Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Friday, August 25, 2017

Puteri Sirivannavari atlet VVIP yang dikawal 16 Stafoc


Puteri Sirivannavari atlet VVIP yang dikawal 16 Stafoc

KEHADIRAN Puteri Sirivannavari Nariratana, 30, anak Raja Vajiralongkorn, merupakan atlet VVIP Thailand yang mengambil bahagian dalam acara ekuestrian Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang dijadualkan bermula Selasa ini.
Memetik laporan sebuah portal, difahamkan, seramai 16 pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) ditempatkan mengawasi pergerakan puteri itu sepanjang berada di negara ini.
Manakala 24 petugas lain ditugaskan mengawasi orang kenamaan yang lain.
Semua elemen Jabatan Siasatan Jenayah seperti  STAFOC, Bahagian Jenayah Berat (D9) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu turut digabungkan untuk menjaga keselamatan seorang puteri Raja Thailand yang mana sebahagian besar daripada pegawai dan anggota terbabit akan memakai uniform lengkap dengan peralatan keselamatan.
Ia bertujuan sebagai langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan ancaman serta tindakan pencegahan.
Puteri Sirivannavari yang turut menyertai perarakan kontinjen di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena upacara perasmian malam kelmarin turut diperkuatkan dengan pengawasan pasukan JSJ.
Selain itu, pengawasan dengan meningkatkan kehadiran polis turut dijalankan di lokasi tumpuan awam dan pelancong seperti pusat beli-belah selain tempat penginapan atlet dan deligasi asing.