Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, November 30, 2010

Kemalangan aneh pesawat di udara


SANTA FE - Seorang juruterbang Argentina, Dino Moline nyaris maut selepas salah satu sayap pesawat ringannya patah ketika dia melakukan aksi lagak ngeri di udara, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman video menunjukkan nahas udara itu berlaku ketika Moline beraksi dalam satu pertunjukan udara di sini, baru-baru ini.

Seramai 3,000 penonton melihat insiden itu dengan diselubungi perasaan cemas apabila sayap pesawat pasukan Briged Udara RANS tiba-tiba patah pada ketinggian 500 meter.

Namun, juruterbang itu bernasib baik kerana dia sempat mengaktifkan sistem payung terjun dan keluar dari pesawat itu dengan selamat sebelum ia terhempas.

"Saya selamat, cuma kaki saya yang melecur," katanya selepas nahas udara itu. - Agensi

Monday, November 29, 2010

Berjudi RM7 juta sehari..Apa Ke Hal Nie


JOHOR BAHRU - Kerajaan disaran berbuat sesuatu bagi menghalang rakyat negara ini daripada terus berjudi di sebuah kasino di Singapura sehingga mencecah RM7 juta sehari.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay Chee Boon berkata, jumlah tersebut adalah hasil perbelanjaan 3,000 rakyat Malaysia yang ke kasino tersebut setiap hari.

"Mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM2,400 seorang sehari dan jumlah tersebut akan menjadi RM210 juta sebulan.

"Perkara itu dibahaskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai, Datuk Tee Siew Kong baru-baru ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Pelangi di sini semalam.

Menurut Chee Boon, apa yang membimbangkan, kegiatan pinjaman ah long pula semakin menjadi-jadi sejak kasino tersebut mula beroperasi pada April lalu.

"Kumpulan ah long semakin banyak di Johor Bahru dan sasaran mereka adalah untuk golongan yang gemar berjudi.

Nota : Tak ada benda lain ke nak berjudi...kaki judi nie kalau dah gila judi..anak istreri pun boleh di jualnya........huhu

Saturday, November 27, 2010

Bos F1 dan kekasihnya dirompak


BERNIE ECCLESTONE dan kekasihnya, Fabiana Flosi.

KNIGHTSBRIDGE – Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone, 80, ditumbuk dan ditendang empat perompak sehingga dia terjatuh sebelum mereka melarikan barang kemas miliknya dan kekasihnya, Fabiana Flosi, 31 yang dianggarkan bernilai £200,000 (RM987,690), lapor sebuah akhbar semalam.

Antara barangan berharga milik bilionair berkenaan dan teman wanitanya yang dirompak termasuk seutas jam tangan dan beberapa bentuk cincin berlian.

Ecclestone kemudian dirawat di sebuah hospital akibat kecederaan di kepala selepas dia dan Flosi diserang hendap sejurus selepas mereka tiba di luar ibu pejabat F1, di sini, tengah London, kelmarin.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan kami masih memburu kumpulan perompak itu,” kata seorang jurucakap polis Metropolitan London.

Ecclestone yang disenaraikan sebagai orang ke-24 terkaya di Britain oleh akhbar The Sunday Times pada tahun lalu dengan anggaran kekayaan mencecah £1.46 bilion (RM7.2 bilion), popular dengan gaya hidupnya yang mewah dan sikapnya yang gemar bertukar-tukar teman wanita.

Dia menceraikan isterinya, Slavica pada tahun lalu dengan wanita tersebut mengambil jet peribadinya yang berharga £36.5 juta (RM180.3 juta).

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Tamara dan Petra, masing berusia 26 tahun dan 21 tahun.

Empat tahun lalu, dua tayar kereta baru Mercedes Benz CLS55 AMG miliknya yang diletakkan di luar rumahnya bernilai £10 juta (RM49.05 juta) di Chelsea Squara dilarikan perompak. – Agensi

Friday, November 26, 2010

Ratu Elizabeth II jadi tumpuan


RATU ELIZABETH II menyaksikan beberapa gadis membaca al-Quran di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.

Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.

Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.

Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.

Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.

Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.

Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain. - Agensi..KOSMO

Thursday, November 25, 2010

Kegebuan Yang Membawa Padah

LEBIH ramai wanita negara ini kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding suntikan dadah. - Gambar hiasan


Ramai hidap HIV melalui seks

Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie.

Beliau berkata, kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini melalui suntikan dadah (IDU).

Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.

Malah kata beliau, menurut laporan Suruhanjaya mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi IDU dan mengadakan hubungan seks rambang akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.

"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan. Keadaan ini agak membimbangkan,'' katanya...

Wednesday, November 24, 2010

Wanita Arab dera amah dipenjara


RIYADH - Seorang wanita Arab Saudi berusia 53 tahun yang mendera amahnya dari Indonesia, Sumiati Salan Musapa telah dipenjarakan selain menjalani penilaian mengenai mentalnya, lapor akhbar Al-Watan semalam.

Sumiati berumur 23 tahun kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital King Fahd di Madinah selepas tubuhnya melecur akibat dipukul dengan batang besi panas oleh majikannya itu.

Dia turut dirawat kerana patah di tangan dan tulang rusuknya.

Beberapa pegawai Arab Saudi dan Indonesia berbincang di Madinah semalam bagi membincangkan kes penderaan itu.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa bibirnya digunting tetapi dinafikan oleh bapa saudaranya yang menyatakan ia disebabkan dipukul berulang kali oleh majikannya.

Menurut akhbar Okaz, Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi menawarkan bantuan undang-undang kepada Sumiati dan akan menyokongnya jika kesnya dibicarakan di mahkamah.

Kes Sumiati mendapat liputan meluas di Indonesia selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital selepas didera pada 8 November lalu. - Agensi..link

Tuesday, November 23, 2010

Bicara klip video seks Ariel berlangsung 82 minit


ARIEL ditemu ramah pemberita dari dalam lokapnya sebelum kesnya didengar di Bandung semalam.

BANDUNG - Perbicaraan penyanyi band Peterpan, Ariel berhubung dakwaan dia menyebar klip video seks yang menampilkan lelaki yang memiliki wajah miripnya berlangsung selama 82 minit di sebuah mahkamah di sini semalam.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup bermula pada pukul 8.58 pagi dan berakhir pada pukul 10.20 pagi waktu tempatan.

Selepas perbicaraan itu selesai, Ariel dibawa menaiki sebuah kenderaan menuju ke pusat tahanannya di Rutan Kebonwaru.

Ariel yang merupakan penyanyi terkenal di Indonesia didakwa menyebarkan dua klip video di Internet.

Kes itu mengejutkan penduduk di Indonesia.

Salah satu klip video menunjukkan seorang lelaki yang memiliki wajah seperti Ariel sedang melakukan hubungan seks dengan wanita mirip kekasihnya, Luna Maya, 27, yang merupakan seorang pengacara TV.

Satu lagi klip video menampilkan seorang lelaki memiliki wajah mirip Ariel melakukan hubungan seks dengan wanita seperti bekas kekasihnya, Cut Tari, 33, yang kini sudah bersuami.

Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Ariel, 29, muncul di mahkamah di sini dengan memakai baju berwarna kelabu dan seluar gelap.

Menurut pendakwa raya, Rusmanto, dia didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang antipornografi 2008.

Lebih 500 anggota polis dikerah untuk mengawal kawasan sekitar mahkamah tersebut.

Sejumlah peminat Ariel terutama wanita muda turut hadir di luar mahkamah selain anggota-anggota kumpulan Islam yang melakukan tunjuk perasaan.

"Terdapat banyak kes seperti ini. Kenapa mereka (suspek klip video lucah) dibebaskan dan tidak Ariel.

"Adakah kerana dia (Ariel) seorang yang terkenal? Kami mahukan keadilan," kata seorang pelayan, Ruri Astara.

Kira-kira 20 peminat menyanyikan lagu-lagu popular Ariel dan membawa kain pemidang bagi menuntut pembebasan Ariel.

Penyanyi itu tidak mengaku bersalah mengedar klip video tersebut.

Seorang aktivis Islam, Hirman Firdaus berkata, perbuatan penyanyi itu merupakan satu ancaman ke atas masyarakat dan dia perlu dihukum dengan hukuman maksimum.

"Saya mahu dia dikenakan hukuman berat. Ini (perbuatannya) tidak bermoral," katanya.

Jika disabitkan kesalahan, penyanyi itu boleh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak AS$672,000 (RM2.08 juta) kerana beberapa kesalahan termasuk mengedarkan pornografi di Internet.

"Ariel membantu untuk menyediakan kemudahan bagi mengedarkan video pornografi itu," kata Rusmanto.

Penyanyi itu kelihatan tenang semasa dia bercakap kepada pemberita di dalam lokap mahkamah.

"Saya sudah membaca dakwaan-dakwaan itu. Saya sudah bersedia untuk berdepan apa sahaja," katanya.

Dia dipenjarakan selepas menyerah diri kepada polis pada 22 Jun lalu ekoran pendedahan media mengenai penyebaran klip video tersebut.

SEORANG anggota sebuah pertubuhan Islam melakukan tunjuk perasaan bagi menuntut Ariel dihukum di luar sebuah mahkamah di Bandung semalam.

Kekasihnya, Luna Maya turut berada di mahkamah itu.

Bagaimanapun, Luna Maya dan Cut Tari tidak dikenakan sebarang pendakwaan walaupun golongan aktivis radikal mendesak supaya kedua-dua selebriti tersebut dikenakan hukuman rejam sampai mati.

Kedua-dua wanita itu turut kehilangan kontrak komersial ekoran skandal tersebut.

Menurut seorang hakim, perbicaraan itu diadakan secara tertutup bagi melindungi masyarakat daripada mendengar perbuatan seks yang didedahkan sepanjang Ariel dibicarakan.

Kes Ariel akan disambung semula pada 29 November depan. - Agensi..KOSMO

Monday, November 22, 2010

Hilang nyawa kerana selamatkan rakan


SANAK saudara mengusung mayat Ahmad yang lemas ketika mandi-manda bersama rakan-rakannya di Hutan Lipur Hulu Tembakah, Hulu Besut, Terengganu kelmarin.

BESUT - Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan rakannya daripada lemas berakhir dengan tragedi apabila dia terkorban manakala rakannya selamat dalam kejadian di Hutan Lipur Lata Tembakah Hulu Besut dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku ketika Ahmad Mustapha, 18, dikatakan cuba menyelamatkan rakannya yang dikenali sebagai Salahuddin yang hampir lemas ketika mereka bersama 12 lagi rakan dari Kampung Kulim Hilir, Pasir Puteh, Kelantan mandi-manda di kawasan kolam di situ.

Bagaimanapun, usahanya itu tidak ke mana apabila dia pula yang lemas manakala Salahuddin dapat diselamatkan dengan bantuan rakannya, Mohd. Zulhi Awang, 22.,,,,,,,,,,,KOSMO

Saturday, November 20, 2010

Pegawai polis dilatih jadi 'pakar' judi


iSMAIL (duduk dua dari kiri) bersama pegawainya mendengar taklimat mengenai mock kasino di di Maktab PDRM di Cheras semalam. Duduk di sebelah Ismail Timbalan Presiden Eksekutif Operasi Resort Genting Malaysia Berhad, Kevin Sim Kia Ju.

KUALA LUMPUR - Polis telah mewujudkan makmal kasino atau mock casino yang didirikan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras di sini bagi melatih pegawai dan anggotanya supaya menjadi pakar dalam menangani jenayah perjudian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, mock casino tersebut didirikan dengan peruntukan RM198,000 manakala peralatan dan kelengkapan perjudian bernilai RM110,000 disumbangkan oleh Genting Malaysia Berhad.

Menurut beliau, penubuhan makmal yang mirip kasino sebenar itu yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan perjudian seperti roullette, mesin slot dan cip bertujuan melatih pegawai JSJ menjadi pakar dalam judi.

"Ibarat untuk menangkap pencuri, perlu jadi pencuri," ujar Ismail.

Kata Ismail, sejak tahun 2000 sehingga 2009, seramai 318 pegawai telah dihantar menjalani kursus di makmal tersebut dan mereka telah diiktiraf sebagai pakar judi.

Ismail berkata demikian di Maktab PDRM ketika beliau memperkenalkan tiga inisiatif baru PDRM bagi memperkasakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam penyiasatan dan membanteras kegiatan jenayah.

Selain mock casino, dua lagi inisiatif baru yang diumumkan oleh Ismail ialah penerbitan buku manual Prosedur Operasi Standard (SOP) siasatan jenayah berat dan laman Portal JSJ Update...KOSMO

Friday, November 19, 2010

Nyawa remaja direntap ketika senja


PELESIT rempit melakukan aksi wheelly untuk menunjuk-nunjuk kehebatan kepada rakan-rakan mereka. - Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.

Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.

Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.

Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya..KOSMO

Thursday, November 18, 2010

Kayuhan Emas AziZul hasni..Bravo


AZIZULHASNI memecut laju sambil diekori pelumba China, Zhang Miao dan Josiah dalam acara keirin pada temasya Sukan Asia 2010 di Velodrom Guangzhou, China semalam.

LAGU Negaraku akhirnya berkumandang di Velodrom Guangzhou semalam. Seperti diramal, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya menyumbang pingat emas pada temasya Sukan Asia 2010 semalam.

Azizulhasni menghadiahkan emas kedua buat kontinjen Malaysia menerusi acara keirin.

Lebih membanggakan, penantian kilauan emas selama 42 tahun dalam acara trek Sukan Asia itu juga hadir dengan kejayaan 1-2 apabila seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng memenangi pingat perak.

Kejayaan semalam dilihat sebagai ulangan apabila Azizulhasni dan Josiah muncul selaku dua pelumba terpantas dalam acara yang sama pada Sukan Komanwel di New Delhi, India bulan lalu.

Namun kemenangan Azizulhasni di New Delhi telah dibatalkan selepas dia didapati bersalah kerana menolak pelumba New Zealand, Simon Van Vel Thooven ketika mencelah sebelum memecut melintasi garisan penamat.

Bagaimanapun, Azizulhasni tidak mahu deritanya berterusan apabila bijak mengatur strategi bagi merangkul emas di Velodrom Guangzhou semalam.

"Kejayaan 1-2 ini membuktikan bahawa kita adalah kuasa besar dalam sukan basikal di Asia," jelas Azizulhasni.

"Pada Sukan Komanwel lalu, kemenangan saya telah dibatalkan tetapi kali ini, kami sekali lagi berjaya mencatat kejayaan yang sama, sekali gus membuktikan bahawa pencapaian kita di India lalu adalah benar."

Sebelum beraksi dalam acara kegemarannya itu, Azizulhasni terlepas peluang meraih pingat gangsa bagi acara pecut individu selepas kecundang di tangan pelumba Jepun, Nitta Yudai.

Jelas sekali kegagalan itu memberi suntikan semangat kepada Azizulhasni untuk tampil lebih bertenaga dalam acara keirin.

"Pada mulanya saya agak kecewa setelah gagal menyumbang pingat dalam acara pecut individu kerana kesilapan taktikal.

"Namun selepas itu saya mengumpul semula kekuatan untuk memberikan aksi terbaik buat kali terakhir dalam acara keirin.

"Saya telah beritahu John Beasley (jurulatih) bahawa saya mahu menampilkan kayuhan kamikaze (berani mati) sebab ia adalah peluang terakhir dan syukur kepada Tuhan kerana saya akhirnya berjaya," ujarnya lagi.

Pada saingan penuh mendebarkan semalam, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman mempamerkan henjutan bertenaga pada 250 meter terakhir perlumbaan.

Ketika itu, dia berjaya meninggalkan Josiah serta dua pelumba handalan China, Zhang Lei dan Zhang Miao serta Watanabe Kazunari (Jepun) dan Mohammad Parash (Iran).

Malang menimpa Zhang Lei dan Parash apabila mereka terlibat dalam insiden pelanggaran pada jarak 200m terakhir, sekali gus menyaksikan Azizulhasni dan Josiah selesa di depan meninggalkan Zhang Miao yang memenangi pingat gangsa.

"Ketika sedang memecut, saya ada dengar satu pelanggaran di belakang tetapi saya tidak peduli tentang itu, sebaliknya saya hanya mahu memberi tumpuan kepada henjutan terakhir ke garisan penamat.

"Apa pun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada John dan semua pihak yang terlibat kerana terus menaruh kepercayaan kepada saya di sini.

"Kejayaan ini saya hadiahkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sabar menanti kemenangan saya," kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu lagi.

Hasil kejayaan itu, Azizulhasni, 22, memberitahu, dia akan membotakkan kepalanya bagi 'membayar' niat yang telah lama terbuku dihatinya selama ini.

"Saya telah berniat untuk membotakkan kepada jika menang dan nampaknya selepas makan hari ini (semalam), saya akan terus membotakkan kepala," katanya.KOSMO


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Menyambut Eidul Adha..


Selamat Menyambut Harai raya Eidul Adha... maaf zahir batin dari saya untuk semua rakan rakan blogger.....hari Raya ni ..kita pergi bantu orang kampung buat kenduri daging qurban pada hari pertama dan kedua....

Monday, November 15, 2010

Maut ditetak kekasih isteri


ANGGOTA polis memeriksa rumah yang menjadi lokasi pembunuhan Haryadi di Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya kelmarin.

PETALING JAYA - Hasrat seorang pemuda yang datang dari Indonesia untuk melepaskan rindu terhadap isterinya yang bekerja di negara ini berakhir dengan dia mati dibunuh oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di Flat Taman Desa Ria di PJS 4, Taman Medan di sini malam kelmarin.

Lebih tragis apabila mangsa yang hanya dikenali sebagai Haryadi, 24, dipercayai diserang oleh kekasih isterinya dan rakan-rakan suspek itu.

Mayat Haryadi yang baru empat hari berada di negara ini ditemui berlumuran darah di tingkat dua rumah flat itu selepas dia diserang di rumah sewa isterinya di tingkat lima.

Mangsa menemui ajalnya akibat ditetak di kepala dan keseluruhan badannya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, sebelum kejadian pada pukul 11.30 malam mangsa dikatakan berada di dalam rumah bersama isterinya yang berusia 22 tahun.

Menurut beliau, mangsa telah memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dipercayai untuk melawat isterinya yang bekerja sebagai buruh di sini sejak tiga tahun lalu.

"Ketika berada dalam rumah, pasangan suami isteri itu didatangi oleh sekumpulan enam lelaki yang masing-masing bersenjatakan parang dan pisau," kata beliau di sini semalam.

Berikutan kemunculan enam lelaki itu, Omar memberitahu, tercetus pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dengan suspek keenam-enam tersebut. KOSMO

Saturday, November 13, 2010

Amukan ganas suami cemburu


ORANG ramai menziarahi rumah Suzziana yang diserang seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di Alor Akar, Kuantan semalam.

KUANTAN – Perasaan cemburu seorang suami terhadap isteri yang disyaki beralih cinta kepada lelaki lain sampai di kemuncak apabila dia bertindak menyerang ahli keluarga kekasih isterinya itu dengan sebilah pedang samurai semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi di tingkat satu, Blok D Flat Alor Akar di Lorong Alor Akar di sini itu mengakibatkan seorang pengasuh kanak-kanak, Suzziana Mohd. Hopiah, 24, suaminya, Mohd. Taufik Abdul Razak, 36, dan kanak-kanak lelaki yang diasuh wanita itu, Anas Safian Efa Rizal, 3, cedera parah.

Suzziana cedera di kepala, luka lengan kiri dan belakang badan. Mohd. Taufik pula diserang di kepala dan lengan kiri manakala Anas Safian luka di kepala dan tangan kiri. Ibu jari kanak-kanak itu juga hampir putus dan kaki kirinya patah.

Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang ditemani dua rakannya telah naik angin lalu mengamuk apabila lelaki yang disangka kekasih gelap isterinya tiada di rumah tersebut. Lelaki itu, Shahrul Ridzwan, 20, merupakan adik Suzziana.

Shahrul Ridzwan yang berada di Dungun, Terengganu ketika kejadian kemudian telah pergi ke sebuah balai polis di situ untuk memberi keterangan pada pukul 4 petang semalam. Isteri suspek pula gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kejadian dikatakan berpunca ekoran suspek tidak berpuas hati selepas mendakwa Shahrul Ridzwan telah melarikan isterinya.

Katanya, suspek bersama dua lagi rakannya pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.

“Sebaik pintu dibuka oleh seorang anak angkat Suzziana, suspek terus bertanyakan di mana adik Suzziana berada. Suami mangsa yang mendengar kekecohan tersebut keluar dari bilik.

“Suspek yang naik angin terus menetak suami mangsa dengan sebilah pedang samurai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) di sini semalam. KOSMO

Friday, November 12, 2010

Budak nyaris diculik dalam bas


MOHD. AMIN gembira ketika didukung datuknya, Hashim apabila dipertemukan di IPD Cheras semalam sambil diperhatikan Abd. Rahim (kiri).

KUALA LUMPUR – Tindakan bijak seorang pekerja hotel yang terus menghubungi polis sebaik ternampak sesuatu yang mencurigakan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak hiperaktif, Mohd. Amin Rozi daripada dilarikan seorang lelaki warga asing kelmarin.

Sebelum dibawa ke balai polis, Mohd. Amin, 3, yang menaiki bas RapidKL seorang diri sambil memegang botol susu terlebih dahulu telah didampingi oleh lelaki asing berkenaan yang seolah-olah cuba memujuk kanak-kanak itu supaya mengikutnya.

Pekerja hotel berkenaan, Nurasyikin Ruji, 40, memberitahu, ketika itu dia bersama anak perempuannya menaiki bas berkenaan menuju ke ibu negara pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, apabila tiba di satu perhentian, dia ternampak Mohd. Amin menaiki bas itu bersama sekumpulan remaja. Sebaik naik, kanak-kanak itu tidak duduk bersama remaja berkenaan.

“Saya lihat dia begitu lincah dan sering bertukar tempat duduk. Dia sentiasa bercakap tetapi tidak menangis.

“Saya kemudian ternampak seorang lelaki asing berusia dalam lingkungan 30-an duduk di sebelahnya seolah-olah cuba memujuk Mohd. Amin supaya mengikutnya,” cerita Nurasyikin ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini semalam...KOSMO

Thursday, November 11, 2010

Budak 3 tahun dibiar naik bas seorang diri


KUALA LUMPUR - Melihat seorang kanak-kanak lelaki (gambar) yang berumur sekitar tiga tahun sudah berani menaiki bas pasti mengundang takjub kepada orang ramai.

Namun timbul persoalan siapa ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang begitu cuai melepaskan anak mereka berbuat demikian.

Itulah yang berlaku terhadap seorang budak yang dijumpai oleh seorang wanita berumur 40 tahun ketika dia menaiki sebuah bas menuju ke ibu kota semalam.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, wanita tersebut curiga apabila ternampak kelibat seorang kanak-kanak memegang botol susu yang kemudian menaiki bas yang berhenti di Flat Seri Sabah, Cheras di sini.

Atas dasar prihatin, wanita itu memanggil budak terbabit duduk bersamanya sebelum dia menghubungi polis.

Apabila sampai di Plaza Kota Raya di sini, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, wanita itu membawa kanak-kanak terbabit ke Balas Polis Tun H.S Lee di sini untuk membuat laporan. KOSMO

Wednesday, November 10, 2010

Kimono mesra alam untuk isteri pemimpin APEC


GAMBAR menunjukkan seorang model memakai kimono semasa satu pertunjukan fesyen di Tokyo pada 2 November lalu.

YOKOHAMA, Jepun - Para isteri pemimpin negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bermula pada 12 hingga 14 November ini di sini berpeluang memakai pakaian kebangsaan wanita Jepun, kimono yang diperbuat daripada material mesra alam.

Pereka fesyen terkenal Jepun, Hiroko Koshino menyatakan beliau telah menghasilkan gaun yang merupakan gabungan sutera dan bioplastik daripada jagung.

Pakaian itu dianggap sebagai gabungan antara kraf tangan tradisional Jepun dan teknologi canggih.

"Saya berbesar hati jika orang ramai suka memakainya. Bumi juga akan menjadi tempat yang lebih gembira," kata Koshino dalam satu mesej video kepada tetamu-tetamu APEC.

Laman web Teijin menyatakan bahawa material Biofront yang berasaskan tumbuh-tumbuhan itu dilancarkan pada tahun 2007.

Pakaian itu bersifat mesra alam, tidak panas dan tahan lama selain telah digunakan sebagai fabrik untuk tempat duduk kereta.

"Perincian mengenai reka bentuknya adalah rahsia sehinggalah semua wanita pertama memakainya. Ia mempunyai cita rasa kimono dengan konsep rekaan yang baru," kata seorang pegawai di Kyoto, Hirotsugu Uno.

Pakaian itu berwarna biru, merah, kuning, hijau dan ungu.

Sudah menjadi tradisi persidangan itu apabila pemimpin daripada negara-negara anggota akan memakai pakaian tradisi daripada negara tersebut semasa menghadiri majlis-majlis utama. - Agensi... KOSMO

Tuesday, November 9, 2010

Hasrat ragut wanita tak sampai


MAYAT penjenayah yang ditembak mati oleh anggota polis dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seorang penjenayah yang cuba meragut seorang wanita ditembak mati oleh polis ketika dia melarikan diri dan cuba melawan anggota polis yang mengejarnya di Kawasan Perusahaan Senawang dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi, lelaki yang berusia 32 tahun itu dikatakan cuba meragut seorang wanita yang menunggang motosikal seorang diri di satu persimpangan lampu isyarat di Senawang.

Bagaimanapun, tindakan suspek yang menunggang motosikal Yamaha RXZ itu disedari oleh dua anggota polis yang masing-masing menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek yang menyedari tindakannya diperhatikan oleh dua anggota polis itu membatalkan niatnya untuk meragut dan terus memecut motosikalnya meninggalkan mangsa.

Menurut beliau, seorang anggota polis yang menunggang motosikal Modenas Kriss mengejar suspek sehingga ke Kawasan Perusahaan Senawang, kira-kira empat kilometer dari lokasi peragut itu dikesan.

“Ketika dikejar suspek beberapa kali cuba menendang motosikal anggota polis yang mengejarnya sebelum suspek kemudian berhentikan motosikalnya di tepi jalan dan melarikan diri ke satu kawasan berpaya di situ,” kata beliau di sini semalam.

Anggota polis itu juga turun dari motosikalnya dan mengejar suspek itu ke kawasan paya sambil mengarahkan lelaki itu menyerah diri.

“Namun, suspek terus cuba menyerang anggota polis itu dengan topi keledar sehingga menyebabkan tangan kiri anggota polis terbabit cedera,” kata Saiful. KOSMO

Nota : sepandai pandai tupai melopat akhirnya jatuh ke tanah juga..

Sunday, November 7, 2010

Gesel payudara pada jurugambar..Huihh


SUDAH lama sebenarnya Diva dengar cerita kurang enak tentang penyanyi wanita muda yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti popular beberapa tahun lalu.

Kalau sebelum ini ada teman wartawan menyampaikan khabar 'kenakalan' artis itu, kali ini ia dialami sendiri kawan baik Diva iaitu seorang jurugambar sambilan.

Dia mengaku diganggu oleh budak hingusan itu di sebuah hotel baru-baru ini.

Kawan Diva yang sudah punya kekasih hati itu boleh tahan kacaknya dan ditugaskan oleh si bos untuk mengambil gambar penyanyi berkenaan bersama artis lain.

Barangkali pantang naluri mudanya tengok jantan elok rupa paras, dia tanpa perasaan malu terus menghampiri jurugambar kacak itu.

"Va, aku tak sangka langsung artis ini berperangai macam itu sekali sedangkan ada salah seorang ahli keluarganya yang menemani.

"Masa aku ambil gambar dia, artis ini berulang kali nak tengok gambar yang baru dirakam di skrin kamera aku.

"Alasannya, dia mahu tengok sama ada okey atau tak wajahnya yang dimekap tebal tu.

"Apa yang buat aku tersentak, sambil tengok semula gambarnya dalam kamera, dia boleh mendekatkan badannya dengan aku sampai kami bersentuhan cukup rapat.

"Aku ingat dia tak sengaja. Tapi bila dia mula menggeselkan payu daranya pada badan aku dan buat suara manja, apa lagi, aku terus jadi tak selesa," luahnya kepada Diva...KOSMO


Diva:Belum pernah ada pengalaman berpacaran dengan jurugambar.


Saturday, November 6, 2010

Selamat selepas telan gunting


GAMBAR X-ray menunjukkan gunting dalam kerongkong Curtis Francis.

BRISTOL - Doktor-doktor terkejut apabila seorang budak lelaki di Britain, Curtis Francis cuma mengalami luka ringan selepas dia menelan sebilah gunting, lapor sebuah akhbar semalam.

Francis, 12, yang mengalami cacat mental menelan gunting tajam itu bermula dari bahagian tangkal semasa ibunya leka baru-baru ini.

Namun, dia bernasib baik kerana salur pernafasannya tidak tersumbat.

Francis dibawa ke sebuah hospital di sini selepas ibunya melihat dia memuntahkan darah manakala beberapa doktor kemudian mengeluarkan gunting itu.

"Ketika ambulans tiba, saya dan anak lelaki saya menangis. Saya amat bimbang apabila kami tiba di hospital dan diberitahu bahawa anak saya tertelan gunting," kata ibunya, Karon Edwards. - Agensii- KOSMO

Friday, November 5, 2010

Pelajar 13 tahun dapat ikan gergasi


JAKE NORTH bergambar bersama dengan seekor ikan gergasi yang berjaya dipancingnya di Sungai Ebro, Sepanyol baru-baru ini.

MEQUINENZA - Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Britain, Jake North berjaya memancing seekor ikan air tawar gergasi bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemancing cilik tersebut menaikkan ikan seberat 91.17 kilogram (kg) itu semasa dia dan keluarganya memancing di Sungai Ebro, dekat sini, Sepanyol ketika musim cuti sekolah di Britain baru-baru ini.

Bimbang dia ditarik ke dalam sungai, pemandu pelancong keluarga tersebut terpaksa memeluk pinggang Jake yang bertarung selama 25 minit sebelum ikan gergasi itu berhenti meronta dan ditewaskan.

"Amat jarang seorang budak sebaya Jake dapat menangkap ikan dengan berat melebihi 90 kg. Ramai nelayan gagal melakukannya walaupun mencuba selama beberapa tahun," kata bapanya, Russell North, 40...

Keluarga berkenaan menggunakan umpan bebola ikan sebesar bola golf yang dibawa sejauh 100 meter ke tengah sungai sebelum ia dicampak ke dalam sungai tersebut dari sebuah bot.

"Pada satu ketika, saya hampir berputus asa kerana kedua-dua tangan saya terasa sakit. Saya juga berasa letih selepas menewaskan ikan itu," kata Jake. - Agensi..KOSMO

Nota : Kalau...memancig kat sini kat syok...melentor ikan tu

Thursday, November 4, 2010

Tiang gol bola baling ragut nyawa


TIANG gol bola baling inilah yang meragut nyawa Mohd. Khairi Iskandar Onzek.

KEPALA BATAS - Seorang pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Kepala Batas di sini mati selepas ditimpa tiang gol bola baling yang tiba-tiba terjatuh ketika bermain di padang sekolah yang sedang dibaiki Isnin lalu.

Mangsa, Mohd. Khairi Iskandar Onzek, 8, yang cedera parah di kepala meninggal dunia pagi semalam ketika dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Ibrahim Mohamad berkata, mengikut laporan awal daripada pihak sekolah, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang merupakan pelajar sesi petang dikatakan bermain bersama empat lagi rakannya di kawasan padang sekolah itu sementara menunggu waktu perhimpunan untuk pelajar sesi petang bermula pada pukul 12.45 tengah hari.

“Ketika bermain, mangsa bersama rakannya dikatakan mengangkat tiang gol yang dijatuhkan oleh pihak sekolah sebelum tidak diketahui macam mana tiang yang telah diangkat itu terjatuh semula dan menimpa mangsa,” kata beliau.

Berikutan kejadian itu, Ibrahim memberitahu, pihak sekolah telah menghantar mangsa ke Hospital Kepala Batas (HKB) selain memaklumkan perkara itu kepada keluarga mangsa...KOSMO

Wednesday, November 3, 2010

Tom Cruise panjat Burj Khalifa..Dubai


DUBAI - Pelakon kacak Holywood, Tom Cruise dilihat menuruni dan memanjat dari tingkat 120 hingga 134 bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di sini, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), lapor sebuah akhbar semalam.

Cruise yang dilengkapi dengan tali dan abah-abah, memanjat Burj Khalifa pada minggu lalu dalam satu adegan lagak ngeri filem terbarunya, Mission Impossible: Ghost Protocol yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Aksi pelakon tersebut mengejutkan sejumlah orang yang berada di sekitar bangunan setinggi 828 meter dan mempunyai 160 tingkat itu pada minggu lalu. - Agensi..KOSMO