Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, November 14, 2013

Perghh !!! Mak Oooi 70 sen Dikenakan untuk Urus...

: terima kasih bebanyak pengundi2 47 %.   Sendiri mau jawab..mau tau..terima kasih kepada pengundi BN ..anda bahagia..walau pun semua kena...

Sunday, November 3, 2013

Tiket palsu: 50 penyokong TRW, Pahang ditahan

  • Piala Malaysia
 1 / 1 
LEBIH 50 penyokong pasukan Kelantan dan Pahang ditahan setakat pukul 5 petang ini atas kesalahan menggunakan tiket palsu dan membawa bahan larangan seperti mercun serta bunga api ke Stadium Shah Alam.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 40,000 hingga 50,000 penyokong daripada kedua-dua pasukan telah memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan kedua-dua pasukan malam ini.
  
Katanya, jumlah anggota polis mencukupi bagi memantau keadaan dan keselamatan di kawasan stadium sepanjang perlawanan itu.
  
"Ingin saya nasihatkan kedua-dua penyokong agar jangan membuat sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kekacauan atau membawa barangan terlarang ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini.
  
Mengenai isu intipan pihak luar terhadap kepentingan negara, beliau berkata tindakan sepatutnya akan diambil sekiranya pihak dari negara luar mengintip tahap keselamatan negara.

Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan negara luar termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Kanada.
  
PDRM, katanya, sentiasa bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai isu seperti dadah dan keganasan.
  
"Kita juga jalin kerjasama keselamatan dengan negara-negara seperti Mesir, China, Jepun dan Korea bagi menguatkan lagi keselamatan negara," katanya.
  
Isu itu timbul berikutan laporan akhbar mengenai dakwaan oleh pemberi maklumat perisikan Edward Joseph Snowden yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk di kedutaannya di Kuala Lumpur. - Bernama