan kediaman elit di Country Height Resort, Kajang dekat sini. Menurut Yusry, dia ada meminta pandangan Lisa mengenai rekaan mahupun hiasan di dalam banglo tersebut tetapi isterinya itu tidak mahu mengambil tahu kerana ketika itu mereka baru merancang untuk berkahwin. “Rumah itu mula dibina pada bulan November tahun lepas sebelum kami berkahwin. Ketika itu saya dan Lisa baru merancang mahu berkahwin. Bila saya beritahu fasal rumah padanya, dia tidak mahu tahu sangat mungkin dia fikir masa itu kami belum ada ikatan yang sah. “Bila dah kahwin, tidak sangka pula cita rasa kami serasi. Jadi, tiada masalah. Kami membeli perabot bersama dan semua cita rasa kami serasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thursday, May 24, 2012

Demi Anak sakit, Amah sanggup curi berlian

Lis dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam untuk direman. PETALING JAYA - Seorang amah warga Indonesia yang melarikan sejumlah barangan kemas milik majikannya di Kelana Jaya pada Isnin lalu mendakwa dia bertindak demikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi merawat anaknya yang sakit. Difahamkan, anak wanita itu berada di Surabaya, Indonesia. Jurucakap polis berkata, perkara itu diceritakan oleh suspek yang berusia 29 tahun selepas dia ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sebuah rumah di Pangsapuri Idaman, Kampung Melayu Subang kelmarin. Amah terbabit yang dikenali sebagai Lis kini direman selama empat hari bermula semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atasnya mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Perintah tahanan reman yang akan berakhir Sabtu ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid di Mahkamah Majistret di sini. Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan, Ketua Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Azizah Abd. Samad mendakwa, barangan kemas milik anaknya dilarikan oleh seorang amah dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari di rumahnya di SS7/4, Kelana Jaya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wednesday, May 23, 2012

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV..Jom Terjah

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008. KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok. Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005. Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut. “Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini. “Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.