Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, February 26, 2015

Gempar : Mengejutkan!.37 Penari Wanita Memijak Dan Menari di atas Al-Quran Jadi Monyet Dan Babi

Kebiasaan penulis tunaikan solat Jumaat di sebuah dewan berhampiran rumah. Memandangkan anak-anak masih cuti sekolah, penulis itu ambil peluang bersolat di masjid yang agak jauh dengan rumah. 



Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu.

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya.

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru.

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah.

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat.

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai.

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah.

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan.

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan.

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan.

Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan.

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. WaAllahuAlam. Oleh: Tulahan

Monday, February 23, 2015

Pemancing Tangkap ikan Bermulut Dua

Pemancing Tangkap ikan Bermulut Dua

seekor ikan kakap yang mempunyai dua mulut ditangkap oleh seorang pemancing di Tasik Bonney di Australia Selatan.
Garry Warrick berkata ikan tersebut berasal dari tasik tersebut atau dari sungai kecil yang berada di sekitar tasik.



"Kedua mulutnya berdekatan satu sama lain," katanya kepada ABC.

"Mulut yang diatas boleh membuka dan menutup, namun yang bawah selalu terbuka. Itu saja yang pelik, yang lain semua normal," katanya.

Warrick sudah bekerja sebagai pemancing untuk menyara dirinya di kawasan tersebut selama 30 tahun terakhir, dan setiap tahunnya menuai sekitar 100 tan ikan kakap dan yang lainya.

Dia sebelumnya pernah juga menangkap beberapa ikan yang berbentuk aneh, termasuk seekor ikan yang mempunyai kepala seperti ikan paus.

Warrick mengatakan ikan berbentuk pelik biasanya berlaku di kepala ikan, namun ini baru pertama kalinya dia melihat ikan dengan dua mulut.

"Biasanya ikan-ikan itu saya jadikan umpan lagi atau menjadi baja, namun yang ini saya letak di peti sejuk," katanya.

"Saya tidak memberitahu sesiapa kecuali isteri saya yang mencadangkan untuk meletak gambar ikan itu di internet," tambah Warrick.

Warrick berkata dia mengetahui adanya seorang penternak penyu di Barmera tahun lalu yang melihat seekor penyu dengan dua kepala.

"Kura-kura itu hanya bertahan hidup selama beberapa minggu," kata Warrick.

Namun ikan berkepala dua ini ditemui masih hidup. - mychannelmedia

Wednesday, February 11, 2015

3 Gambar Pelawak Dengan Ke Mewahnya.. Ramai Yang Tidak Tahu

Johan Tidak Suka menunjukkan kemewahan yang ada membuatkan ramai peminat senang dengannya. Dengan status pelawak popular dan memenangi pelbagai pertandingan, Johan Raja Lawak boleh dikatakan sudah berjaya dan sudah tentu kaya dan murah rezeki. Terbaru “Johan Juara Super Spontan“, tahniah di ucapkan.


#Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja yang lain. Malah rezeki Johan yang terbaru “Mahkamah Arah Pihak Produksi Bayar Johan RM170,100 Dengan Segera“. Memang kaya la si Johan ni nanti.

Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM.

Ramai yang menyangka Johan menaiki kereta mewah, namun beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja. Mungki nak cepat sampai ke tempat kerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping berjimat. hehe apa pun kenderaan yang di naiki pastikan ianya selesa.

~
~
~
~
~
~
~



Sunday, February 8, 2015

Senarai 9 Kereta Paling Jimat Di Malaysia Yang Ramai Tidak Rahu..

Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia Yang Ramai TAK TAHU !!! | Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.


Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.
1. Perodua Axia
21.6 Km/L
100KM = RM 8.80
Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.
2. Mitsubishi Mirage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.
3. Mitsubishi Attrage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
4. Hyundai i10
18.9 Km/L
100KM = RM 10.10
Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter. 
5. Honda City 2014
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.
6. Myvi 1.3
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.
7. Peugeot 208
16 Km/L
100KM = RM 11.90
Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.
8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 Km/L
100KM = RM 12.30
Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.
9. Proton Iriz
14.5 Km/L
100KM = RM 13.20
Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.
**Kesem