Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Thursday, December 29, 2016

Subhanallah !!!!Besarnya kuasa ALLAH



‘Besarnya kuasa ALLAH’
Bangunan Wakaf Darul Quran yang terletak di Kampung Sungai Siapu.
MERSING - Bermula dengan mengajar mengaji al-Quran dan mukadam di rumah kepada anak-anak di kampungnya, pasangan suami isteri ini nekad meneruskan usaha murni itu hingga berdirinya Wakaf Darul Quran pada April tahun lalu.
Pengasasnya, Mohd Fauzi Ismail, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Fauzi berkata, berkat bantuan rakan dan penduduk setempat, akhirnya murid-muridnya kini lebih selesa ketika mengaji.
“Mulanya saya dan isteri (Suhailah Abd Aziz, 41) mengajar ngaji di rumah mertua di Kampung Sungai Siapu, tapi lama-kelamaan rumah makin sesak sebab semakin lama murid semakin ramai.
“Saya suarakan kepada rakan-rakan yang terdiri dari golongan profesional dan teknikal di Johor Bahru, di mana saya beri kuliah falaq mengenai perkara itu. Alhamdulillah... mereka hadiahkan kami kabin seluas 20x40 siap pasang dan ‘wiring’,” katanya kepada Sinar Harian.
Namun, lama-kelamaan kelas berkonsepkan kabin itu juga tidak muat sehingga timbul idea untuk membina wakaf.
“Kita bina empat wakaf berdekatan kabin untuk kelas mengaji. Baru-baru ini dalam satu program Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), kita terima dua lagi wakaf,” katanya sambil melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan pihak berkenaan.
Bukan sahaja kelas mengaji, murid di sini juga diajar bacaan dalam solat dan azan, selain solat Maghrib serta Isyak berjemaah.
Di sini juga, ramai golongan dewasa yang turut serta belajar mengaji terutama selepas waktu bekerja.
Meskipun tiada pendapatan tetap setiap bulan, operasi Wakaf Darul Quran tetap berjalan sehingga hari ini dengan meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH SWT.
Menurut Ustaz Fauzi, murid di situ dikenakan yuran RM15 sebulan, namun tidak semuanya mampu membayarnya.
“Kebanyakan orang kampung di sini susah, kalau 10 orang mungkin seorang je mampu bayar. Tapi besarnya kuasa ALLAH, tak pernah sehari kita berhenti operasi.
“Kita tak ada pendapatan mahupun bantuan tetap setiap bulan. Semuanya kita bergantung kepada ALLAH.
“Saya tak tahu dari mana datangnya duit, Alhamdulillah ada rezeki untuk kita bayar upah guru-guru, bil utiliti dan sebagainya. Kos operasi mencecah kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sebulan,” katanya.
Kini, Wakaf Darul Quran yang beroperasi enam hari seminggu dari jam 2 petang hingga 9 malam itu mempunyai 15 guru dengan 250 pelajar bermula dari usia 4 tahun.
Sebarang bantuan boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Wakaf Darul Quran 01096010021767 atau hubungi Ustaz Fauzi di akaun Facebook-Imam Fauzi.

Friday, December 9, 2016

Subhanallah!! Lelaki Muslim Ini ‘Ditakdirkan’ Duduk Di Sebelah Anak Donald Trump & Ini Apa Yang Diborakkan Oleh Mereka




Majoriti penduduk di dunia ni kurang senang dengan perlantikan Donald Trump sebagai                     Presiden Amerika Syarikat beberapa minggu lepas. Karakter Donald Trump disifatkan                  sebagai Adolf Hitler zaman moden kerana sikap perkauman yang ditunjukkan, terutamanya       terhadap orang Islam. Ada juga ura-ura mengatakan bahawa Muslim tidak dibenarkan                      masuk ke Amerika Syarikat.
Tapi baru-baru ni seorang pelawak dari Arab yang beragama Islam ditakdirkan untuk                       duduk di sebelah anak Donald Trump, Eric Trump ketika perjalanan ke Scotland. Mereka             berborak dan dari perbualan itu, ini yang dapat disimpulkan oleh pelawak tersebut.

Nak tahu apa yang mereka borakkan?

Pelawak yang berasal dari Arab, Mo Amer telah berkongsi gambarnya dengan Eric                        Trump di laman Instagram miliknya ketika dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland                         Khamis  epas. Di kapsyen gambar tersebut dia mendedahkan perbualannya dengan                             anak Presiden baru Amerika Syarikat tu.
Hi guys, sekarang saya dalam perjalanan ke Scotland untuk jelajah U.K dan saya            ‘terpilih’ untuk duduk di sebelah Eric Trump. Berita baik, para Muslim tidak akan             dikenakan sebarang ID bagi siapa yang mempunyai kerakyatan di Amerika Syarikat.            Itu yang diberitahu oleh Eric Trump. Saya akan tanya soalan dengan lebih lagi dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland. Kadang-kadang Tuhan hantarkan anda bahan untuk         anda fikirkan.. #Merica #UKTour #HumanAppeal #ThisisNotAnEndorsement #Trump2016ComedyTour

ID untuk umat Muslim? Ini jawapan Eric Trump

Mo Amer bila dihubungi Buzzfeed berkata bahawa Eric Trump ada bercakap mengenai                  proposal Donald Trump untuk pendaftraran untuk para Muslim, immigrants dari kebanyakan          negara Muslim. Mo Amer berkata;
Dan saya berkata, untuk pengetahuan anda, saya tidak akan buat ID khas untuk              Muslim. Adakah anda rasa umat Muslim akan dapatkan ID kad dan sewaktu            dengannya? Awak tahu kami tak akan buat perkara-perkara sebegitu..
Dan Eric Trump membalas;
Come on, anda tak boleh percaya dengan apa yang anda baca di media. Adakah anda                   ingat kami akan betul buat macam tu (kenakan ID untuk umat Islam)?
Sumber: CNN

Monday, November 28, 2016

Subhanallah Gambar gambar ..Israel Di Jilat Api

Subhanallah Gambar gambar ..Israel Di Jilat Api








TEL AVIV: Rejim Israel terpaksa menebal muka untuk meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.
Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan tentang rejim Zionis meminta Greece, Croatia, Cyprus serta Turki untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara negara yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Tukri melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.

Friday, October 14, 2016

Dahsyatt !!! Wanita Berstatus Isteri Orang Menangis Ketakutan Selepas Kekasih Mati Di Dalam Tandas Rumah.

Wanita Berstatus Isteri Orang Menangis Ketakutan Selepas Kekasih Mati Di Dalam Tandas Rumah.



Seorang wanita berstatus isteri orang berusia 57 tahun menangis ketakutan selepas kekasih gelap yang juga merupakan suami orang mati di dalam tandas rumahnya ketika mereka selesai melakukan hubungan intim.

Dengan rasa menyesalnya Niluh mula menceritakan kisah cinta terlarangnya dengan mangsa, Niluh juga mengaku menjalin hubungan cinta dengan mangsa selama 3 bulan lalu.

Wanita yang masih mempunyai suami, anak dan juga cucu ini terpaksa berterus-terang mengenai hubungan terlarang mereka selepas kekasihnya itu mati di dalam tandas.

Mangsa adalah jirannya sendiri, hubungan kedua-duanya bermula dari pesanan ringkas SMS hingga akhirnya mereka sepakat untuk menjalin hubungan gelap.

Selama menjalin kasih Niluh mengaku mereka sudah melakukan hubungan intim sebanyak 4 kali, Niluh bercerita bagaimana kejadian itu berlaku selepas dia di desak,

Selepas mereka selesai melakukan hubungan intim mangsa pergi ke bilik mandi dan dia menunggu di tilam tanpa sehelai pakaian.

Namun selepas 15 minit mangsa tidak juga keluar dari bilik mandi dan Niluh tidak mendengar bunyi air lagi, Niluh yang merasa tidak sedap hati, lalu pergi memeriksa dan mendapati kekasih gelapnya sudah terbaring kaku di dalam bilik mandi tersebut.

Difahamkan mangsa juga memiliki isteri dan anak, mangsa juga di kenali sebagai ketua adat di kampungnya Desa Pakraman,bali indonesia.

Siasatan awal mendapati mangsa telah meminum ubat kuat sebelum melakukan hubungan intim bersama Niluh, manakala ketika ditemui, air mani masih melekat dibahagian kemaluan mangsa.
sumber .media sensasi @ gilerkentang

Wednesday, October 12, 2016

Pergghh !!! 'Datuk Terlajak Laris' luah rasa kecewa

Pergghh !!! 'Datuk Terlajak Laris' luah rasa kecewa


Aliff Syukri
Paparan skrin Facebook milik Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
IKON usahawan, Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan
kebimbangan dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit dari sehari ke sehari.
Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris', peningkatan kos sara hidup yang
semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.
Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui perniagaannya dalam bidang
kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.
Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.
“‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Kos sara hidup melambung tinggi
dan bisnes semakin menurun.
“Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai
mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi,” katanya.
Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara
ini berbanding empat tahun lepas.
Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata,
 ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja
Malaysia di sana.
“Orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf seperti tukang sapu, pemetik
buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil
saya dengan sinis dengan mengatakan saya hanya pekerja ladang.
“Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga kecil-kecilan, sekali gus wujud lebih ramai
peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan
siapa pula yang akan membeli?,” soalnya

Tuesday, September 27, 2016

VIDEO EIMRACE 2016 dihentikan serta-merta susulan kejadian Dua Maut

VIDEO EIMRACE 2016 dihentikan serta-merta susulan kejadian Dua Maut


Tiga beranak maut dirempoh go kart
Dua beranak maut selepas dirempuh kenderaan jenis 'Go Kart' yang hilang kawalan ketika dalam perlumbaan ketika kedua-duanya sedang menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Kompleks Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) hari ini. - Foto  Bernama

Bernama   
Dua beranak maut selepas dirempuh kenderaan jenis 'Go Kart' yang hilang kawalan ketika dalam perlumbaan ketika kedua-duanya sedang menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Kompleks Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN - Dua beranak maut selepas dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart semasa menonton Perlumbaan Automatif Inovasi Pendidikan (EIMRACE) 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) Indera Mahkota di sini hari ini
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi selepas tiga kenderaan terbabit bergesel sesama sendiri dan salah sebuah kenderaan terbabas ke kanan jalan dan melanggar keluarga terbabit.

Mangsa Izwan Isa, 38, yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Gebeng di sini dan anaknya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Manakala anak lelakinya Muhammad Iz Danial, 7, mengalami kecederaan parah dan sudah stabil dan isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota (SKIM) hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Mohamad Noor Yusof memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan tiga buah kenderaan dan salah sebuah kenderaan telah bergesel sesama sendiri di litar tersebut.
Menurutnya, salah sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang pemandu berusia 25 tahun telah melanggar keluarga tersebut.

"Siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku di dalam litar lumba dan sebanyak 38 kart mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.
"Terdapat barrier (penghalang) dan tali amaran yang diletakkan di sepanjang jalan sebelah kanan jalan sebagai penghadang yang memisahkan antara, penonton dan litar lumba dan semasa kejadian cuaca baik," katanya.

Manakala ketiga-ketiga pemandu yang berusia 25,23 dan 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, contoh darah dan air kencing ketiga-tiga pemandu yang terlibat kemalangan ini akan diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia dan siasatan akan diteruskan di bawah  Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan

Friday, September 9, 2016

Gadai Nyawa Guna Kereta Kabel Usang Demi Sesuap Nasi


BILA anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau sedang menunggu bas pengantara dari stesen kereta api pada pagi Isnin, fikirkan sejenak mengenai nasib sekumpulan pekerja di sebuah pekan kecil di Georgia yang terpaksa menggunakan kereta kabel berusia 62 tahun yang buruk dan berkarat, demi mencari sesuap nasi.
Pelombong di pekan Chiatura di bekas negara Kesatuan Soviet terpaksa bergadai nyawa kerana menggunakan pengangkutan tersebut untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja melalui gaung setiap hari.
Kereta kabel yang dibina pada 1950-an oleh Kesatuan Soviet digunakan untuk membawa pekerja di sekitar pekan perlombongan itu dengan lebih cepat.
Ia kini masih lagi beroperasi dan berfungsi sebagai satu kaedah pengangkutan untuk pekerja dan pelancong.

Suatu ketika dahulu, pekan ini pernah menjadi pusat perlombongan mangan di dunia dan dianggap penting bagi Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin.
Bagaimanapun, kejatuhan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) sekali gus menamatkan kebanyakan industri di kawasan itu secara mendadak.
Kesannya antara lain menjadikan rangkaian kereta kabel berkenaan sebagai tinggalan zaman itu.
Mendapan mangan di pekan itu ditemui pada awal abad ke-20, dan para pekerja terpaksa naik dan turun melalui gaung yang curam pada setiap hari kerana ia satu-satunya perjalanan mereka untuk ke tempat kerja.

Dalam usaha untuk memudahkan perjalanan di kawasan geografi yang ekstrem itu, rangkaian kereta api tram dibina.
Ia sekali gus menjadikan setiap sudut pekan perlombongan itu mudah diakses.
Sistem tersebut mengangkut kira-kira 4,000 pekerja dari kediaman mereka di kaki bukit dan dibawa naik melalui gaung untuk ke lombong di tanah tinggi.
Ia juga digunakan untuk membawa mangan ke beberapa kilang di kawasan itu.

Seorang jurugambar, Sakellaraki berkunjung ke Chiatura bagi mengambil peluang keemasan untuk mengambil foto rangkaian kereta kabel yang beroperasi di laluan sepanjang kira-kira enam kilometer.
"Pekan perlombongan Chiatura merupakan identiti pasca Soviet, yang sentiasa menjadi salah satu destinasi harus dikunjungi dalam senarai tertinggi saya, dengan kebanyakannya adalah kerana tarikan latar belakang sejarah dan politik pada lewat 1950-an," kata gadis yang berusia 26 tahun itu.

Tuesday, August 23, 2016

Lori Durian terbalik .jom Pi Tengokk..Boleh dapat free ka

Perghhh.. Lori Durian terbalik .jom Pi Tengokk




Lori Durian terbalik di Thailand. Jangan harap tokey nak kasi free

Thursday, August 11, 2016

Dahsyat : Dua penyamun rogol mangsa selang 5 minit

Dua penyamun rogol mangsa selang 5 minit

Remaja berkenaan (dua dan tiga kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh.
KOTA BHARU – Dua remaja berusia 17 tahun mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini, 
atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan dan merogol mangsa selang lima minit setiap 
seorang.tuduhan terhadap kedua-dua pesalah juvenil yang sudah tidak bersekolah itu dibuat 
i hadapan Majistret, Mohd Isa Mohamed.
Mereka didakwa bersama dua orang lagi yang ditangkap untuk disoal siasat serta bersama
 seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang 
mangsa di Bachok pada jam 4 pagi, 15 Julai lalu.
Mereka dituduh mengambil sebuah komputer riba jenama Acer, dua buah telefon bimbit jenama 
Samsung dan Apple, seunit pemain DVD serta dua beg sandang kecil dan wang tunai yang 
dianggarkan RM2,000.Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang 
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, masing-masing didakwa secara berasingan merogol mangsa di tempat dan
 tarikh yang sama, seorang pada jam 4.50 pagi dan seorang lagi didakwa melakukan rogol itu pada 
jam 4.55 pagi.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan di bawah 
Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan
, jika sabit kesalahan.Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, 
Mohamad Firdaous Mohamed Idris manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan@Jaohari.
Terdahulu, Mohamad Firdaous mencadangkan supaya kedua tertuduh diikat jamin sebanyak 
RM10,000 untuk pertuduhan merogol dan RM6,000 bagi pertuduhan merompak.
Mohd Isa kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 seorang. 
Kes disebut semula pada 20 September depan di Mahkamah Majistret, Bachok.
Sehingga petang semalam, kedua-dua tertuduh yang tidak bersekolah itu gagal menjelaskan 
jumlah ikat jamin berkenaan

Thursday, August 4, 2016

Kekalutan Video "Netizen Salah Anggap Video Saya" - Vida


Video yang dimuatnaik Vida dalam Instagramnya tidak disenangi netizen.




PETALING JAYA: Penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan video dalam loghat Perak yang dimuat naik di laman Instagram mengenai kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Perak sengaja diperbesarkan dan disalah tafsir oleh netizen.
Menurut beliau, video itu bukan berniat untuk memperlekehkan JDT tetapi mahu pengikutnya berkongsi mengenai kekalahan pasukan tersebut di Stadium Ipoh, Perak.
"Teruk juga saya dicemuh dan ada juga netizen yang berbalah sesama sendiri. Tapi saya enggan ambil pusing dan menganggap netizen salah anggap mengenai video itu.
"Sebenarnya saya terkejut mengapa kelab hebat seperti JDT boleh tewas kepada Perak. Oleh itu saya rakam video tersebut minta pengikut ceritakan mengenai kekalahan JDT," katanya kepada mStar Online, Selasa.
Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau tidak menduga video itu menjadi bualan hangat dan dikecam teruk penyokong JDT.
"Saya tak sangka video ini jadi panas pula. Saya harap netizen berhenti berbalah dan berburuk sangka dengan pertanyaan tersebut," katanya.
Jelas Vida, beliau sering mengikuti perkembangan JDT selain Felda United kerana kedua-duanya pasukan kuat dalam saingan liga bola sepak di negara ini.
"Selain Kelantan, saya sering ikuti perlawanan JDT dan Felda United. Kebetulan pada malam itu, saya berada di Kota Baru (Kelantan), jadi terlepas perlawanan di tempat saya berdagang," katanya.
Terdahulu, Vida memuat naik video dalam loghat Perak 'cer citer' yang bertanya kepada pengikutnya di Instagram mengenai kekalahan JDT pada Ahad lalu.
Video itu ditonton kira-kira 72,400 pelayar dan hampir 700 komen dibuat mengenainya.

Friday, July 29, 2016

Sempoii : "DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!" ..Coba kita semak ada Road Tax dak

Perghhh.."DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!" Betui Juga Nu





"DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH!"
.
Ramai up status fb arini,
"Menyusahkan orang je!"
.
Ok. Tu hal kau lah. Tapi diorang ni menyusahkan kau sekali je rasenye dalam seumur hidup kau. Yg paling penting, AT LEAST DIORANG IKUT UNDANG2 ATAS JALAN. Ada escort, ada guide semua.
.
Kau yg nak tukar lorong tak bagi signal, brek mengejut HARI-HARI tak pulak menyusahkan orang setiap hari?
.
Jangan nampak buruk orang lain. Sampai buruk kite tak nampak. Tolak ansur lah. DIA PUN BAYAR ROADTAX LAH! lagi mahal roadtax die dari roadtax korang.

Friday, July 15, 2016

Wahh kayoo rayoo anak2 makcik haha

Wahh kayoo rayoo anak2 makcik haha


Syukur alhamdulilah.
Kayo 2 anak makcik niyer

Tuesday, July 12, 2016

Suasana Hari raya Rumah Dato Alif Syukri, Meriah Syle Orang Kampong

Perghhh..Suasana Hari raya Rumah Dato Alif Syukri, Meriah

Sy org kampung..
.
.
Saya belajar tak pandai tapi sy cuba jadi yg terbaik ..kami sekeluarga beraya pun serba simple je di kampung halaman felda .. Bagi saya itu sungguh bermakna bila ada org yg tersayang.. Itu maksud raya buat saya ..
.
.




Saturday, June 11, 2016

Dahsyattt : Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai

Gara-gara bengang, peniaga bakar gerai
Seorang peniaga bertindak membakar gerai diusahakan sebagai tanda protes kepada MPKj
BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut.
Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan.
Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya.
Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja  hangus terbakar.
Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam.
Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu.
“Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur.
“Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya.
Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini.
“Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.

Thursday, June 9, 2016

Fuyoooo Wekkk : Terkilan lauk berbuka puasa berulat

Terkilan lauk berbuka puasa berulat
Salinan paparan perkongsian yang viral, semalam.
PERKONGSIAN seorang lelaki mengenai lauk ikan yang dibelinya untuk juadah berbuka puasa viral di laman sosial Facebook, semalam.
Berdasarkan video yang dimuatnaik pelayar tersebut, terdapat beberapa ulat yang jelas kelihatan masih bergerak pada ikan yang dibelinya.
"Saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ni," kata pelayar tersebut.
Selain video, beberapa foto juga dimuat naik untuk membuktikan dakwaannya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir beratus-ratus pelayar yang kebanyakannya menyuruh insan lain supaya berhati-hati ketika membeli lauk di bazaar.

Saturday, May 28, 2016

Inilah Wajah Terbaru Safiey Illias..Jutawan Muda




Program Ceramah Perdana D Masjid Bertam Indah.Penang


May 24
 
Alhamdulillah . — Safiey illias with Harry Zulkifli at Kg Pulau Kecil, Pulau Perhentian.

Thursday, May 26, 2016

BAM TAK PERCAYA !!! .Pemain Denmark Menang Kerana Tunjuk Ajar Sifu Misbun..

Perghhh.Apa Cerita BAM .Pemain Denmark Menang Kerana Tunjuk  Ajar Sifu Misbun..

Di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat pertama kali semalam, pasti tidak ramai yang tahu adanya 'sentuhan' bekas jurulatih negara, Datuk Misbun Sidek.
Sebaik Denmark muncul juara Piala Thomas, media sosial menyiarkan gambar pemain negara itu termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen bersama Misbun dan adiknya, Datuk Jalani Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri.
Bagi Jalani yang juga bekas pemain beregu negara, kehadiran pemain Denmark bukan satu perkara yang baharu kerana mereka sering bertemu dengan bekas jurulatih Datuk Lee Chong Wei itu untuk menimba ilmu.




Jalani berkata, gambar yang tersebar di media sosial berhubung kehadiran pemain Denmark 'berguru' dengan Misbun itu sebenarnya adalah sebelum berlangsungnya Kejohanan Terbuka Malaysia lagi, bulan lepas.
"Mereka berguru bersama Misbun selama dua minggu sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia lagi... memang sasaran mereka untuk menjulang Piala Thomas dan Sukan Olimpik.
"Sebenarnya sebelum saya dan pasukan negara menjulang Piala Thomas pada 1992, kami turut melakukan perkara yang sama yang mana pasukan negara berlatih dengan tiga jurulatih dari China, dan ketika itu memang sasaran kami adalah untuk menjulang Piala Thomas.
"Ini adalah persiapan yang dilakukan oleh Denmark, seharusnya kita pun begitu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jalani berkata, Misbun tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan mana-mana pemain yang mahukan pengalaman serta tunjuk ajar.
"Pemain Denmark adalah pemain kelab, segala perbelanjaan untuk menjalani latihan itu ditanggung sendiri dan tidak membabitkan persatuan negara berkenaan. Jadi, pemain mereka bebas untuk ke mana sahaja menjalani latihan.
"Mereka berjumpa Misbun kerana ingin mengetahui bagaimana Chong Wei masih kompetitif sehingga kini.
"Misbun juga mengenali mereka ketika bersama-sama Chong Wei dahulu dan mempunyai pengetahuan tentang pemain Denmark," katanya.
Mengulas mengenai prestasi skuad negara, Jalani berkata, pemilihan pemain adalah tanggungjawab Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan badan induk itu sendiri lebih mengetahui tentang kelebihan pemain negara.
"Saya hanya berkongsi pendapat apabila ditanya mengenai pasukan Piala Thomas 1992 dan yang sekarang, pemilihan pemain itu adalah keputusan BAM.
"Sekiranya BAM kata layak ke separuh akhir itu satu bonus, jadi itu tidak salah... pada 1992 dulu, sasaran kami adalah menjulang Piala Thomas.
"Jika dulu kami mendapat pendedahan daripada tiga jurulatih China untuk menewaskan pasukan China, sekarang pemain mempunyai Morten Frost Hansen (Pengarah Teknikal BAM) yang pasti mempunyai kepakaran tentang pemain Denmark," katanya.
Pasukan Denmark mengalahkan Malaysia 3-2 di separuh akhir seterusnya mengekalkan rentak kemenangan untuk bergelar juara buat julung kalinya apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan sama pada final Piala Thomas, semalam. - BERNAMA

Saturday, May 14, 2016

Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya - Luahan Lelaki Viral "Tanpa Kepala" di Ipoh

 


Al-kisah lelaki 'tidak berkepala' yang menjadi viral. K. Vellu, 45, telah ditemui oleh Astro Awani berkata perkara tersebut terjadi kepada beliau sejak tiga tahun lalu sewaktu beliau bertugas sebagai penjaga keselamatan.

“Dah ramai orang yang terkejut ... ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam."

“Siap ambil gambar, ambil video ...dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini,” katanya.

Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.

Vellu berkata beliau sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca sebenar keadaannya.

Lebih menarik, Vellu berkata terdapat beberapa senario di mana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik sewaktu ternampak beliau di tempat tidurnya pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB), di sini.

Berasal dari Bidor, Perak, Vellu yakin bahawa struktur lehernya yang agak bengkok dan seolah-olah “jatuh” itu adalah hasil buatan orang.

“Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

“Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun,” tambahnya.

Vellu merupakan seorang bujang dan memiliki sebuah rumah selalu berada di sekitar bandar itu dan seringkali mengejutkan ramai pengguna lalu lintas setiap kali dia merayau-rayau di kawasan itu.