Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, September 29, 2014

Padah rogol kekasih bawah umur

  • Tertuduh (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu  selepas dijatuhi hukuman. - Foto Sinar HarianTertuduh (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas dijatuhi hukuman. - Foto Sinar Harian
 1 / 1 
KOTA BHARU - Padah buat seorang buruh ladang kerana kesalahan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun, dia dihukum penjara tujun tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.

Hukuman diputuskan hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Sauti Abdullah, 20, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan itu.

Tertuduh yang beralamat di Kuala Krai tersebut didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 11 bulan di rumahnya di Bukit Sireh, Kuala Krai, antara jam 4.30 pagi hingga 5 petang, 13 Januari lalu.

Tertuduh sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada awal pagi hari sama dan membawanya pulang ke rumah di alamat berkenaan.

Tibanya di rumah, tertuduh membawa masuk mangsa ke dalam sebuah bilik dan beberapa kali merogolnya sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah itu.

Bapa mangsa yang menyedari kehilangan anaknya kemudian mencari mangsa sebelum mangsa pulang ke rumah pada jam 5 petang dan memberitahu bapanya dia dirogol oleh tertuduh.

Pada prosiding itu, peguam, Mohamad Asyraf Zakaria merayu bagi pihak anak guamnya itu supaya mahkamah memutuskan hukuman ringan dengan alasan tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih.

Katanya, insiden itu juga berlaku tanpa perancangan atau paksaan.

“Tertuduh ikhlas menginsafi kesalahan yang dilakukan. Kesalahan ini juga adalah kesalahan pertamanya dan dia masih muda. Hukuman penjara lama juga tidak akan dapat menghalang pasangan kekasih lain daripada membuat kesalahan,” katanya.

Alasan peguam berkenaan bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari yang memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi menyampaikan mesej kepada umum bahawa mahkamah mengambil serius kesalahan seperti itu.

“Mangsa hanya berumur 14 tahun, manakala tertuduh pula 20 tahun. Apa yang tidak dirancang, sedangkan mangsa diambil daripadanya rumah pada jam 4 pagi dan pulang hanya pada jam 5 petang.

“Mereka pasangan kekasih dengan perbezaan umur enam tahun. Tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa atas nama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Wednesday, September 24, 2014

Kisah Benar ! Mayat Bersila Dan Baca Surah Yasin Di Makkah


Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Peristiwa ini berlaku pada suatu hari di musim haji yang lalu, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim hajiMakam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al-Quran, dan Al-Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kafan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ. Sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya

Tuesday, September 2, 2014

Mamat (Exist) hidup merana, mahu tebus kesilapan

Mamat (Exist) hidup merana, mahu tebus kesilapan

PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.
“Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.
“Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.
Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.
“Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|
“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.
Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudulKeluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.
Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.
“Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat,” ujarnya.
Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom.
Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terutus.  - mStar