Status ini
dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa seorang pelajar
sekolah rendah telah koma hanya kerana minum minuman tin yang telah
tamat tempoh.
Menurutnya, 'air coke' itu mudah diperolehi dan sering dijual oleh penjaja di luar pintu pagar sekolah.
SEMALAM, dapat berita yang mendukacitakan dari ibu bapa tentang anak mereka yang berada di tahun 1.
Anak mereka koma dah masuk empat hari termasuklah hari ini.
Menurut doktor,
punca utama adalah disebabkan murid itu minum air cola jenis spray candy
ini. Air cola ini harganya RM0.50 - RM1.00 sahaja dan banyak dijual
oleh penjaja-penjaja di luar sekolah.
Mungkin air yang
murid itu beli sudah expired atau dipenuhi dengan bakteria-bakteria
bahaya. Aku pun tak tahu tetapi yang pasti menurut doktor, itulah
puncanya.
Hari ini terus
buat perhimpunan tergempar untuk murid tahap 1. Aku jelaskan bahaya
minum cola ini dan larang mana-mana murid dari beli.
Peringatan untuk
rakan Facebook sekalian. Hindari anak-anak atau adik-adik anda dari
membeli cola spray candy ini sebelum kejadian yang tidak diingini
berlaku.
Nota kecil: yang
dalam gelas itu air teh o ais aku. Jangan salah faham. Sekadar nak bagi
gambaran saiz sebenar saiz bekas minuman cola itu sahaja. Tolong doakan
kesihatan buat muridku yang masih tidak sedarkan diri.