MH 17 : Sayu Melihat Mayat Mayat Yang Di Angkut Dengan Lori , Entah Bawa Ke Mana ?
Mengikut gambar-gambar yang tersebar di media antara bangsa segala serpihan MH17 dan jasad-jasad mangsa MH17 kini di pindah kan oleh pihak-pihak tertentu ke satu lokasi rahsia.
Mengikut Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.
Dipercayai, jasad para mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.
Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.
Apakah jasad akan dibawa ke Moscow?
Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad berkenaan akan dibawa.
Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.
Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.
Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.
Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.
Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.
Keluarga Juruterbang dan mangsa MH17 rakyat negara ini Ingin Jasad dikebumikan di Malaysia, masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Credit MNH