Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Saturday, March 29, 2014

Seorang Telah Bogel Setetalh Terkantooi.....Dahsyat..

Bogel selepas kantoi
Bogel selepas kantoi
Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.

Suspek menanggalkan pakaiannya sendiri selepas dikepung orang awam.
SELAYANG - Seorang lelaki bertindak di luar jangkaan apabila tiba-tiba menanggalkan pakaiannya dan berbogel selepas kantoi cuba pecah kenderaan di Selayang Baru, kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek pada mulanya cuba masuk ke dalam sebuah kereta yang tidak berkunci untuk mencuri radio.

Menurut sumber, tindakan suspek berusia lewat 20-an itu bagaimanapun disedari orang awam dan juga pemilik kenderaan yang berada berhampiran kawasan tersebut.

“Pemilik meninggalkan keretanya sekejap untuk ke kedai, dan apabila kembali, dia terlihat kelibat seseorang dalam kenderaannya.

“Selepas dikepung orang awam, suspek secara tiba-tiba menanggalkan pakaian dan hanya memakai semula selepas seorang kenalannya menyuruhnya berbuat demikian,” beritahu sumber kepada Sinar Harian, semalam.

Kata sumber itu lagi, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 511 kanun keseksaan kerana cuba melakukan jenayah.

Wednesday, March 19, 2014

Kapten Nadira Ramli Kawan Baik Co- Pilot MH370

Kapten Nadira Ramli Kawan baik Co- Pilot MH370

Nadira Ramli bukanlah artis pujaan ramai terutama janda-janda meletop seperti Nora Danish, Era Fazira dan  Maya Karin namun kini beliau menjadi perhatian media kerana hubungan cinta beliau dengan Co-Pilot MH370 yang hilang sejak tujuh hari lalu. Begitulah ceritanya menurut sebuah blog.

Menurut blog itu lagi, seperti insan bercinta yang lain kehilangan MH370 yang melibatkan kekasihnya membuatkan beliau tidak keruan dan susah hati.

Bagi membantu beliau menghadapi kemelut ini, majikannya iaitu Air Asia di mana beliau berkhidmat sebagai pilot telah memberikan cuti selama sebulan.

Kapten Nadira Ramli telah berkenalan ketika belajar bersama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sembilan tahun lalu.

Nadira Ramli anak kepada seorang pilot kanan MAS dan Fariq yang merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya Selangor bernama Abdul hamid Mad Daud diberitakan merancang untuk bernikah dalam masa terdekat ini namun segalanya hanya perancangan yang belum pasti berikutan kehilangan Fariq bersama Mh370. 

Thursday, March 6, 2014

ISTERI TERKEJUT SUAMINYA MATI DENGAN PEREMPUAN LAIN DALAM SEBUAH KERETA.


ISTERI TERKEJUT SUAMINYA MATI DENGAN PEREMPUAN LAIN DALAM SEBUAH KERETA.



Seorang isteri terkejut mendapati suaminya dan seorang wanita lain mati dalam sebuah kereta di Taman Metropolitan, Batu Muda di sini, petang Selasa.

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan Sabri Sulaiman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 5.10 petang tadi.

Ketika di tempat kejadian, lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 60-an dan wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu telah pun meninggal dunia.