Penang Route 6

Penang Route 6 Shop

klik kan ye

Monday, January 14, 2019

Viral!! ! Saya seronok dapat buat ayah bangga dan ubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah' - Syukor

Hebat!! Viral!! ! Saya seronok dapat buat ayah bangga dan ubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah' - Syukor




Seketika dulu namanya tidak dikenali oleh orang luar, tetapi semenjak gambarnya tular bersama beberapa ekor kerbau, dirinya menjadi perhatian ramai. Keunikan gambar  yang diambil oleh jurugambar, Mohd Nazri dan Dollah Deen itu melayakkan mereka memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic - Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018, Italy.’

Berdasarkan gambar tersebut, terserlah keakraban Mohd Syukor dan haiwan-haiwan tersebut dan membuatkan ramai yang terpegun dengan remaja ini sehingga ada yang mengatakan dia mengamalkan ilmu penunduk. 

"Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. 

"Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau, tetapi juga lembu, kambing dan angsa peliharaan bapa. Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung memilih kerbau kerana jumlahnya yang banyak sehingga lebih 100 ekor," katanya kepada Harian Metro. 





Syukor menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016. Mohd Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.

"Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah.”





Sejak usia empat tahun dia sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.

Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.. Kredit Thereporter