Penang Route 6
Penang Route 6 Shop
klik kan ye
Saturday, April 30, 2016
Wednesday, April 27, 2016
Perghhh : Ular Masuk Dalam Coverseat Motor
Berhati-hati sahabat semua.. Ular boleh berada di mana-mana saja.. Terima kasih kepada anggota JPAM yg membantu keluarkan ular yg 'menyelit' masuk ke dalam coverset motor di Bayan Lepas..
Friday, April 22, 2016
Hobi Yang Patut Jadi Tauladan..Kutip Sampah Ketika Berbasikal
Siapa yang biasa ikut laluan ni pasti akan jumpa uncle ni di kawasan jalan berbukit Balik Pulau ke Teluk Bahang. Memang selalunya ramai peminat basikal dan kenderaan yang lain akan ikut jalan ni terutamanya bagi penggemar aktiviti berbasikal. Tapi uncle seorang ni lain sikit dari yang lain..
Apa yang lainnya? Sambil dia beriadah menikmati kayuhan basikalnya serta keindahan alam semula jadi Balik Pulau, dia akan mengutip sampah sarap yang dibuang oleh para pengguna jalan raya yang tak bertamadun yang melalui jalan tu..
Diharap kita semua dapat mencontohi sikap baik uncle ni, bukan sekadar tahu makan, minum dan buang sisa sampah sarap ke merata jalan dan hutan sahaja tanpa mempedulikan kesannya..
Semoga kita semua dapat menjaga kebersihan dan keindahan Pulau Pinang khususnya keindahan alam semula jadi agar dapat dinikmati bersama para pelancong tempatan mahupun luar dan kekal menjadi khazanah yang tidak ternilai untuk diwarisi generasi mendatang..
Terima kasih yang tidak terhingga buat uncle ni.. uncle memang sempoi.. 👍😊👍
Kata uncle: "Tak payahlaaa angkat gambar, saya syok-syok maa.."
Dari syok-syok tula kebersihan negeri kita terjaga. Uncle sudah kutip sampah, kita bila lagi? Hehehe..
Credit to: Nonama Phionex
Tuesday, April 19, 2016
Perghhh AMik KAu.. Nak Curi Motor Sangat
Buat Sedih Pula
Dilaporkan bahawa suspek utama kes pecah seat motosikal jemaah masjid sekitar Seberang Perai Selatan dan daerah Kerian telah pun berjaya ditahan.
Saturday, April 16, 2016
Bergambar , Manusia Yang Kejam Terhadap Binatang
Apabila hati manusia ini sekejam zionis ..ape kata anda semua ...kalau marah pun buang saja ke pasar pasar yang ada tempat sisa makanan
# manusia kena ingat setiap makhluk di atas muka bumi ini , semua hak milik allah swt....

Thursday, April 14, 2016
Perghhh !!! Hadiah Murah Dari Peralatan Sukan.. Dapat Keritikan Hebat Dari Nitizen
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya kecil.
Namun begitu, Khairy berkata JCM memilih untuk buat demikian memandangkan apa yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang malah bukan kerana habuan wang.
“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, Khairy mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu dianggap seolah seperti tidak berbaloi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana hadiah, KJ dikecam netizen]
Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya mahu peserta-peserta program tersebut membesar dengan nilai serta sikap yang betul.
“Ya, wang memang penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka akan mendapat ganjaran dari segi kewangan di kemudian hari tetapi jangan kita merosakkan mereka ketika mereka masih muda.
"Biarkan mereka mahu menang demi untuk menang, untuk menjadi yang terbaik bukan kerana wang tetapi kerana kesungguhan dan penghormatan,” katanya.
Selain daripada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa hadiah kemenangan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peserta sebelum pendaftaran malah dipaparkan dalam laman web JCM dan tiada sebarang isu yang timbul.
Tambah beliau, rata-rata ahli keluarga peserta yang membawa anak mereka tidak memikirkan mengenai soal hadiah wang tunai namun mereka mengorbankan masa demi minat anak-anak dalam sukan tersebut.
“Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, ia merupakan pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak,”katanya.
Dalam pada itu, susulan daripada penyebaran foto Khairy menyampaikan replika cek yang menjadi viral di laman sosial tersebut, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengubahsuai gambar terbabit untuk dijadikan bahan jenaka.
Menerusi foto yang dimuat naik ke laman sosial Facebook OhBulan! menunjukkan gambar-gambar yang menjadi viral tersebut diubah suai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah seperti menyindir Khairy.
Namun begitu, terdapat juga sesetengah netizen yang mempertahankan Khairy dan beranggapan beliau tidak mengetahui mengenai pemberian hadiah tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)