Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Tuesday, May 9, 2017

Perghh !! Polis terima laporan kereta dipandu melawan arus


Polis terima laporan kereta dipandu melawan arus
Antara rakaman video yang tersebar dan menjadi tular sejak Khamis lalu.
KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan ada menerima laporan seorang pemandu kereta didakwa memandu secara berbahaya dengan melawan arus dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu di Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2), Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, laporan dibuat oleh anggota polis selepas meneliti rakaman video yang tersebar dan menjadi tular di media sosial.
“Siasatan awal mendapati video yang merakamkan sebuah kereta berwarna merah yang dipandu secara melawan arus itu tersebar kira-kira jam 2.15 petang hari kejadian dan laporan berhubung kejadian diterima kira-kira jam 3 petang.
“Kes berkenaan kini masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Satu rakaman video dipercayai dirakam oleh salah seorang pengguna LPT2 menyaksikan pemandu sebuah kereta berwarna merah dengan selamba memandu dengan melawan arus dan kelihatan beberapa buah kenderan lain termasuk sebuah lori berada di laluan tersebut.
Meskipun tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, namun sikap tidak bertanggungjawab pemandu itu mengundang rasa marah netizen sehingga ada yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan berat kepada individu tersebut.