Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, November 25, 2014

Isteri hilang bersama anak.Di Dungun

  • Fatimah (kanan) yang dilaporkan suaminya menghilangkan diri bersama anak mereka, Muhammad Nur IkhwanFatimah (kanan) yang dilaporkan suaminya menghilangkan diri bersama anak mereka, Muhammad Nur Ikhwan
 1 / 1 
DUNGUN - Seorang wanita masih berstatus isteri orang yang menghilangkan diri selama dua tahun, tiba-tiba muncul semula mencari suaminya.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari pulang, wanita terbabit sekali lagi menghilangkan diri sehingga menimbulkan tanda tanya kepada suaminya.

Saiful Bahrin Tahar, 30, berkata, kira-kira tiga tahun lalu, dia mengahwini seorang wanita Thailand dikenali sebagai Fatimah Ali, 24.

Namun katanya, selepas mendapat seorang cahaya mata, berlaku perselisihan faham menyebabkan isterinya melarikan diri dan meninggalkan dia bersama anak lelaki mereka, Muhammad Nur Ikhwan yang ketika itu berusia lima bulan.

Kata Saiful, dia cuba mencari isterinya di beberapa tempat, namun gagal sehinggalah dia berkahwin lain dan kini anak lelakinya itu sudah berusia 2 tahun.

"Bagaimanapun beberapa minggu lalu, saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Fatimah beritahu mahu pulang semula ke pangkuan saya," katanya.

Saiful berkata, dia bersetuju bertemu semula dengan Fatimah dan akan merujuk kesnya kepada agensi berkaitan untuk mengesahkan status perkahwinan mereka.

"Bimbang tindakan saya diketahui isteri baru, saya letak Fatimah di rumah ibu angkat.

"Namun ketika ingin berjumpanya pada 18 November lalu, ibu angkat saya beritahu Fatimah sudah keluar rumah pada 17 November lagi, kononnya dijemput saya sendiri," katanya.

Bimbang berlaku sesuatu kerana Fatimah turut membawa bersama anak lelaki mereka, Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan dan menurutnya kes sedang disiasat.

Perut terburai ditikam Oleh Sekumpulan Lelaki.

Perut terburai ditikam Oleh Sekumpulan Lelaki.


Ipoh: Seorang lelaki warga Indonesia maut dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam hingga menyebabkan perut terburai dalam kejadian di Angsana Ipoh Mall, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke premis terbabit untuk karaoke, dan selepas selesai karaoke mangsa dipercayai didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.

"Mangsa kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam.

"Sebaik mendapat maklumat mengenai kejadian, anggota dari Balai Polis Sungai Senam di sini, ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah terbaring berlumuran darah, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Friday, November 14, 2014

Tempat Terakhir Tembok Besar Negeri China

Merupakan antara binaan unik di dunia, kebanyakan pelawat yang mengunjungi lokasi ini tidak pernah melihat penghujungnya.

Tembok Besar China biasanya hanya di kunjungi diluar bandar Beijing.
Dan kebanyakan gambaran di sepanjang laluan great wall ini adalah di pergunungan dengan pemandangan yang berbeza di setiap lokasi.
Lihatlah, di bahagian ini memberikan suasana begini



Dan di lokasi lain pula, gunung menghijau..Tk The Vocket




Lagi suasana berbeza



Gunung yang kontang?


Kat sini rasa hidup sikit

Sunyi dan jauh dipuncak




Batu batan saja. Mudah nak tengok musuh di zaman perang
Siapa sangka, rupanya tembok ini berakhir di laut dengan gambaran yang sama sekali sangat jauh berbeza?