15 PERKARA YANG RAMAI ORANG TAK TAHU TENTANG DATUK SERI VIDA.
1. Berniaga sejak kecil.
2. Nama sebenar Datuk Seri Vida adalah Hasmida. Dapat nama Vida dengan namanya Ida dan dia rasa V itu bertuah kerana pada zaman itu kereta perdana V6 dan Volkswagen sangat femes.
3. Semasa universiti berniaga juga, ketika itu tiada orang pakai motor tapi Datuk Seri Vida dah pakai kereta.
4. Bergelar pendidik. Sewaktu kerja sebagai pendidik dia telah berusaha dan memiliki beberapa salon.
5. Selepas ada salon dia cuba untuk buat produk sendiri. Dia habis sebanyak rm800k untuk produk ya namun satu sen tak balik modal.
6. Selepas itu dia tidak putus asa dan beroleh idea untuk memasarkan produk untuk golongan tua iaitu pamoga.
7. Dia hasilkan pamoga sebanyak 500 botol dan setahun baru habis produknya walau berbagai marketing yang dia lakukan.
8. Selepas dia berhenti kerja dia sendiri marketingkan produknya, barula meletup.
9. Setelah meletup produknya, Datuk Seri Vida diberikan dugaan yang amat besar. 2 anak lelakinya mati dalam kebakaran.
10. Datuk Seri Vida tidak mampu menatap wajah anak-anaknya yang telah meninggal. Anak-anaknya meninggal disebabkan kebakaran (lemas asap). Berdarah telinga dan mulut. Datuk Seri Vida hanya membayangkan anak-anaknya gembira, ceria dan bahagia. (Hebatkan, tabahkan)
11. Sejak peristiwa itu Datuk Seri Vida banyak muhasabah diri. Berdiam siri dari dunia 'glamour' selama 2 tahun.
12. Sekarang dia BANGKIT dan muncul kembali bergiat aktif dalam dunia perniagaannya. Menaja pelbagai rancangan TV yang ramai peminat.
13. Datuk Seri Vida pesan zakat kena bayar. Baru cepat bisnes maju.
14. Hati mesti baik dan sentiasa tolong orang.
15. Datuk Seri Vida cakap juga sentiasa bersedekah.