Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, October 22, 2012

Alat mainan seks tersangkut dalam usus.macam macam cerita la...

SHANGHAI: Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari.



Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks. 



Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop. 

Doktor, Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”
dildo
Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu.

Sekiranya prosedur itu gagal, doktor mungkin terpaksa melakukan pembedahan, kata Doktor Yao seperti yang dipetik oleh akhbar Shanghai Daily. 

Kedai menjual alat seks dan kontraseptif biasa terdapat di bandar di China, di mana kebebasan seksual dan budaya konsumerisme semakin berleluasa di dalam negara yang diperintah komunis ini. 

Akhbar itu berkata, pengamal perubatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menurut cara yang betul ketika menggunakan alat permainan seks. 

Thursday, October 11, 2012

Ajaib.!!! Wanita ini melahirkan seekor kuda

Wanita ini melahirkan seekor kuda

Woman gives birth to a horse baby Strangest Creatures Born By Women Pictures Seen on www.VyperLook.com


Veronica Egiebor, seorang jururawat tempatan mengesahkan bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang aneh di lahirkan oleh seorang wanita. Sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Paderi yang menyaksikan majlis itu mengatakan bahawa: "Saya tidak boleh menggambarkan objek tersebut. Kita telah melihat ramai orang muntah menyaksikannya. Ia memberi amaran kepada semua orang supaya tidak pergi berhampiran "janin", sebaliknya mereka hanya meninggalkan ia di sana, dalam lopak darah. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital. Kuda-bayi itu telah diisytiharkan mati dan ditinggalkan di atas lantai gereja sehingga hari berikutnya sebelum dilupuskan.

Monday, October 8, 2012

Sejumlah 481,424 calon akan duduki PMR esok

KUALA LUMPUR – Sebanyak 481,424 calon akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok sehingga 16 Oktober ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, mereka melibatkan 448,436 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 5,846 calon adalah dari sekolah di bawah agensi kerajaan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Seramai 10,051 calon lagi adalah dari sekolah menengah agama negeri, 13,728 calon sekolah swasta, 1,151 calon persendirian dan 2,212 calon sekolah menengah agama rakyat. – BERNAMA


Monday, October 1, 2012

Tergamak Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami !!

Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.



Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.
Anda mungkin juga meminati: