NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.
TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak
dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan
maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu
bertempiaran lari.
Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika
gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan
parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian,
neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di
ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik
keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah
nenek.
“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata
mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas
yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.