Home

Nuff

klik kan ye

Sunday, April 28, 2013

Ustaz Azhar Idrus Menyerikan Putrajaya yang Sunyi sebelum Ini.


Puluhan Rubu Yang hadir ceramah UAI..di Putrajaya..yang membuatkan calun  bertanding kecut perut...




Mana tak kena warning...orang muda , tua, budak kecil semua..turut hadir..Tahniah UAI..IKON baru Penceramah..




BIAR FOTO BERBICARA :


PROGRAM BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DAN CALON PAS/PR PARLIMEN P125 PUTRAJAYA, HUSAM MUSA DI PADANG BOLA, LOJI PEMBERSIHAN KONSORTIUM ABASS, PRESINT 19, PUTRAJAYA 27HB APRIL 2013

Thursday, April 18, 2013

Tahniah : Penyanyi Alyah sudah berhijrah


SUKA atau tidak, penyanyi Alyah meraih populariti kerana beberapa siri eksperimen imej peliknya dahulu. Pernah juga mendapat nama jolokan, ‘Lady Gaga Malaysia’, Alyah dianggap sebagai seorang artis yang berani bereksperimentasi. 

Tetapi, itu kisah dulu, bukan sekarang.

Sekarang, Alyah sudah bertudung. Ya, bertudung bukan untuk sementara, tetapi dia berharap agar perkara tersebut berpanjangan. Beberapa keping gambar dia bertudung dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Kata pelantun "Kau Yang Terindah" itu, “alhamdulillah, saya sudah bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah beberapa hari lalu. Saya terbuka hati untuk bertudung kerana mungkin sudah selesa setiap hari bertudung selama dua minggu sepanjang berada di sana. Saya rasa selesa dan tenang.”

Bagaimanapun, Alyah enggan untuk terlalu bercerita tentang penghijrahannya. Katanya, biar transformasi yang berlaku ini hanya berkaitan antara dia dengan Tuhan.

Apabila dia mula bertudung, persoalan yang timbul bagaimana dia mahu membuang imejnya yang sedikit seksi dan selalu suka berfesyen. Ternyata, hal itu telah difikirkan oleh penyanyi kelahiran Johor Bharu itu.

Katanya, dia telah mula memperlahankan keberaniannya berfesyen sejak usia semakin bertambah. Kini, pada usia 32 tahun Alyah mula berhijrah dan dia merasakan ia sangat sesuai.

“Saya rasa perubahan ini sesuai dengan usia saya. Walaupun bertudung, saya tetap akan berfesyen, namun ia haruslah tidak terlalu menonjol dan sopan,” katanya.

Alyah juga tidak gusar tentang tawaran menyanyi kerana dia percaya kepada rezeki. Dia juga tidak terfikir untuk menukar konsep genre muzik yang dibawanya. “Ia tetap pop,” katanya lagi.

Monday, April 8, 2013

Bini Sape Ni ..Eh Eh Pi Cium ada Jantan Tangan Pulak Tu...Huhu

Biarlah gambar bercerita...anda sahaja yang dapat menilaikan beritanya,...huhu..Isteri pemimpin Islam katakan.

Monday, April 1, 2013

Negara sedang tenat, undilah Pas/Pakatan Rakyat untuk mengubatinya!


Lihat lah nie..bila BN sakit DR PAS yang merawat.... baguihnya DR PAS NI